Friday, March 18, 2011

penilaian impak alam sekitar ( EIA )



1.0 Pengenalan

Apakah itu Penilaian Impak Alam Sekitar “Environmental Impact Assessment” ( EIA )? Menurut United Nations Environmental Programme - UNEP (1979), EIA adalah suatu kajian bagi mengenalpasti, meramal dan menghuraikan akan kebaikan dan keburukan sesuatu cadangan projek pembangunan yang menuntut keperluan adanya hubungan komunikasi di antara pihak-pihak terlibat iaitu masyarakat setempat, pemaju dan pihak berkuasa bagi melicinkan keadaan. Selain itu, menurut Muhammad Rizal R dan Kadir A (2002), EIA juga merupakan satu kajian mengenalpasti, meramal, menilai dan mendapatkan informasi melalui komunikasi yang dibuat terhadap pihak-pihak terlibat, yang mana ianya berkaitan dengan kesan terhadap alam sekitar yang berpunca dari cadangan projek pembangunan serta menyenaraikan langkah-langkah mitigasi sebelum projek pembangunan berkenaan diluluskan dan beroperasi.

2.0 Prinsip-prinsip asas PIAS

Perspektif Penilaian Impak Alam Sekitar (PIAS) menetapkan beberapa prinsip asas dengan tujuan untuk melindungi alam sekitar melalui cara pencegahan. Menurut Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, dalam rujukan 499: Ordinan Impak Alam Persekitaran, No. 1/2002. prinsip-prinsip asas PIAS adalah seperti berikut:- Prinsip satu ialah perancangan proaktif dan menetapkan keputusan. Proses PIAS adalah alat perancangan proaktif untuk mengelak masalah yang timbul dan kesan persekitaran yang menyebabkan kerugian pada awalnya atau pengalaman yang pernah dialami dalam pembangunan yang dirancang. Prinsip dua ialah penghindaran dan pencegahan persekitaran buruk yang timbul. Menurut Scott Wilson Ltd. (1996), proses PIAS bertujuan untuk mengelak dan mencegah kesan persekitaran yang buruk melalui projek yang dicadangkan dan yang dirancang. Prinsip tiga ialah memberi kesan positif terhadap keputusan yang dibuat seawal yang mungkin dan berfikiran proaktif tentang pilihan dan alternatif yang terbaik. Menurut Sadler B (1996), ini sangat penting untuk memudahkan setiap usaha bagi meningkatkan prestasi persekitaran yang ingin dicapai pada tahap awal projek perancangan kemudian pada tahap seterusnya iaitu projek pembangunan untuk hasil yang memuaskan. Prinsip empat ialah proses projek kitaran sepanjang hidup. Proses PIAS haruslah melibatkan suatu tindakan yang dinamik untuk mengenalpasti dan meramal kemungkinan kesan persekitaran yang akan buruk daripada pembangunan yang telah dirancang bagi mengembangkan langkah-langkah untuk mengelak, mencegah dan mengurangkan masalah persekitaran.Prinsip lima ialah membuat cadangan penguatkuasaan PIAS. Cadangan PIAS haruslah rasional, praktikal dan berkesan, dengan memberi maklumat tentang 5W ( seperti : apakah tindakan yang akan dilaksanakan, oleh siapa, bila, di mana dan mengapa) dan dengan definisi yang jelas mengenai tanggungjawab untuk melaksanakan langkah-langkah yang dicadangkan. Tindakan yang dicadangkan haruslah mudah bagi mengelakkan masalah persekitaran yang merugikan daripada berlaku.Prinsip enam ialah fleksibel yang telus, dengan penyertaan awam serta kemampuan untuk mengadaptasi perubahan. Proses PIAS haruslah telus dan mengutamakan penyertaan awam.


Prinsip tujuh ialah hasil percubaan secara praktikal dalam persekitaran dan masyarakat. Salah satu tujuan proses PIAS adalah untuk menyampaikan dan menghasilkan komunikasi persekitaran secara praktikal dalam persekitaran dan masyarakat. Prinsip lapan ialah fokus pencegahan terakhir. Fokus permulaan adalah melibatkan usaha untuk menyelamatkan sejumlah besar kerugian yang dialami atau kos lain yang mungkin wujud seperti kos perbelanjaan yang mahal.Prinsip sembilan ialah kecekapan dan keberkesanan. Menurut Ridgway, et.al (1996), pendekatan yang cekap dan berkesan dalam melakukan kajian proses PIAS perlu diutamakan dan langkah demi langkah yang diambil akan meningkatkan produktiviti dalam proses PIAS itu sendiri. Prinsip sepuluh ialah perjanjian telus antara pihak-pihak yang berkaitan, harapan yang jelas tentang apa yang perlu dilakukan dan apa yang akan dilaksanakan, dan keputusan yang jelas tentang konflik lain yang wujud.

3.0 Persepktif PIAS

3.1 Sudut perundangan

Di Malaysia, EIA diletakkan dibawah Seksyen 34A (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127) yang memberi kuasa kepada Menteri Sains dan Teknologi dan Alam Sekitar untuk menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang dirasakan akan memberi kesan kepada alam sekitar selepas berbincang dengan Majlis Kualiti Alam Sekeliling. Selepas aktiviti disenaraikan maka, ia perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar untuk diluluskan. Laporan berkenaan mestilah menyentuh tentang tindakan dan langkah yang akan diambil bagi mengelak, mengawal, dan mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar. Jika sekiranya laporan yang dikemukakan tidak menepati syarat yang telah ditetapkan dalam Seksyen 34A (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 maka, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar berkuasa untuk menolak laporan tersebut dan laporan yang lebih lengkap dan menepati syarat boleh dikemukan sekali lagi. Menurut Laporan Tahunan JAS 2007, daripada 49 laporan EIA yang diterima dan diproses, hanya 27 laporan EIA iaitu 55% diluluskan, 18 laporan EIA lagi ditolak dan 4 ditarik semula oleh pihak pemaju.

Jika sekiranya didapati ada pemaju yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling, maka pemaju boleh didenda sehingga seratus ribu ringgit (RM 100,000) atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali.Sekiranya aktiviti masih dijalankan selepas Ketua Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan notis agar projek dihentikan maka denda sebanyak RM 1000 sehari untuk pemaju yang ingkar terhadap arahan tersebut. Menerusi Seksyen 34A (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di atas, dapat dinyatakan disini bahawa akta ini bertujuan untuk mengawal dan menyediakan satu kaedah yang berkaitan dengan 19 aktiviti yang disenaraikan antaranya seperti pertanian, pengairan dan saliran, dan perumahan.

3.2 Indeks persekitaran

Indeks persekitaran juga perlu dipertimbangkan sebelum, semasa atau selepas projek dilaksanakan. Ini bagi mengelakkan indeks kualiti alam sekitar terjejas. Bagi penyediaan Laporan indeks Kualiti hidup Malaysia 1999, proses kutipan data untuk perkiraan kualiti udara, peratusan sungai bersih dan peratusan keluasan hutan dibuat bagi tempoh 14 tahun iaitu bermula dari 1985 hingga 1998. Kualiti udara 1999, akan dinilai berdasarkan kandungan purata tahunan Plumbum (Pb) dan jumlah partikel terampai di atmosfera yang dipantau oleh beberapa buah stesen di seluruh negara. Bagi kualiti air pula, peratusan sungai bersih mencatatkan penurunan iaitu 55.8% pada tahun 1985 kepada 27.5% untuk tahun 1998. Terdapat pelbagai usaha dijalankan oleh pihak kerajaan seperti kempen ‘Cintailah Sungai Kita’ dan projek sungai angkat yang dijalankan di sekolah–sekolah terpilih.

3.3 Pelan perancangan

Bagi melaksanakan sesebuah projek, pemaju perlu melalui beberapa pengurusan atau prosedur yang telah ditetapkan oleh EIA. Antara prosedur tersebut adalah:

i. Penilaian Awal terhadap aktiviti-aktiviti yang ditetapkan.

ii. Penilaian terperinci terhadap semua aktiviti yang ditetapkan yang mana kesan-kesan tertinggal alam sekitar yang ketara sepertimana yang telah diramalkan dalam Penilaian Awal.

iii. Laporan-Laporan Penilaian Awal dan Terperinci dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk kelulusan sebelum projek dilaksanakan.

Rajah 1 Prosedur Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)



(Sumber : Garis Panduan Penyediaan Laporan Kesan Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar Malaysia).


3.4 Permonitoran


Bagi memastikan keberkesanan prosedur EIA, siasatan penguatkuasaan dan pemantauan telah dijalankan ke atas projek-projek yang telah mendapat kelulusan EIA. Langkah ini penting bagi memastikan segala ramalan impak dan langkah-langkah kawalan yang telah dicadangkan di dalam Laporan EIA dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Program penguatkuasaan dan pemantauan bagi tahun 2007 dibuat berdasarkan keutamaan berikut:

i. Projek-projek yang masih di peringkat kerja tanah dan pembinaan seperti pembangunan bercampur dan projek perumahan.

ii. Projek-projek yang sedang beroperasi seperti kuari khususnya yang berhampiran dengan kawasan kediaman, tapak pelupusan sisa pepejal iaitu Bukit Tagar di Kuala Selangor, Jeram di Klang dan Resource Recovery Centre ( RRC) di Semenyih.

iii. Projek yang menjalankan kajian EIA Terperinci iaitu projek-projek yang melibatkan impak yang besar ke atas alam sekitar seperti kilang besi Megasteel di Banting.

3.5 Pengurusan dan prosedur
3.5.1 Pemilihan tapak

Tapak yang akan dijalankan projek akan dikaji dari segi kesesuaian melalui lawatan tapak dan maklumat yang ada. Dalam peringkat ini langkah-langkah melindungi alam sekitar dan menyelesaikan masalah sosioekonomi akan diselesaikan. Pampasan akan dikenakan kepada penduduk jika tempat mereka terjejas akibat daripada perlaksanaan projek tersebut dan isu berkaitan pampas an dan pelaburan projek ini diambil kira dalam EIA. Pemilihan tapak juga tidak boleh terletak dalam atau berhampiran dengan kawasan sensitif alam sekitar- Environmentally Sensitive Areas (ESA).

3.5.2 Menjalankan Analisis Alam Sekitar ke atas Cadangan Projek

Analisis alam sekitar yang dibuat mestilah dibuat oleh individu yang bertauliah serta berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah EIA Consultant Registration Scheme. JAS akan menolak laporan EIA yang dikendalikan oleh individu yang tidak berdaftar. EIA ini dijalankan bagi aktiviti yang ditakrifkan sebagai prescribe activities. Namun begitu projek kecil tidak memerlukan EIA tetapi itu tidak bermakna ia tidak perlu langsung untuk mengambil kira aspek alam sekitar.

3.5.3 Pihak Kuasa Meluluskan Projek


Semua projek dibawah prescribed activities perlu mendapatkan kelulusan EIA daripada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar sebelum diluluskan oleh pihak berkuasa Persekutuan atau negeri yang berkenaan untuk perlaksanaan. Pihak Berkuasa meluluskan merupakan pihak berkuasa kerajaan yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan pelaksanaan sesuatu projek.

3.5.4 Penilaian Strategik Alam Sekitar (SEA)

SEA merupakan satu lagi alat yang digunakan ketika membuat penilaian alam sekitar semasa merancang projek. Skop SEA lebih meluas berbanding dengan penilaian konvensional dan biasanya dibuat pada peringkat polisi dan program dan berkait dengan penilaian sosial dan ekonomi.

4.0 Kepentingan PIAS berdasarkan kajian kes di Malaysia

4.1 Memberi kemudahan kepada pihak berkuasa untuk menentukan samada sesuatu cadangan projek pembangunan seharusnya boleh diluluskan atau sebaliknya


Menurut Muhammad Rizal R dan Kadir A (2002), seperti kebiasaan dalam setiap perancangan pembangunan yang dilakukan haruslah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan agar ianya boleh beroperasi, namun dengan adanya EIA, ianya telah memberi kemudahan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada sesuatu cadangan projek pembangunan seharusnya boleh diluluskan atau sebaliknya kerana EIA merupakan suatu kaedah terbaik bagi membentangkan sesuatu cadangan pembangunan. Misalnya keperluan penyediaan kajian EIA dalam pembanguan pengeluaran air bawah tanah untuk kegunaan industri, pertanian atau pembekalan air melebihi 4.5 MLD mengikut Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekitar 1975 bilangan 19 ( b ) agar tidak mengabaikan jumlah data yang diperlukan bagi setiap lokasi yang spesifik, pengiraan perlu diulangi dengan data berlainan untuk air hujan, trans-evaporasi, jenis tanaman dan tanah lokasi, impak kepada paras air serta kawasan aliran masuk dan kadarnya yang jelas telah diabaikan dalam laporan EIA oleh Sima Darby Berhad mengenai pembangunan projek sumber air bawah tanah di Batang Padang, Perak yang meliputi kawasan kira-kira 2,712 km untuk membekalkan air mentah ke kawasan Lembah Klang melalui pengekstrakan 50 juta liter setiap hari ( Milion Liter per Day – MLD ) pada penghujung tahun 2009 dan meningkat sehingga 500 MLD pada penghujung tahun 2010.

Ketidakupayaan laporan EIA tersebut dalam mengenalpasti, menilai dan menyampaikan maklumat mengenai impak kepada alam sekitar membawa kepada penolakan cadangan tersebut kerana hanya bersifat umum sahaja, iaitu hanya menggunakan persamaan keseimbangan air ( Hujan = Trans-evaporasi + Aliran Permukaan + Penyerapan ) dan data purata kadar aliran masuk untuk Malaysia sebanyak 6% berdasarkan kajian sumber air negara tanpa kajian terperinci terhadap impak proses pengekstrakan tersebut seperti yang berlaku di Sabah, negeri kedua tertinggi yang menggunakan air bawah tanah di Malaysia, permasalahan pengekstrakan air bawah tanah dalam pengurusan air di Sandakan selepas setahun beroperasi yang telah ditingkatkan dari 15 MLD ke 30 MLD menyebabkan berlakunya pengurangan kadar aliran masuk sehingga menjejaskan paras air bawah tanah dan kemudian barulah pengekstrakan dikurangkan ke 25 MLD untuk menstabilkan kadar aliran masuk melalui kajian keadaan akuifer air bawah tanah. Menurut FOMCA, WECAM dan Forum Air Malaysia (2009), keadaan sama turut dijangkakan berlaku berdasarkan kajian peta topografi Mukim Batang Padang yang terletak pada paras ketinggian melebihi 1200 meter, menyebabkan tekanan tinggi pada kawasan pengekstrakan di hilir akuifer terkurung dan kehilangan air adalah lebih cepat berbanding dengan kadar aliran masuk kerana terlalu spesifik dan kecil yang turut menjejaskan habitat serta memberi impak kepada loji-loji rawatan air yang bergantung kepada bekalan air mentah permukaan dari Mukim Batang Padang. Hal ini kerana, menurut J.Glasson et.al (1995), EIA memberikan cadangan alternatif dan mengemukakan pemeriksaan yang sistemtik terhadap implikasi alam sekitar yang berpunca daripada cadangan pembangunan yang secara tidak langsung. Menurut Brian D. Clarck (1984), EIA dapat menjimatkan masa serta wang dalam meminimumkan dan mengurangkan usaha yang berulang-ulang.

4.2 Memberi suatu rumusan yang tepat terhadap tindakan di dalam perancangan pembangunan.

Menurut J. Glasson et.al (1995), perkembangan EIA dengan pesat di serata dunia dalam aspek pengurusan alam sekitar menyebabkan pemaju merasakan EIA menjadi penghalang dalam menjayakan sesuatu projek pembangunan kerana terpaksa menunggu kesemua proses EIA selesai tanpa menyedari sebenarnya EIA membantu mereka mencari keputusan tepat terhadap tindakan dalam perancangan daripada berlakunya impak negatif alam sekitar. Menurut Muhammad Rizal R dan Kadir A (2002), pemaju,penduduk setempat dan pihak berkuasa dapat berbincang bagi mendapat rumusan yang tepat tanpa memberi kesan keburukan kepada alam sekitar, misalnya dalam projek pembinaan Empangan Kelau, Raub, Pahang yang telah disebarkan secara meluas di akhbar tempatan dan dipamerkan di tempat strategik selama sebulan untuk mendapatkan maklum balas dan ulasan daripada orang ramai serta 30 taklimat diadakan di antara orang asli dan pihak pengendali projek disamping pemberian pampasan satu banglo, enam ekar tanah dengan milik individu dan enam ekar tanah untuk buah-buahan di Sungai Bilut seluas 800 ekar yang menelan belanja RM37 bilion setelah mendapat persetujuan 85.4 peratus ketua isirumah orang Asli Kampung Temoi serta elaun bulanan berjumlah RM638 selama 48 bulan dan ganti rugi RM1.5 juta untuk bangunan, tanah, sayur-sayuran dan lain-lain sebelum dirujuk kepada lapan pakar yang telah dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar sebelum diluluskan pada 24 Feb 2001 menurut Mohd Zawawi dalam akbar Bernama 27 Ogos 2010.

Rajah 2 Arah pemindahan air mentah dari Pahang ke Selangor melalui Empangan Keliau, Raub, Pahang.


Sumber : Mohd Zawawi, 27 Ogos 2010, Kelau: Permohonan Orang Asli ditolak, Bernama, pada Febuari 27 2011, daripada http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/08/kelau-permohonan-orang-asli-ditolak.html.

4.3 Suatu kaedah dan cara untuk ke arah pembangunan yang berterusan

Menurut Muhammad Rizal R. dan Kadir A. (2002), EIA memainkan peranan sebagai suatu kaedah dan cara bagi menggelakkan masalah pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti pembangunan yang dijalankan oleh pihak pemaju Pembangunan yang berterusan perlu bagi memelihara alam sekitar daripada gangguan dan pencerobohan oleh pencemaran. Menurut Laporan Brundtland 1987 dalam Muhammad Rizal R. dan Kadir A. (2002) mendefinisikan pembangunan yang berterusan sebagai “pembangunan yang memenuhi kepada kehendak keperluan di masa sekarang tanpa mengancam keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka”.

Satu contoh kajian kes ialah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menggunakan EIA sebagai panduan untuk menjalankan pembangunan di kawasan tersebut. Pihak berkuasa iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menetapkan beberapa kriteria-kriteria tertentu sebelum pihak pemaju mahu membuat pembangunan di kawasan tersebut. Kawasan yang menjadi perhatian utama pihak DBKL ialah di kawasan bukit dan cerun. Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar (2010), garis panduan yang telah disediakan haruslah dipatuhi oleh semua pihak terutamanya agensi pelaksana, pemaju, dan pihak awam sebagai panduan dalam merancang, membangun dan menyelenggara tapak-tapak di kawasan bukit dan cerun serta kawasan sekitarnya garis panduan tersebut meliputi beberapa skop iaitu garis panduan ini diguna pakai untuk semua tapak pembangunan yang terletak di WPKL, garis panduan ini diguna pakai oleh DBKL semasa mempertimbangkan dan membuat penilaian ke atas permohonan kebenaran perancangan yang dikemukakan melalui Urus Setia Pusat Setempat (OSC) DBKL dan garis panduan ini hanya melibatkan permohonan-permohonan baru yang belum memperoleh kelulusan pembangunan.

4.4 Menjadi sumber maklumat informasi

Menurut Muhammad Rizal R. dan Kadir A. (2002), EIA juga memberikan tindakan-tindakan alternatif bagi mengatasi kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar Maklumat-maklumat yang didapati daripada EIA boleh digunakan oleh pihak pemaju untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar yang serius dengan mengubah kaedah pembangunan yang sedia ada kepada lebih mesra alam. Orang ramai juga dapat mengetahui situasi semasa mengenai alam sekitar yang berada di sekeliling mereka dengan maklumat yang telah disediakan. Contohnya jika berlaku tanah runtuh di kawasan pembinaan yang dikelilingi oleh rumah orang ramai, ini boleh menyebabkan kemalangan jiwa jika masyarakat di kawasan tersebut tidak tahu mengenai perkara tersebut. Oleh itu, betapa pentingnya EIA ini untuk memberi informasi. Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar (2010), contoh kes kajian ini ialah di WPKL yang memerlukan maklumat yang tepat dalam ketinggian bukit dan cerun yang hendak dibangunkan perkara ini perlu dipandang dengan serius kerana pihak berkuasa ingin mengelakkan bahagian-bahagian sensitif di kawasan tersebut terganggu yang akan menyebabkkan pencemaran alam sekitar.

5.0 Unsur-unsur analisis dan penilaian ekonomi PIAS

Menurut Megat Kamil Azmi (2010), EIA when integrated into the existing planning and dicision making structure provides additional information towards a better decision making. Jadi ini jelas bahawa melalui maklumat yang didapati melalui EIA dapat membantu pemaju-pemaju menjimatkan wang dan masa. Terdapat sesetengah pihak cuba memberikan pendapat dan penilaian mereka sendiri mengenai EIA yang kadang kala memerlukan prosedur yang merumitkan. Contohnya, pihak pemaju mendapati bahawa kos bayaran Fees Perkhidmatan Laporan EIA yang dikenakan oleh pihak jurutera di Malaysia adalah tinggi berbanding dengan bayaran fees bagi penyediaan laporan EIA di negara lain. Hal ini dapat dilihat berdasarkan maklumat daripada sebuah syarikat pemaju, Cas Fees Laporan EIA di Malaysia adalah 3 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Cas Fees Laporan EIA yang sama disediakan di negara Indonesia atau di negara Thailand. Malah daripada aspek dalaman di Malaysia, kadar bayaran fees ini berbeza-beza mengikut tempat bagi projek pembangunan yang sama. Pihak pemaju juga merasa terkilan kerana kadar bayaran fees khidmat yang tinggi ini tidak menjanjikan kelulusan dari pihak jabatan-jabatan kerajaan. H. Apabila keadaan ini berlaku, pihak pemaju terpaksa mengeluarkan sejumlah kos lagi sama ada untuk melantik jurutera lain atau jurutera yang terlibat untuk menyediakan laporan EIA semula. Menurut Mohd Nadzri Jaafar (1998), dari segi penilaian ekonomi ini juga, kita dapat lihat bahawa laporan EIA ini juga agak merumitkan kerana syarat-syarat yang dikenakan sehinggakan boleh berlakunya peningkatan kos kepada pihak pemaju. Misalnya, syarat pelupusan buangan sisa tumbuhan dan binaan hendaklah dibuang di tapak pelupusan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, sedangkan tapak pelupusan tersebut terletak jauh berpuluh-puluh kilometer mengakibatkan kos pengangkutan yang tinggi perlu dikeluarkan oleh pihak pemaju. Begitulah senario yang dapat dilihat mengenai rasa tidak puas hati pihak pemaju mengenai laporan EIA yang agak merumitkan dan memerlukan prosedur yang terperinci. Menurut Arthur Getis (2009),in sprawling urban industrial societies, the cultural landscape has come to outweigh the natural physical environment in its on people’s daily lives.Sememangnya pembangunan yang dicipta hari ini memerlukan kawalan agar masalah alam sekitar tidak berlaku.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, EIA ataupun Environment Impact Assessment merupakan suatu kaedah yang berkesan yang mampu menjadi wadah atau medium bagi membuat penilaian sesuatu projek pembangunan itu sama ada sesuai dilaksanakan ataupun tidak berdasarkan penilaian kepada kesan alam sekitar. Semua pihak sama ada pemaju, Jabatan-jabatan yang terlibat dan masyarakat harus berganding bahu bagi memastikan suatu pembangunan itu bersifat lestari alam agar alam sekitar kita terpelihara dan menjamin kehidupan yang sejahtera.

Bibliografi

Arthur Getis. 2009. Introduction to Geography. New York: McGraw-Hill Companies Inc.

Brian D. Clarck, 1984, Perspective on Environmental Impact Assessment, Lancaster: R.Reidel
Publishing.

Department of Environment, Sport and the Territories, Australia, 1997, Report of the EIA Tripartite Workshop (Australia, Canada and New Zealand), Canberra, Australia.

EIA Process Strengthening Workshop Canberra 4-7 April 1995. A Report in Support of the

International Study of the Effectiveness of Environmental Assessment. Environment Protection Agency Australia, Canadian Environmental Assessment Agency, and International Association for Impact Assessment.

FOMCA, WECAM dan Forum Air Malaysia, 2009, Laporan Kajian bagi Projek Pembangunan
Sumber Air Bawah Tanah di Batang Padang, Perak Darul Ridzuan: Satu Peringatan
Kepada Malaysia, pada Febuari 21 2011, daripada
http://www.fomca.org.my/v2/images/stories/pdf/210809_bm.pdf

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar,

2010, Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Cerun Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia: Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.

Impact Assessment Interorganisational Committee on Guidelines and Principles.1994. Guidelines
and Principles for Social Impact Assessment, Environmental Impact Assessment Volume 12, No. 2, 107-152.

Jabatan Perlindungan Alam Sekitar. 2002. Ordinan Impak Alam Persekitaran,rujukan 499
No.1/2002. Kota Kinabalu Sabah.

J.Glasson et.al, 1995, Introducation to Environmental Impact Assessment, London: UCL Press Laporan Tahunan JAS.2007.

Laporan Tahunan JAS.2009.

Megat Kamil Azmi , 2010, Bina Integriti:Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.
Kuala Lumpur: CIBD Malaysia.

Mohd Nadzri Jaafar, 1998, Permasalahan Dalam Mengendalikan Keperluan Laporan Penilaian

Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment –EIA) Terhadap Pembangunan Hartanah Dari Sudut Pemaju dan Jabatan Alam Sekitar. Johor: Akademik Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi.

Mohd Zawawi, 27 Ogos 2010, Kelau: Permohonan Orang Asli ditolak, Bernama, pada Febuari 27
2011, daripada http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/08/kelau-permohonan-orang-asli-ditolak.html.

Muhammad Rizal R dan Kadir A, 2002, Penilaian Kesan Alam Sekitar “Environmental Impact Assessment” ( EIA ) dari sudut perundangan Malaysia dan kepentingannya, Journal Universiti Kebangsaan Malaysia, Volume 1, muka surat 603 – 611, pada Febuari 18 2011, daripada http://www.ukm.my/rsenr3/rsenr1/P603-611.pdf.

Ridgway et.al, 1996, Environmental Impact Assessment Training Resource Manual, Nairobi, Kenya: Prepared for the United Nations Environment Programme by the Australian Environment Protection Agency.

Sadler, B. 1996. Environmental Assessment in a Changing World: Evaluating Practice to Improve Performance, Final Report of the International Study of the Effectiveness of Environmental Assessment. Canadian Environmental Assessment Agency. Ottawa, Canada.

Scott Wilson Ltd. 1996. Environmental Impact Assessment: Issues, Trends and Practice. United Nations Environment Programme (Environment and Economics Unit). Nairobi,Kenya.

United Nations Environmental Programme, 1979, Draft Guidelines For assessing Industrial Environmental Criteria For The Setting of Industry, Paris: UNEP Industry & Environmental Office.

Monday, February 14, 2011

kuliah 5- sistem dan imbangan hidrologi

SISTEM HIDROLOGI

KONSEP DAN DEFINISI

KITARAN HIDROLOGI
Pergerakan air dalam semua keadaan asal seperti wap air, cecair, dan pepejal yang bergerak  meninggalkan tanah ke udara dan selanjutnya turun ke tanah dalam bentuk kerpasan

SEJATAN
Sejatan adalah proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air. Sejatan merupakan proses asas dalam kitaran hidrologi. Proses ini berlaku secara menegak.

SEJAT-PELUHAN (TRANSPIRASI)
Pepeluhan ialah kehilangan air melalui liang-liang stoma daun.proses ini berlaku kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera.

SEJAT-PELUHAN POTENSI
Sejat-peluhan potensi ialah pepeluhan daripada tumbuhan jika tanah itu mengalami lembapan yang optimum.

SEJAT-PELUHAN SEBENAR
Sejat-peluahan sebenar ialah kuantiti air yang sebenarnya disejatkan daripada tanah dan pepeluhan tumbuhan dalam satu jangka masa yang tertentu dibawah keadaan lembapan tanih dan litupan tumbuhan yang berubah-ubah.

PEMELUWAPAN
Pemeluwapan adalah satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair seperti hujan atau cairan salji.pemeluwapan terjadi akibat kejatuahn suhu  dalam jisim  udara apabila ia naik semakin tinggi ke atmosfera.

KERPASAN
Kerpasan  didefinisikan sebagai lembapan yang terpeluwapdan jatuh semula ke permukaan bumi sebagai cecair atau pepejal yang jatuh ke permukaan bumi yang dianggap sebagai kerpasan ialah sepeti hujan, hujan batu, hujan gerimis, dan juga salji.

PINTASAN ATAU CEGATAN SILARA
Merujuk kepada halangan dari kanopi tumbuhan kepada air hujan yang turun. Halangan ini datangnya dari daun, ranting, dahan, batang, dan dll yang menyebabkan tidak semua air hujan akan menimpa bumi.

AIR LARIAN
Air larian ditakrifkan sebagai baki air hujan  yang mengalir sama ada diata permukaan bumi  sub-permukaan atau dala sunagi setelah jumlah keseluruhan hujan ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasa, susupan dan yang dugunakan oleh tumbuhan.

SUSUPAN AIR BAWAH TANAH (INFILTRASI)
Susupan bererti pergerakan air hujan yabg berlaku secara menegak menerusi liang-liang pori tanah atau menerusi ruang-ruang udara didalam tanah. Kadar susupan atau ketelusan ini bergantung kepada saiz, bentuk dan peratus liang pori yang dimiliki oleh sesuatu jenis tanah.

AIR TANAH
Air tanah ialah  semua air yang terdapat dibawah permukaan bumi. Air yanah merupakan jasad air didapati daripada susupan dan tesimpan di dalam batuan telap ir yang di kenali sebagai akuifer.

AKUIFER
Air hujan yang menyusup masuk ke dalam tanah akan disimpan dalam formasi batuan yang boleh menakung air dan membendung air.formasi geologi yang boleh menyimpan air ini dipanggil sebagai akuifer..

PERGERAKAN AIR TANAH
Edaran air tanah merujuk kepada kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanah sebagai mediumnya.seperti aliran sub-permukaan, susupan dan pergerakan air secara mendatar dalam system akuifer.

IMBANGAN AIR
Keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera oleh permukaan bumi adalah sama dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera.jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi dalam bentuk kerpasan adalah sama banyak yang akan dibebaskan semula ke atmosfera menerusi proses sejat-peluhan, sejatan, yang mengalami larian permukaan dan juga yang disimpan  didalam tanah sebagai storan.

IMBANGAN AIR GLOBAL
Input air yang di terima oleh seluruh permukaan bumi datangnya daripada kerpasan . Outputnya pula adalah wap-wap air yang dikeluarkan melalui sejat-peluhan iaitu kombinasi antara sejatan di permukaan air,sejatan dari lembapan tanihdan juga pepeluhan dari tumbuhan disamping air yang diguna oleh manusia dan haiwan. Storannya adalah yang di simpan didalam akuifer sebagai air bawah tanahdan juga simpanan permukaan seperti di dalam tasik,kolam, sungai dan laut.

IMBANGAN AIR TEMPATAN
Imbangan air tempatan meliputi wilayah, negeri, atau kawasan kecil. Input ait datangnya dari kerpasan dan lembangan saliran yang bersebelahan dengannya. Air tersebut akan disimpan di dalam sistem saliran sungai, tasik, paya, empangan, dan dll.Outputnya dikeluarkanoleh proses sejat-peluhan, di guna oleh tumbuhan dan haiwan, diluahkan oleh sungai ke laut dan yang digunakan manusia.

IMBANGAN AIR NEGATIF
Imbangan air negatif ditakrifkan sebagai kekuarangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan dalam tempoh masa tertentu. Kadar sejatan melebihi daripada kerpasan yang turun dikawasan berkenaan.



IMBANGAN AIR POSITIF
Imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan melebihi sejatan. Dalam tempoh yang panjang apabila jumlah kerpasan khususnya hujan yang turun ke bumi melebihi daripada kadar sejatan air ke atmosfera, maka ia boleh menyebabkan fenomena banjir.

BANJIR KILAT
Banjir kilat adalah sejenis banjir permukaan yang berlaku dalam jangka masa yang singkat.Akibat curahan huajn yang lebat,menghasilkan aliran permukaan yang banyak dalam jangka masa yang singkat.

KEMOROSOTAN KUALITI SUMBER AIR
Kemerosotan kualiti sumber air bererti pencemaran terhadap sumber air iaitu sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam dan takungan semula jadi, air bawah tanah, dan juga hujan tercemar atau kualitinya semakin rendah.

HIDROLOGI BANDAR
Hidrologi Bandar adalah satu edaran hidrologi  tempatan yang melibatkan tiga medium penting iaitu atmosfera bandar, daratan bandar, dan juga sumber-sumber air di bandar. Ia juga melibatkan semua proses kitaran hidrologi.

PENGURUSAN SUMBER AIR LESTARI
Pengurusan sumber air melibatkan perancangan, analisis, penilaian, penggunaan, impak, dan ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap dan optimum, tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan.


 
IMBANGAN AIR ATAU IMBANGAN HIDROLOGI

Konsep Imbangan Air atau Imbangan Hidrologi
Keseimbangan antara air yang diterima dari atmosfera oleh permukaan bumi adalah sama dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera
Formula imbangan air
P = ET + d ST + S di mana;
P        = Jumlah air yang diterima daripada kerpasan
ET      = Jumlah air yang hilang melalui proses sejat peluhan
dST    = Air yang diterima atau hilang dari lapisan-lapisan tanah
S          = Air yang berlebihan atau storan (simpanan) air

INPUT = Jumlah air yang diterima di satu-satu kawasan
OUTPUT        = Air yang dikeluarkan dari kawasan tersebut
STORAN        = Air yang disimpan

Imbangn Air pada Skala Makro: Imbangan Air Global

Input air yang diterima oleh seluruh permukaan bumi datangnya daripada kerpasan seperti hujan, hujan batu, salji & embun

Output pula dalah wap-wap air yang dikeluarkan melalui sejat-peluhan iaitu kombinasi antara:
  • Sejatan di permukaan air
  • Sejatan dari lembapan tanih
  • Perpeluhan daripada tumbuhan
  • Air yang digunakan oleh manusia & haiwan

Storan disimpan di dalam akuifer
  • Air bawah tanah
  • Simpanan permukaan (tasik, sungai & kolam)





Imbangan air sedunia boleh dikira menggunakan formula berikut:

K = S + T + L di mana,

K = Kerpasan
S = Sejatan
T = Tambahan atau kehilangan bersih air dalam sistem ini
L = Air larian (positif sekiranya air larian keluar dari benua dan negatif sekiranya air larian masuk ke dalam laut)

Imbangan Air pada Skala Mikro: Imbangan Air Tempatan

Konsep imbangan air boleh dikaji yang meliputi wilayah, negeri, atau kawasan yang kecil seperti:

  • Kawasan lembangan salitan atau
  • Kawasan tadahan hujan

* Input air datang dari hujan @ dari lembag saliran yang besebelahan dengannya
* Air disimpan dalam sistem saliran (sungai), tasik, kolam, paya dan empangan
* Output dikeluarkan oleh proses sejat-peluhan

Keseimbanga Dinamik  = keseimbangan air iaitu apabila nilai Input, Storan dan Output telah mencapai kestabilan walaupun nilai-nilainya sentiasa berubah-ubah dalam sesuatu jangka masa tertentu


IMBANGAN AIR NEGATIF DAN FENOMENA KEMARAU

Konsep Imbangan Air Negatif dan Fenomena Kemarau

Kekurangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan dalam tempoh masa tertentu. Kadar sejatan melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun di kawasan berkenaan.

Faktor-faktor Berlakunya Imbangan Air Negatif dan Fenomena Kemarau

Faktor semula jadi
  • Fenomena cuaca luar biasa seperti El-Nino.
  • Kenaikan suhu Lautan Pasifik yang mengubah, melemah dan menghentikan tiupan angin timuran.
  • Membawa hujan lebat di Semenanjung Malaysia.
  • Hujan ini turun di lautan bukannya di daratan.
  • Akibatnya berlaku kemarau melanda Malaysia (1997)
  • Suhu yang panas menyebabkan udara menjadi kering.
  • Lembapan tanih dan akuifer kekurangn air
  • Proses transpirasi tumbuhan berkurangan
  • Kebarangkalian hujan turun sangat tipis
  • Simpanan air di kawasan tadahan semakin berkurang
  • Berlakunya krisis air

Faktor Tindakan Manusia
  • Tuntutan pembangunan yang terlalu mendesak
  • Hutan di teroka, bukit-bukit digondol untuk petempatan & perindustrian
  • Penyahutanan menyebabkan kurangnya bekalan air
  • System akuifer bertindak sebagai conduit membolehkan air menuju ke sungai, tasik @ empangan
  • Pokok di hutan menjalankan proses transpirasi membebaskan wap-wap air ke udara

Kesan Fenomena Kemarau Terhadap Persekitaran Fizikal & Manusia

Alam sekitar fizikal
  • Persekitara menjadi panas dan udara kering
  • Kebakaran secara semula jadi
  • Cth: 1997 kemarau El-Nino menyebabkan berlakunya kebakaran di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.
  • Memusnahkan habitan flora & fauna
  • Pembentukan jerebu
  • Memjejaskan ekosistem akuatik
  • Fenomena penggurunan
  • Memjejaskan sumber-sumber air

Alam sekitar manusia
  • Memjejaskan produktiviti pertanian
  • Masalah kelaparan & kebuluran
  • Krisis air



Langkah-langkah mengatasi
  • Memajukan sumber air bawah tanah
  • Pembenihan awan – menggalakkan pembentkan hujan
  • Membina terowong antara kawasan tadahan pemindahan air antara lembangan
  • Memproses air dari tasik, kolam dan bekas lombomg
  • Pengguna harus lebih bertanggungjawab & menghargai air



IMBANGAN AIR POSITIF DAN FENOMENA BANJIR

Konsep Imbangan Air Positif dan Fenomena Banjir

Jumlah kerpasan melebihi jumlah sejatan.

Banjir ditakrikan keadaan limpahan air @ kenaikan aras air sehingga melebihi daya tampung sesebuah saluran air seperti tasik, sungai dan laut lalu melimpah ke kawasan sekitar khusunya di kawasan tanah rendah.

Kesan-kesan Imbangan Air Posotif
  • Meningkatkan simpanan air permukaan seperti sungai, tasik dan kolam seterusnya minjamin keberterusan bekalan air
  • Feniomena banjir apabila system saliran tidak dapat menampung curahan hujan
  • Kelembapan bandingan sentiasa tinggi kerana wap wap air dalam udara sentiasa tinggi (persekitaran sejuk)

Jenis-jenis banjir
  • Banjir sungai
  • Banjir laut
  • Banjir tasik
  • Banjir kilat

Faktor-faktor yang Menyebabkan Berlakunya Banjir
  • Hujan
Ø Hujan lebat membekalkan air secara berlebihan
  • Pencairan salji
Ø Di Amerika Syarikat dan Kanada, pada musim panas dan musim bunga angin bertiup adalah angin panas.
Ø Angin ini mencairkan padang-padang salji dan menambahkan isi padu air sungai
  • Kegiatan manusia
Ø Penyahutanan di kawasan tadahan

Langkah Mengurangkan Fenomena Banjir
  • Membina empabagn berkapasiti besar
  • Memperluas dan memperdalam salur sungai
  • Membina tetambak atau benteng sepanjang sungai
  • Mengawal aktiviti penebangan hutan
  • Langkah-langkah penyelidikan dan pemantauan banjir yang lebih cekap

KAITAN SISTEM HIDROLOGI DENGAN MANUSIA

Kepentingan dan Kesan Aktiviti Manusia Terhadap Sumber Air dan Sistem Hidrologi

Kegunaan Domestik
  • Keperluan seharian
  • Jabatan Bekalan Air JBA
  • Sesetangah negeri menswastakan pengurusan dan bekalan air seperti PUAS di Selangor

Kegunaan Pertanian
  • Empangan membekalkan air ke kawasan pertanian khususnya padi sawah
  • Cth: Empangan MUDA (Kedah) dan Empangan KEMUBU (Kelantan)

Kegunaan Industri
  • Bahan pencuci untuk pelbagai jenis industri & penyejukan enjin/generator
  • Bekalan air bersih beterusan misalnya dalam industry pemprosesan kertas dan pertokimia

Kesan Aktiviti Manusia Terhadap Kitar Hidrologi

Pembalakan dan penyahutanan
  • Pemusnahan secara besar-besaran menyebabkan proses transpirasi (perpeluhan) tumbuhan berkurangan dan ini memperngaruhi kelembapan udara sekitar.
  • Kitar hidrologi kekurangan air akibat aktiviti pemusnahan tumbuhan semula jadi.



Urbanisasi (aktiviti pembandaran)
  • Penurapan bumi sama ada dengan tar, bitumen @ aspalt.
  • Liang-liang pori tanah akan tertutup
  • Air hujan banyak mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan

Perindustrian
  • Perindustrian banyak membebaskan bahan pencemar ke udara yang bertindak sebagai nukleus higroskopik
  • Nukleus ini mampu bertindak menyerap wap-wap air dalam proses pemeluwapan untuk turun bersama-samanya sebagai hujan
  • Kawasan perindustrian kerap berlaku hujan
  • Kualiti kitar hidrologi tidak bersih kerana berlakunya hujan asid

Pembinaan Empangan
  • Mengurangkan kadar larian air permukaan kerana kawasan cerun bukit telah ditenggelami air menjadi sebuah tasik yang besar
  • Menambahkan kadar sejatan dari permukaan tasik

Penghutanan semula
  • Meningkatkan kadar perpeluhan seterusnya proses pemeluwapan dalam atmosfera
  • Pokok-pokok menjalankan fungsi pintasan untuk membantu proses susupan air ke dalam tanah seterusnya aliran air bawah tanah

BANJIR KILAT

Definisi banjir kilat
Banjir permukaan yang berlaku dalam jangka masa yang singkat (cepat berlaku dan cepat hilang). Kadar larian air permukaan yang tinggi berpunca daripada susupan yang rendah apabila liang pori sesuatu permukaan tanah seperti di bandar sudah ditutup dengan tar, bitumen dan aspalt.

Punca Berlakunya Banjir Kilat
  • Kekurangan permukaan telap air/penurapan muka bumi melebihi daya serapan tanih
  • Daya tampung sistem saliran yang rendah
  • Kekurangan litupan tumbuhan untuk melambatkan pergerakan air
  • Penebusgunaan kawasan tanah lembap seperti paya, tasik dan tanah bencah di dalam bandar
  • Hujan lebat berterusan atau lebat dalam jangka masa yang singkat
  • Kemusnahan kawasan tadahan air
  • Aktiviti pembangunan yang melampau di kawasan cerun yang menyebabkan aliran air yang cepat ke kawasan tanah rendah
  • Sikap penduduk

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Banjir Kilat di Kawasan Bandar
  • Langkah perundangan
  • Menyelenggara sistem saliran
  • Menambahkan kawasan hijau di kawasan bandar
  • Melaksanakan kempen kesedaran


KEMEROSOTAN KUALITI SUMBER AIR

Konsep Kemerosotan Kualiti Sumber Air
Pencemaran terhadap sumber-sumber air iaitu sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam dan tankungan semula jadi, air bawah tanah, dan juga air hujan terceat atau kualitinya semakin rendah.

Faktor-faktor Kualiti Sumber Air Merosot

Pembangunan tanah
Pertanian, petempatan, pembandaran dan perindustrian yang melibatkan aktiviti pembalakan dan penyahutanan

Pembangunan pertanian
Penggunaan racub serangga seperti DDT dan penggunaan baja kimia

Sektor penternakan
Penyaliran najis haiwan ke sungai atau pembuanagan sisa-sisa haiwan yang disembelih atau yang mati ke sungai, tasik dan paya

Perindustrian
Pelepasan sisa kilang ke sungai tasik dan paya

Pelancongan
Pelepasan sisa kumbahan dari hotel, resort dan chalet ke laut menyebabkan pencemaran laut


Pengankutan
Pembuangan enap cemar serta perlanggaran sehingga menyebabkan tumpahan minyak oleh kapal-kapal tangki ke laut

Proses pembandaran
Pertambahan penduduk di bandar menambahkan pembuangan sisa domestik seperti sampah sarap dan air kumbahan ke sungai

Pembangunan sumber tenaga
Empangan hidroelektrik mencemarkan sungai dengan kelodak dan bahan ampaian

Perlombongan
Sisa perlombingan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan sungai dan tasik

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Kemerosotan Kualiti Sumber Air
  • Langkah perundangan
  • Mengawal aktiviti pembalakan
  • Merawat air yang telah tercemar
  • Meningkatkan kerjasama serantau
  • Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar
  • Kos rawatan yang tinggi mesti dikongsi bersama oleh kerajaan mahupun swasta


PEMBANDARAN DAN KESAN TERHADAP SISTEM HIDROLOGI

Konsep Hidrologi Bandar
Satu edaran hidrologi tempatan yang melibatkan 3 medium penting iaitu atmosfera bandar, dataran bandar dan juga sumber-sumber air di bandar

Pembandaran dan Kesan Terhadap Kitaran Hidrologi
  • Pengurangan proses perpeluhan (transpirasi) pokok
  • Menghapuskan fungsi cdegatab silara pokok (pintasan) tehadapa hujan
  • Kehilangan pintasan mendatar oleh akar-akar pokok terhadap pergarakan air permukaan

Pembandaran dan Kesan Terhadap Kuantiti atau Isi Padu Air Sungai
  • Pertambahan kawasan permukaan tidak telap air & mengurangkan jumlah air yang menyusup ke dalam tanah
  • Kerja pembangunan tanah memendekkan