Friday, October 21, 2011

TUHAN @ SYURGA?

setiap kali aku merenung apa yang telah aku lalui sepertinya aku tidak percaya sudah bnayak benda yang telah aku pelajari...tetapi mengapa tetap merasa sepertinya hidup ini tidak mempunyai nilai apa-apa pun...dulu aku selalu bertanya...apa tujuan hidupku? aku kata hidup ku untuk TUHAN tapi kawan ku kata tujuan hidup kita adalah SYURGA...langsung aku protes dan tidak setuju...SYURGA tidak perlu disembah kerana ia adalah anugerah apabila kita hidup menurut kehendak TUHAN...

dulu aku terlalu mudah menilai dan menghakimi apa yang aku lihat dan dengar sekalipun namun kini aku merasa terlalu kecil untuk melakukan hal itu....mengapa kita tidak dapat mencapai kesempurnaan yang kita harapakan? adakah kita yang sengaja meletakkan hidup sendiri untuk diuji atau sememangnya ujian tidak pernah lari selagi manusia masih hidup?

terlalu pelik hidup ini dengan cepatnya mampu memberikan perasaan seperti tidak memiliki apa-apa yang mengharuskan untuk terus hidup....apabila aku tidak tahu kemana harus aku pergi aku cuma berharap mampu melihat satu jalan yang terang dan lurus meski aku harus melangkah dengan air mata......

Friday, April 15, 2011

kritikan jurnal perang enam hari arab-isreal 1967


Muhamad Hasrul Zakariah, ( 2006 ). Perang Enam Hari Arab-Israel, 1967 : Tinjauan Awal Terhadap Kepentingan Britain di Israel, Jurnal Jebat, Volume 33, muka surat 104-121, <http://pkukmweb.ukm.my/jebat/v2/index.php?cont=v&item=2&vols=7&id_vol=7&art=161 >, diakses pada Januari 28 2011.

Pengkaji jurnal ini secara umumnya telah berpaksikan kepada pandangan Euro-Centric yang menggunakan persepktif sejarah dalam membuktikan wujudnya kepentingan ekonomi Britain di Israel yang telah mempengaruhi dasar dan reaksi Britian dalam Perang Enam Hari Arab-Israel 1967 ( 5 Jun 1957 hingga 11 Jun 1967 ), yang telah dikukuhkan dengan menggunakan sumber buku seperti The Labour Government 1964-1967 karya Harold Wilson 1971 ( hlm 120 ), Perdana Menteri Britain sendiri, artikel majalah dan akhbar, thesis PhD yang tidak diterbitkan, laporan serta surat diplomatik kerajaan Britain dengan Isreal mahupun negara Arab sendiri yang difikirkan bersesuaian dalam membuktikan kebenaran kewujudan kepentingan ekonomi Britian di negara Arab dan Israel sendiri.
Walau bagaimanapun, teknik penyampaian penulis melalui penggunaan 40 nota akhir dengan mengabaikan bibliografi bagi menunjukkan jumlah sumber yang digunakan namun telah mengelirukan pembaca untuk menganalisis secara peribadi, lebih-lebih lagi penulis sendiri telah menggunkan thesis Phd yang tidak diterbitkan yang pastinya mengundang syak wasangka akan keabsahan thesis tersebut kerana karya penulis sendiri, iaitu Dasar dan Reaksi British dalam Perang Arab-Israel 1967 pada tahun 2005 ( hlm 120 ). Penyusunan nota akhir penulis juga turut mengelirukan pembaca untuk menilai jenis sumber yang digunakan kerana penulis sendiri telah menyatakan akan tinjauan kajian yang sepenuhnya menggunakan dokumen British dari National Archive of England and Wales di London  ( hlm 105 ) yang mengundang tanda tanya akan bentuk dokumen tersebut sehingga mengelirukan pembaca untuk menilai adakah penulis telah membuat kajian tinjauan berdasarkan kajian lepas atau penulis adalah yang pertama mengkaji berkenaan topik ini, kerana penulis tidak menafikan wujudnya kajian akan hal ini sungguhnya masih belum dilakukan secara menyeluruh melainkan hanya berbentuk kajian awal.
Keberhasilan penulis menghasilkan karya melalui penggunaan dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris menjadikan kajian mudah difahami oleh pembaca walaupun ianya akan menghadkan kecenderungan pembaca yang lemah pentafsiran bahasa Inggeris dalam memahami makna sebenar petikan yang disertakan oleh penulis dalam mengukuhkan kebenaran fakta yang terdapat pada halaman 107, 108, 111, 112, 114, 115, 117 dan 119, misalnya “Any serious dispute between the UK and Isreal over economic matters could well put this lucrative trade ( diamond ) into jeopardy since more then 80% of people involved in the industry are convinced Zionist whether they live in the US, Zurich, Tel Aviv or London.” ( hlm 111 ) dalam menerangkan pengakuan British sendiri berkenaan konflik yang harus dielakkan antara Israel dan Britain agar tidak menjejaskan kedudukan London sebagai pusat perdagangan berlian dunia kerana Israel merupakan pusat pemprosesan berlian utama dunia yang mana pasarannya dimonopoli oleh Masyarakat Yahudi.
Dari aspek ejaan pula, penulis nampaknya telah menggunakan ejaan bahasa Melayu Kuno, iaitu ‘Peranchis’ ( hlm 108 dan 118 ) bagi negara Perancis, serta kesalahan ejaan, iaitu ‘eokonomi’ ( hlm 117 ) bagi ‘ekonomi’ , ‘Mediterranean’ ( hlm 115 dan 118 ) dan ‘Mediterannean’ ( hlm 118 ) bagi ejaan ‘Mediteranean’, dan ‘Justififikasinya’ ( hlm 120 ) bagi ejaan ‘Justifikasinya’. Penulis juga mengabaikan penggunaan jenis tulisan italik dalam penggunaan perkataan bahasa Inggeris kerana penulis menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama penulisannya, iaitu sterling devaluation ( hlm 106 ),oil reserve ( hlm 107 ),hard foreign currency ( hlm 111 ),visible export, market power ( hlm 112 ), excellent credit risk, irrecoverable, unbacked credite, visible trade ( hlm 114 ), dan moderate ( hlm 120 ). Terdapat juga penggunaan akronim atau singkatan yang tidak dijelaskan oleh penulis akan maksudnya, BMLC ( hlm 110 ) melainkan hanya disebut sebagai syarikat Britain di Israel yang berkepentingan tinggi dalam pelaburan.
Dari segi penyampaian isi pula, penulis dapat menjelaskan akan bentuk kepentingan ekonomi Britain di Israel yang secara langsung telah mempengaruhi dasar dan reaksinya semasa Perang Enam Hari Arab-Israel 1967 berdasarkan sepenuhnya dokumen British dari National Archive of England and Wales di London sebagai tinjauan awal dari persepektif sejarah, namun tidak dapat menjelaskan akan bentuk penglibatan Britain dalam perang tersebut kerana belum ada kajian berkaitan yang dilakukan secara menyeluruh hanya kerana melihat kepada kemerosotan pengaruh Britain di Asia Barat selepas Krisis Suez 1956. Dalam membuktikan akan kepentingan ekonomi Britain di Israel, penulis telah menunjukan perbezaan kepentingan tersebut di negara-negara Arab dengan Israel sendiri, iaitu tiga kepentingan di negara-negara Arab ( pasaran penting eksport Britain, imbangan pembayaran Britain dan minyak ) dan empat kepentingan di Israel ( peluang pelaburan, perdagangan permata berlian, kuasa beli Isreal terhadap produk British dan minyak ), namun tidak dinyatakan secara jelas dalam penulisan ini kerana dirangkumkan mengikut kepentingan pengulasan penulis sendiri, iaitu dua kepentingan di negara Arab ( perdagangan dan minyak ) dan begitu juga di Israel ( perdagangan dan strategi ekonomi Britain di Asia Barat ).
Kewujudan kepentingan ekonomi Britain di kedua-dua buah negara inilah yang mendorong Britain bersikap neutral dan teliti bagi setiap dasarnya bagi menghapuskan anggapan sebagai pro-Israel mahupun terlibat dalam sebarang usaha menghancurkan kepimpinan Arab demi mengekalkan kebergantungan ekonomi negara. Negara-negara Arab yang pro-Barat seperti Teluk, Arab Saudi dan Jordan merupakan negara yang penting sebagai pasaran eksport Britain ( senjata, barangan automatif dan perlatan teknologi industri ) yang menyumbang sebanyak £168 juta pada 1965 dan meningkat kepada lebih £219 juta pada 1967 tidak termasuk senjata, yang boleh diteliti berdasarkan jadual dibawah.


Negara-negara Arab
Jumlah Eksport ( £ juta )
1965
1967
Jordan
8.3
9
Arab Saudi
12.6
30
Kuwait
18.8
25
Libya
21.8
31
Jumlah keseluruhan
61.5
95

Jika diteliti daripada jadual diatas yang dipersembahkan oleh penulis dalam bentuk penerangan ayat dalam penulisannya, jelas telah mengelirukan pembaca dari segi jumlah keseluruhan eksport Britain di negara-negara Arab selepas ditambah dan dipersembahkan dalam bentuk jadual kerana jelas sekali jumlahnya adalah berbeza yang mengundang keraguan ketepatan data penulis dalam kajiannya.
Kepentingan kedua yang dapat dikesan ialah peranan negara-negara Arab sebagai penyumbang kepada imbangan pembayaran Britain berikutan pemilikan kadar simpanan pound sterling Arab di bank-bank England yang tinggi pada tahun 1967, sebanyak £1,500 juta yang boleh diperhatikan berdasarkan ringkasan dalam jadual di bawah.


Negara-negara Arab
Nilai simpanan di bank-bank England ( £ juta ) 1967
Kuwait
700
Arab Saudi
280
Syria, Mesir dan Iraq
170
Libya dan Jordan
290

Seperti persembahan data kajian penulis yang sebelumnya, terdapat keraguan berkaitan jumlah keseluruhan nilai simpanan negara-negara Arab di bank-bank England pada tahun 1967, iaitu jika ditambah secara rawak 700 + 280 + 170 + 290 = 1,440 jelas menunjukkan terdapat nilai perbandingan sebanyak £60 juta dengan nilai yang dinyatakan oleh penulis ( 1,500 – 1,440 ), dan sekiranya menggunakan operasi tambah dengan menggunakan nilai data mengikut negara yang dinyatakan, 700 + 280 + 170 x 3 ( Syria, Mesir dan Iraq ) + 290 x 2 ( Libya dan Jordan ) = 2,070 juga tidak betepatan sama sekali, maka persembahan data ini sekali lagi telah menyusahkan pembaca untuk membuat penilaian akan jumlah yang sebenar. Kadar simpanan inilah yang disifatkan oleh penulis sebagai penyumbang kepada pengimbang pembayaran Britain yang jelas apabila United Arab Republic ( UAR ) bertindak drastik menutup Terusan Suez pada 1967 menyebabkan Britain menanggung kerugian sebanyak £200 juta sebulan termasuk defisit perbelanjaan luar selama 12 bulan sehingga Jun 1967 sebanyak £67 juta disamping terpaksa menurunkan kadar faedah bank kepada 5.5 peratus akibat kejatuhan nilai Sterling yang secara tidak langsung menjejaskan kedudukan London sebagai pusat kewangan dunia.
Kepentingan ekonomi Britain di negara-negara Arab juga melihat kepada kepentingan minyak yang menyumbang sebanyak 60 peratus sebagai sumber tenaga Britain, iaitu melihat kepada penglibatan aktif British Petroleum ( BP ) di Kuwait sebanyak 50 peratus dan lebih 50 peratus juga di Iraq dalam Syarikat Iraq Petroleum Company ( IPC ) yang secara tidak langsung menyumbang pendapatan dan imbangan pembayaran Britain lebih £170 juta, malah sehingga selepas perang tersebut pada 1968, syarikat BP dan Shell masih memiliki nilai simpanan minyak di negara-negara Arab lebih £775 juta. Bagaimanakah pemilikan nilai simpanan ini kekal? Walaupun negara-negara Arab telah mengenakan sekatan minyak ke atas Eropah dan Britain selama 3 bulan bermula Ogos 1967, namun tidak bagi negara Iraq yang bertindak meningkatkan kapasiti pengeluarannya bagi menampung permintaan tinggi oleh negara-negara Eropah, iaitu 2.191 juta tong sehari pada Mei 1967 kepada 2.592 juta tong sehari pada Julai 1967. Pembekalan minyak oleh Iraq ini dipermudahkan lagi oleh Israel melalui pembinaan paip minyak Eilat-Askelon yang menghubungkan Laut Merah dengan Mediteranean yang membolehkan bekalan minyak dihantar terus ke pelabuhan Israel dan seterusnya ke Eropah menjadikan pelabuhan Eliat telah berkembang menjadi pelabuhan pengedaran minyak terpenting di Asia Barat, misalnya pada 1973, kapasiti mengepam minyak lebih 60 juta tan setahun dan menguruskan kapal-kapal tangki minyak sehingga melebihi 300,000 tan yang secara tidak langsung mewujudkan hubungan diplomatik Britain-Israel-negara Arab.
Kewujudan hubungan diplomatik berdasarkan kepentingan minyak di negara Arab juga kekal berikutan kekalahan Nasser dalam Perang 1967 apabila Israel berjaya menawan wilayah Sinai yang telah menghapuskan ancaman ekonomi Britain di negara-negara Arab khususnya Kuwait dan negara-negara Teluk. Hal ini telah menjadikan kepentingan ekonomi Britain di Israel menjadi lebih penting melebihi di negara-negara Arab, kerana Sinai merupakan sumber minyak terkaya seluas 150 kilometer ke Selatan Suez meliputi Abu Rodeis, Sidri, Ekma dan Fehran dengan kapasiti pengeluaran 4.5 juta tan setahun atau 90, 000 tong sehari daripada jumlah keseluruhan pengeluaran minyak UAR, 6 juta tan setahun yang akan diusahakan oleh syarikat Israel, iaitu Netivei Neft yang secara tidak langsung menyebabkan Mesir telah kehilangan sumber minyak utamanya yang sebelum ini diusahakan oleh Compagnie Orietale de Petroles ( COPE ) dan General Petroleum Company ( GPC ).
Berikutan kepentingan ekonomi Britain di Israel yang lebih penting, Britain langsung bersikap menyokong penaklukan Israel ke atas wilayah Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan semasa Perang Enam Hari bagi kepentingan peluang pelaburan yang dianggarkan bernilai lebih £40 juta setahun bagi tahun 1970 sahaja dan berkemungkinan akan kehilangan kontrak penapisan dan pembersihan air di Jerusalem bernilai £3 juta setahun sekiranya tidak mengambil peluang menyebabkan Menteri Luar Britain pada 17 Ogos 1967, Sir George Thomson telah mengarahkan Kedutaan British di Tel Aviv dan Konsulat Jeneral British di Jerusalem untuk melakukan apa cara sekalipun untuk membantu para pelabur British bagi mendapatkan peluang perniagaan dan tender kontrak di Bandar Lama Jerusalem dan wilayah Tebing Barat yang ditakluki oleh Israel. Hal ini menyebabkan Naib Presiden dan juga Ketua Esekutif BMLC, Sir Donald Stokes pada Januari 1968 menolak desakan negara-negara Arab untuk menarik balik pelaburan syarikatnya di Israel, iaitu saham sebanyak 50 peratus dalam perusahaan bas dan lori melalui kerjasama dengan syarikat Israel, Leyland Ashdod dengan jumlah pengeluaran 1,200 buah setahun dan dijangka meningkat kepada lebih 1,800 buah menjelang Mei 1968 dan memonopoli pasaran Israel pada 1969, serta memiliki 25 peratus saham dalam perusahaan kereta milik Israel, iaitu Autocar Haifa berbanding projek pembekalan kenderaan tentera kepada UAR bernilai lebih £14 juta yang akan menjejaskan eksport kenderaan Britain di Amerika Syarikat yang dikawal oleh Yahudi.
Kepentingan ekonomi Britain di Israel yang ketiga dinilai dari sudut kegiatan perdagangan permata berlian yang diproses di Israel sebelum dijual di New York atau Hong Kong, yang mana sehingga 1968, Israel merupakan pembeli berlian mentah utama dunia menjadikan London sebagai pusat perdagangan berlian dunia dengan kadar pulangan lebih £230 juta setahun kepada Britain dalam bentuk mata wang asing utama berikutan penguasaan pasaran yang dimonopoli oleh Yahudi. Aspek lain yang menjadikan Israel lebih penting berbanding negara Arab kepada Britain adalah kerana kuasa beli Israel terhadap produk British sehingga menjadikan produk tersebut mengusai 17.6 peratus hingga 19.3 peratus dari jumlah import Israel, iaitu sebanyak US$ 430 juta setahun yang meningkat kepada US$ 1,089 juta setahun pada 1968 berikutan pasaran yang lebih lumayan di Israel berbanding hanya polulasi penduduk yang besar di negara Arab, buktinya kadar dagangan bagi nilai pasaran eksport ke Israel pada tahun 1966 sebanyak £52 juta meningkat sebanyak lebih 70 peratus berbanding pasaran negara Arab sebanyak £215 juta pada tahun 1966 dan meningkat kepada £253 juta pada tahun 1968 dengan kadar peningkatan hanya 20 peratus sahaja.
Namun apabila diteliti daripada jadual yang dipersembahkan oleh penulis yang diperolehi dari FOC 17/787. Nota daripada Duta Britain ke Tel Aviv kepada Mr. Thomson, Foreign Office. Salinan dalam surat P.T Hayman kepada Mr. William, London, 1969 bagi menunjukkan data perbandingan nilai eksport Britain ke Israel dan Negara-negara Arab ( £ juta ), nilai ini mengelirukan pembaca sekali lagi.


Tahun
1966
1967
1968
Israel
51.9
49.2
86.7
UAR
17.9
10.7
12.1
Syria
6.9
5.1
4.9
Jordan
8.9
7.0
8.1
Lebanon
16.4
13.0
20.2
Jumlah 4 negara Arab
50.1
35.8
45.3

Nilai eksport Britain ke Israel pada tahun 1966 sebanyak £52 juta nyata telah dibundarkan dari nilai asal iaitu £51.9 juta, manakala nilai eksport ke negara Arab pula tidak dapat dipastikan berikutan nilai data yang diberikan adalah berbeza daripada apa yang telah dipersembahkan oleh penulis.
Tambahan lagi, perdagangan dengan Israel mengurangkan risiko hutang lapuk, iaitu kurang £200,000 dan tidak perlu memberikan sebarang bantuan kewangan sebagai modal berbanding perdagangan dengan negara Arab selama 15 tahun sejak 1951, Britain terpaksa menanggung hutang lapuk sebanyak £69 juta disamping pemberian bantuan kewangan serta pinjaman jangka panjang melebihi £58 juta, malah dalam tempoh 1968 atau 1969 sahaja, Britain terpaksa menanggung pinjaman jangka panjang berisiko tinggi lebih £75 juta walaupun perdagangan tersebut menyumbang £238 juta namun tidak dapat mengimbangi kadar hutang tempoh jangka panjang menjadikan Britain menentang keras sebarang usaha yang memberikan tekanan ke atas Israel demi kepentingan ekonominya semasa Perang Enam Hari Arab-Israel 1967.
 
Penilaian
Walaupun penulis jelas telah membuat banyak kesilapan dalam kajian ini yang membolehkan pembaca kehilangan tahap kefahamannya berikutan pemberian data yang meragukan disamping kesalahan-kesalahan lain dalam aspek penulisan, namun tidak dinafikan akan kebenaran wujudnya kolerasi berdasarkan hujah dan data penulis yang jelas dapat menunjukkan perhubungan kepentingan ekonomi Britian di Israel dengan dasar dan reaksinya dalam Perang Enam Hari Arab-Israel 1967 melalui perbandingan ekonomi di Israel melebihi kepentingan di negara-negara Arab. Britain jelas dapat mempertahankan kepentingan ekonominya dengan hanya bersikap menyokong dasar yang menguntungkan dan mengetepikan apa yang disifatkan merugikan ekonomi negaranya dan mengambil kesempatan dalam tindakan Israel mahupun negara Arab yang membolehkan hubungan diplomatik negara terjalin sebagai strategi kepada perlaksanaan ekonominya bagi mengelak sebarang penghantaran bala tentera yang akan melabelkannya pro-Israel mahupun terlibat dalam sebarang usaha menghancurkan kepimpinan Arab.
Walaupun kepentingan negara Arab tidak melebihi kepentingan negara Israel kepada ekonomi Britain, namun Britain tetap bersikap tidak sepenuhnya melepaskan kepentingan ekonomi mereka terutamanya dalam kepentingan minyak kerana dalam kalangan negara Arab sendiri tidak terdapat kesepakatan mahupun penyatuan dalam dasar kepentingan bersama seperti sekatan minyak selama 3 bulan terhadap negara Eropah dan Britain yang tidak dihiraukan oleh Iraq mengundang kegagalan perlaksanaan dasar tersebut dan memberi peluang kepada Britain untuk mempergunakan Israel sebagai satu strategi ekonominya di negara Arab apabila Israel menawarkan perkhimatan penyaluran minyak melalui pembinaan pelabuhan Eilat-Askelon yang menghubungkan Laut Merah dengan Mediteranean yang membolehkan bekalan minyak dihantar terus ke pelabuhan Israel dan seterusnya ke Eropah, lantas Britain juga telah menyokong dasar penaklukan Israel ke atas wilayah Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan bagi kepentingan ekonominya.Tambahan lagi, pembunuhan Nasser semasa perang tersebut oleh Israel nyata telah membuka laluan lebih besar dalam hubungan ekonomi Britain dengan negara Arab dan apa yang dinyatakan oleh penulis sebagai strategi ekonomi serampang dua mata jelas dalam reaksi dan dasar Britain ketika berhadapan dalam krisis Perang Arab-Israel 1967 dalam mempertahankan kepentingan ekonominya.

Thursday, March 24, 2011

SOALAN 10 : PERUBAHAN POLITIK NEGARA ASIA BARAT TELAH MEMBAWA KEPADA KEBANGKITAN RAKYAT PALESTIN. BERSETUJUHKAH ANDA DENGAN PERNYATAAN INI?


TH20303
SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
SEMESTER 11 2010/2011

IFEANE SILVAL                   BT08110058
FAIZAL MOKHTAR              BT08110162

SOALAN 10 : PERUBAHAN POLITIK NEGARA ASIA BARAT TELAH MEMBAWA KEPADA KEBANGKITAN RAKYAT PALESTIN. BERSETUJUHKAH ANDA DENGAN PERNYATAAN INI?

1.0        PENGENALAN
-      Palestin ‘Falastin’ = Arab dan ‘Palestina’ = Ibrani merujuk kepada kawasan timur tengah di antara laut Mediterranean dan Sungai Jordan yang merangkumi negara isreal kini dan wilayah-wilayah Palestin di samping sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria yang secara tidak langsung merjuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas mandat Brtitish ( 1920-1948 ) di sebelah barat Sungai Jordan.

-      Perubahan politik negara Asia Barat merujuk kepada bagaimana negara Palestin itu sendiri berhadapan dengan dasar pemerintahan Britain yang pro-Yahudi dalam menjayakan penubuhan negara Yahudi di Palestin yang turut sama diperjuangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat dan Isreal sendiri sehingga membawa kepada dasar campur tangan dalam kalangan negara Asia Barat bagi menangani isu Palestin-Yahudi berikutan tindakan Britain sendiri menyerahkan Palestin kepada PBB

-      Kesengseraan yang berlanjutan sejak 60 tahun yang lalu membawa kepada kebangkitan / intifada Palestine yang merupakan siri kebangkitan dan penentangan yang telah bermula seawal tahun 1920-an apabila British bertindak sebagai agen penjajahan Palestin oleh Yahudi Zionis.

-      Kebangkitan Palestin yang terbesar dipanggil sebagai Intifadah Mubarakah yang berlaku pada 9 Disember 1987 yang secara tidak langsung memulakan kebangkitan yang paling bermakna terhadap mereka semua samada di kalangan rakyat yang tinggal di Palestin mahupun di kalangan mereka yang terpaksa menjadi pelarian di negara-negara yang lain

2.0        PERUBAHAN POLITIK YANG MEMBAWA KEPADA KEBANGKITAN RAKYAT PALESTIN
2.1        MANDAT BRITISH TERHADAP PALESTIN
-       Selepas perang dunia pertama ( 1914-1919 ), Britain telah mendapat mandat untuk mentadbir negara Palestin selepas berjaya mendudukinya pada 1917 dari pihak Berikat Eropah di San Remo pada bulan April 1920 yang disahkan oleh Liga Bangsa-Bangsa pada tahun 1922 yang beroperasi pada tahun 1923, yang mana salah satu matlamat British adalah menjamin penubuhan negara Yahudi di Palestin berdasarkan arahan mandat pada 24 Julai 1922 yang telah mengarahkan Britain agar berusaha kearah penubuhan bagi orang Yahudi di Palestin di samping menjamin hak rakyat dan agama semua penduduk Palestin tanpa mengira bangsa dan agama.

-       Sebelum pemberian mandat lagi, British jelas telah menyokong hasrat golongan Zionis untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin melalui pengisytiharaan Balfour / Deklarasi Balfour pada 1917 melibatkan kerajaan Britian yang diwakili oleh setiausaha luarnya, Lord Arthur Balfour dengan ketua persatuan Yahudi Britain, Chaim Weizzmann bagi mencapai kesepakatan perjanjian dalam penubuhan negara yahudi di Palestin yang membawa kepada galakan kebenaran masuk kaum Yahudi ke Palestin.

-       Weizzman merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone yang digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang dunia pertama, atas rasa terhutang budi Britain telah bersetujuh dengan desakan Weizmann untuk mengadakan deklarasi walapun pada mulanya Britain hanya menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin.
-       Pada 1919, Emir Faisal I yang memihak kepada Britain turut menandatangai perjanjian dengan Chaim Weizzmann sebagai tanda sokongan penuh kerajaan Arab terhadap Deklarasi Balfour.

-       1920-an, 8000/ tahun orang Yahudi memasuki palestin, 1933-1935, lebih 135 000 secara sah dan sehingga 1938 = 218 000

-       Kelonggaran hak pemilikan tanah kepada Yahudi di Palestin oleh Britain serta dasar cukai tanah yang tinggi kepada petani Arab memudahkan Yahudi menjalankan dasar pemaksaannya terhadap penduduk Arab untuk menjual tanah mereka yang mana pembelian tersebut adalah dibiayai oleh sebuah tabung antarabangsa Palestin, Jews National Fund secara besar-besaran, malah turut menaggung cukai terhadap barang keperluan berbanding Yahudi yang menerima subsidi menjadikan mereka memiliki sektor yang lebih produktif kerana mempuanyi model yang besar menjadikan pendapatan masyarakat Arab Palestin hanya 1/5 daripada pendapatan/ orang Yahudi pada 1936.

-       Perarakan Suruhanjaya Zionis bagi memperingati ulang tahun Deklarasi balfour membawa kepada penyatuan orang Arab Palestin pada 1918 yang membawa kepada kerjasama menubuhkan persatuan Islam-Kristian di Jaffa dan Baitulmuqqadis yang seterusnya membawa kepada penubuhan 37 persatuan yang mewakili pertubuhan-pertubuhan Islam-Kristian Palestin bagi mewujudkan satu barisan Islam-Kristian yang bersatu, Eksekutif Arab ( A.E ) yang diketuai oleh Musa Khadim al-Husaini ( meninggal pada Mac 1934 ) dalam menentang isu penghijrahan Yahudi dan pemilikan tanah menyebabkan kongres Zionis pada 1935 bertindak lebih agresif dalam mengalakan kemasukan Yahudi di Palestin.

-       Disember 1920, desakan oleh mesyuarat kongres Palestin di Haifa terhadap Britain agar menubuhkan sebuah kerajaan Demokrasi tidak dihiraukan oleh Sir Arthur Wauchope yang bertindak mencadangkan pemerintahan berparlimen yang akan memberikan Yahudi satu jumlah perwakilan yang tidak seimbang kerana dilantik dan bukannya dipilih menyebabkan pemberontakan Arab pada April 1936 melalui satu rompakan ke atas sebuah bas yang mengakibatkan pembunuhan dua orang penumpang Yahudi dan menjadi keganasan apabila perarakan pengebumian tersebut menjadi pemberontakan yang membunuh kira-kira 20 orang Yahudi yang membawa kepada pengisytiharaan mogok umum selama 6 bulan atau sehingga Britain bersetujuh menamatkan penghijrahaan Yahudi oleh al-Hajj Amin yang memimpin Majlis Tertinggi Arab ( A.H.C ).

-       Pemberontakan fasa kedua 1937 berikutan keputusan Suruhanjaya Pell yang dibentuk oleh British lebih menguntungkan Zionis dalam menyelesaikan masalah Palestin-Yahudi, yahudi mendapat tanah-tanah terbaik termasuk Safad =4% yahudi dan Akka = 0.001% yang membawa kepada bantahan oleh Kongres Nasional Arab di Bludan Syria pada September 1937 yang akhirnya membawa kepada pembunuhan pesuruhjaya daerah Galilee, Lewis Andrews pada Oktober 1937.

2.2        RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB )
-       British menyerahkan isu Palestin kepada PBB yang diletakkan di bawah pengendalian Jawatankuasa Khas Bangsa-bangsa bersatu berkenaan Palestin ( U.N.S.C.O.P ) yang akhirnya mencetuskan kepada Pelan pembahagian PBB untuk Palestin/Resolusi 181 oleh Majlis Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1947 yang membenarkan penubuhan dua negara, Arab dan Yahudi = 56% yang didiami oleh 82% Yahudi yang bergabung dalam satu kesatuan ekonomi serta peletakan Baitulmaqdis di bawah pentadbiran antarabangsa khas oleh PBB berkuat kuasa selepas Britain berundur pada 15 Mei 1948

-       Diterima 2/3 anggota PBB ( 33 = AS dan Soviet Union ), 10 berkecuali ( Britain hanya akan bersetujuh sekiranya Yahudi dan Arab menyokong ), 13 membantah termasuk 5 negara Arab yang merdeka yang akhirnya mencetuskan perang Palestin pertama pada 1947-1949 yang membawa kepada kewujudan pelarian 300 000 Arab Palestin setelah Yahudi memasuki Galilee.

-       Pengisytharaan kemerdekaan Israel 14 Mei 1948 telah membawa kepada perang Palestin fasa kedua/konflik Arab-Isreal/perang kemerdekaan yang mengundang malapetaka apabila tentera Isreal bergabung dengan tentera pertahanan Isreal ( I.D.F. ) yang logiknya akan membawa kemenangan kepada 32 000 Yahudi berbanding 6000 Arab Palestin 

-       PBB melancarkan genjatan senjata namun hanya betahan sehingga september 1948 berikutan pembunuhan Count Bernadotte pleh Lehi ( Amerika ) dan digantikan oleh Dr. Ralph Bunche yang secara tidak langsung memulakan semula perang pada 15 oktober 1948 yang memaksa 500 000 Arab Palestin menjadi pelarian yang membawa kepada operasi penyelamatan 1949 oleh Agensi Bertugas dan Menyelamat PBB ( U.N.R.W.A )

-       Isu kepulangan rakyat Palestin yang dipersetujui oleh Isreal “rancangan keluarga” yang terhad – Gaza pada dengan penduduk – gagal berikutan tekanan AS & Negara-negara Arab menerima perletakan Baitulmuqaddis di bawah pentadbiran antarabangsa

2.3        DASAR CAMPUR TANGAN NEGARA ASIA BARAT
-       Peperangan yang banyak berlaku di Palestin telah banyak disokong oleh negara-negara Arab yang lain.

-       Hal ini telah menaikkan semangat penduduk Palestin untuk merampas tanah air mereka daripada Yahudi. 

-       Tambahan lagi kesemua negara Arab tidak mengiktiraf negara Israel.

-       Negara-negara Arab telah memberikan bantuan dari segi ketenteraan kepada Palestin. 

-       Mesir menyumbangkan tentera yang paling ramai, Jordan, Syria, Iraq, dan Lubnan masing-masing menyumbangkan diantara 2000-3000 tentera manakala Arab Saudi paling sedikit iaitu seramai 1000 tentera walaupun pernah berjanji akan menyumbangkan bantuan yang paling banyak sekali. 

-       Orang Palestin juga telah dijanjikan akan diberikan bekalan senjata.

-       Dengan segala bantuan ketenteraan yang ada, Palestin telah berjuang untuk membebaskan tanah airnya daripada Yahudi. 

-       Satu lagi pertubuhan yang banyak membantu rakyat Palestin ialah Ikhwan al-Muslim @IM (Hamas) yang berpangkalan di Mesir.

-       IM adalah gerakan islam yang sangat komited terhadap isu Palestin.

-       IM turut menberikan bantuan kewangan dan sokongan moral kepada rakyat Palestin.

-       Hasil daripada bantuan IM Mesir, terdapat sebanyak 25 cawangan IM di Palestin.

-       Hubungan rapat antara IM Mesir telah melahirkan IM Palestin sehingga mereka berjaya membuat perhimpunan di Tebing Barat untuk membebaskan Palestin daripada Yahudi.

-       Semangat perjuangan rakyat Palestin tidak akan pudar selagi mendapat bantuan daripada pihak-pihak yang mengambil berat mengenai isu-isu di Palestin.

2.4        PERUBAHAN POLITIK AMERIKA SYARIKAT
-       Amerika yang pada mulanya mengamalkan dasar isolasi mulai campur tangan di Timur Tengah apabila Amerika sangat-sangat memerlukan bekalan minyak untuk negaranya. 

-       Britain yang tidak lagi mampu untuk menagani isu-isu di Palestin telah menyerahkan tanggungjawab untuk mentedbir Palestin kepada PBB. 

-       U.N.S.C.O.P (United Nations Special Committee on Palestine @ Jawatankuasa Khas Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Palstine) adalah satu pesuruhjaya yang telah menggemukakan pembahagian Palestin.

-       8 perwakilan iaitu Amerika Latin, Kanada, Australia dan Eropah setuju untuk membahagikan Palistine kepada Negara Yahudi, Negara Arab dan Zon Antarabangsa.

-       Amerika telah membantu pihak Yahudi untuk memindahkan seramai 100,000 orang ke Palestin.

-       Tindakan Amerika telah ditentang oleh Britain sehingga mengakibatkan peperangan antara Amerika/Yahudi dengan Britain.

-       Sokongan Amerika terhadap Yahudi telah menyebabkan negara Palestin terbahagi.
-       Perang Palestin yang pertama pada 1947-1949.

-       Orang Arab tidak bersetuju dengan pembahagian tersebut manakala pihak Yahudi menyambutnya dengan baik. 

-       Berlaku pertempuran antara pihak Arab Palestin dengan Yahudi.
-       PBB mengaku tidak dapat berbuat apa-apa terhadap pertempuran yang berlaku kerana penglibatan Amerika.

2.5        TINDAKAN ISREAL
-       Antara tindakan Israel yang menaikkan semangat penduduk Arab Palestin ialah tidak membenarkan pelarian-pelarian Palestin pulang semula ke sana.

-       Israel juga sering melanggar perjanjian gencatan senjata yang telah ditandatangani contohnya penjanjian di antara Jordan.

-       Isreal melanggar perjanjian tersebut dengan melancarkan serangan ke atas Teluk Aqaba.

-       Pada 15 Ogos 1929, tunjuk perasaan tidak rasmi telah berlaku secara tidak langsung oleh penduduk islam di Baitumaqdis. 

-       Perkara tersebut berlaku kerana tindakan yahudi yang ingin menguasai kawasan suci Tembok Barat yang merupakan tinggalan kuil kuno Yahudi.

-       Namun tembok tersebut berada dalam kawalan orang islam dan Yahudi hanya dibenarkan bersembahyang di sana sahaja. 

-       Pada September 1928, orang Yahudi telah membuat pembahagi ke atas tembok tersebut dan mengakibatkan penetangan daripada orang islam.

-       Dalam tunjuk perasaan yang telah berlaku, orang Islam dan Yahudi telah kehilangan ramai nyawa.

-       Pemberontakan Arab 1936-1939 bermula pada satu rompakan bas yang telah mengakibatkan kematian 2 orang yahudi.

-       Keesokannya orang yahudi telah membalas dendam dengan menyerang kawasan berdekatan tempat rompakan.

-       Perarakan pengebumian orang yahudi telah bertukar kepada keganasan anti-islam.

-       Perkara ini telah mengakibatkan pemberontakan yang mengakibatkan 20 kematian yahudi.

-       Pertubuhan A.H.C yang diketuai oleh al-Hajj telah mengadakan mogok selama 6 bulan sehingga British menghentikan penghijrahan Yahudi ke Palestin.

-       Keganasan yang telah berlaku sehingga tahun 1939 telah melibatkan pembunuhan antara Arab-Yahudi, Yahudi-Arab, Arab-Inggeris dan Inggeris-Arab.

3.0        PENILAIAN
-       Perubahan politk Asia Barat yang banyak mempengaruhi kebangkitan rakyat Palestin adalah bertitik tolak dari penubuhan negara Isreal yang telah merubah keseluruhan suasanan politik Asia Barat yang secara tidak langsung membawa kepada dasar campur tangan negara-negara Asia Barat terhadap isu Palestin akibat tindakan British melalui mandatnya yang pro-Yahudi, usaha PBB yang pro-Yahudi, dasar campur tangan Amerika Syarikat terhadap isu Palestin serta kekejaman Isreal dalam merealisasikan penubuhan negara Isreal yang menjadikan Palestin sebagai pelarian di bumi sendiri sehingga memaksa mereka bangkit untuk menuntut hak dan pengiktirafan negara Palestin yang telah dimasukan ke dalam wilayah Isreal

4.0        KESIMPULAN
“….Pergolakan ini akan berterusan selagi masih ada sebab tersebut (Tanah), perdamaian akan selalu mentah-mentah ditolak jika berasakan pengakuan bahawa pendudukan adalah hak mereka (Yahudi). Kerana haram hukumnya bagi seseorang Muslim melepaskan tanah Islamnya walaupun hanya sejengkal…..” (Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, 1999 : 64 )

Pegangan orang Yahudi terhadap bumi Palestin sebagai tanah yang dijanjikan kepada mereka dan ketekadan Arab Palestin dalam memperjuangkan hak mereka tidak akan berakhir berikutan sokongan yang wujud dari pihak masing-masing, persetujuan negara-negara barat dalam penubuhan negara Isreal dan dasar campur tangan negara-negara Arab yang menyemarakkan lagi kebangkitan Palestin sehingga digelar penganas oleh Amerika Syarikat.