Muhamad Hasrul Zakariah, ( 2006 ). Perang Enam Hari Arab-Israel, 1967 : Tinjauan Awal Terhadap Kepentingan Britain di Israel, Jurnal Jebat, Volume 33, muka surat 104-121, <http://pkukmweb.ukm.my/jebat/v2/index.php?cont=v&item=2&vols=7&id_vol=7&art=161 >, diakses pada Januari 28 2011.
Pengkaji jurnal ini secara umumnya telah berpaksikan kepada pandangan Euro-Centric yang menggunakan persepktif sejarah dalam membuktikan wujudnya kepentingan ekonomi Britain di Israel yang telah mempengaruhi dasar dan reaksi Britian dalam Perang Enam Hari Arab-Israel 1967 ( 5 Jun 1957 hingga 11 Jun 1967 ), yang telah dikukuhkan dengan menggunakan sumber buku seperti The Labour Government 1964-1967 karya Harold Wilson 1971 ( hlm 120 ), Perdana Menteri Britain sendiri, artikel majalah dan akhbar, thesis PhD yang tidak diterbitkan, laporan serta surat diplomatik kerajaan Britain dengan Isreal mahupun negara Arab sendiri yang difikirkan bersesuaian dalam membuktikan kebenaran kewujudan kepentingan ekonomi Britian di negara Arab dan Israel sendiri.
Walau bagaimanapun, teknik penyampaian penulis melalui penggunaan 40 nota akhir dengan mengabaikan bibliografi bagi menunjukkan jumlah sumber yang digunakan namun telah mengelirukan pembaca untuk menganalisis secara peribadi, lebih-lebih lagi penulis sendiri telah menggunkan thesis Phd yang tidak diterbitkan yang pastinya mengundang syak wasangka akan keabsahan thesis tersebut kerana karya penulis sendiri, iaitu Dasar dan Reaksi British dalam Perang Arab-Israel 1967 pada tahun 2005 ( hlm 120 ). Penyusunan nota akhir penulis juga turut mengelirukan pembaca untuk menilai jenis sumber yang digunakan kerana penulis sendiri telah menyatakan akan tinjauan kajian yang sepenuhnya menggunakan dokumen British dari National Archive of England and Wales di London ( hlm 105 ) yang mengundang tanda tanya akan bentuk dokumen tersebut sehingga mengelirukan pembaca untuk menilai adakah penulis telah membuat kajian tinjauan berdasarkan kajian lepas atau penulis adalah yang pertama mengkaji berkenaan topik ini, kerana penulis tidak menafikan wujudnya kajian akan hal ini sungguhnya masih belum dilakukan secara menyeluruh melainkan hanya berbentuk kajian awal.
Keberhasilan penulis menghasilkan karya melalui penggunaan dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris menjadikan kajian mudah difahami oleh pembaca walaupun ianya akan menghadkan kecenderungan pembaca yang lemah pentafsiran bahasa Inggeris dalam memahami makna sebenar petikan yang disertakan oleh penulis dalam mengukuhkan kebenaran fakta yang terdapat pada halaman 107, 108, 111, 112, 114, 115, 117 dan 119, misalnya “Any serious dispute between the UK and Isreal over economic matters could well put this lucrative trade ( diamond ) into jeopardy since more then 80% of people involved in the industry are convinced Zionist whether they live in the US, Zurich, Tel Aviv or London.” ( hlm 111 ) dalam menerangkan pengakuan British sendiri berkenaan konflik yang harus dielakkan antara Israel dan Britain agar tidak menjejaskan kedudukan London sebagai pusat perdagangan berlian dunia kerana Israel merupakan pusat pemprosesan berlian utama dunia yang mana pasarannya dimonopoli oleh Masyarakat Yahudi.
Dari aspek ejaan pula, penulis nampaknya telah menggunakan ejaan bahasa Melayu Kuno, iaitu ‘Peranchis’ ( hlm 108 dan 118 ) bagi negara Perancis, serta kesalahan ejaan, iaitu ‘eokonomi’ ( hlm 117 ) bagi ‘ekonomi’ , ‘Mediterranean’ ( hlm 115 dan 118 ) dan ‘Mediterannean’ ( hlm 118 ) bagi ejaan ‘Mediteranean’, dan ‘Justififikasinya’ ( hlm 120 ) bagi ejaan ‘Justifikasinya’. Penulis juga mengabaikan penggunaan jenis tulisan italik dalam penggunaan perkataan bahasa Inggeris kerana penulis menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama penulisannya, iaitu sterling devaluation ( hlm 106 ),oil reserve ( hlm 107 ),hard foreign currency ( hlm 111 ),visible export, market power ( hlm 112 ), excellent credit risk, irrecoverable, unbacked credite, visible trade ( hlm 114 ), dan moderate ( hlm 120 ). Terdapat juga penggunaan akronim atau singkatan yang tidak dijelaskan oleh penulis akan maksudnya, BMLC ( hlm 110 ) melainkan hanya disebut sebagai syarikat Britain di Israel yang berkepentingan tinggi dalam pelaburan.
Dari segi penyampaian isi pula, penulis dapat menjelaskan akan bentuk kepentingan ekonomi Britain di Israel yang secara langsung telah mempengaruhi dasar dan reaksinya semasa Perang Enam Hari Arab-Israel 1967 berdasarkan sepenuhnya dokumen British dari National Archive of England and Wales di London sebagai tinjauan awal dari persepektif sejarah, namun tidak dapat menjelaskan akan bentuk penglibatan Britain dalam perang tersebut kerana belum ada kajian berkaitan yang dilakukan secara menyeluruh hanya kerana melihat kepada kemerosotan pengaruh Britain di Asia Barat selepas Krisis Suez 1956. Dalam membuktikan akan kepentingan ekonomi Britain di Israel, penulis telah menunjukan perbezaan kepentingan tersebut di negara-negara Arab dengan Israel sendiri, iaitu tiga kepentingan di negara-negara Arab ( pasaran penting eksport Britain, imbangan pembayaran Britain dan minyak ) dan empat kepentingan di Israel ( peluang pelaburan, perdagangan permata berlian, kuasa beli Isreal terhadap produk British dan minyak ), namun tidak dinyatakan secara jelas dalam penulisan ini kerana dirangkumkan mengikut kepentingan pengulasan penulis sendiri, iaitu dua kepentingan di negara Arab ( perdagangan dan minyak ) dan begitu juga di Israel ( perdagangan dan strategi ekonomi Britain di Asia Barat ).
Kewujudan kepentingan ekonomi Britain di kedua-dua buah negara inilah yang mendorong Britain bersikap neutral dan teliti bagi setiap dasarnya bagi menghapuskan anggapan sebagai pro-Israel mahupun terlibat dalam sebarang usaha menghancurkan kepimpinan Arab demi mengekalkan kebergantungan ekonomi negara. Negara-negara Arab yang pro-Barat seperti Teluk, Arab Saudi dan Jordan merupakan negara yang penting sebagai pasaran eksport Britain ( senjata, barangan automatif dan perlatan teknologi industri ) yang menyumbang sebanyak £168 juta pada 1965 dan meningkat kepada lebih £219 juta pada 1967 tidak termasuk senjata, yang boleh diteliti berdasarkan jadual dibawah.
Negara-negara Arab | Jumlah Eksport ( £ juta ) | |
1965 | 1967 | |
Jordan | 8.3 | 9 |
Arab Saudi | 12.6 | 30 |
Kuwait | 18.8 | 25 |
Libya | 21.8 | 31 |
Jumlah keseluruhan | 61.5 | 95 |
Jika diteliti daripada jadual diatas yang dipersembahkan oleh penulis dalam bentuk penerangan ayat dalam penulisannya, jelas telah mengelirukan pembaca dari segi jumlah keseluruhan eksport Britain di negara-negara Arab selepas ditambah dan dipersembahkan dalam bentuk jadual kerana jelas sekali jumlahnya adalah berbeza yang mengundang keraguan ketepatan data penulis dalam kajiannya.
Kepentingan kedua yang dapat dikesan ialah peranan negara-negara Arab sebagai penyumbang kepada imbangan pembayaran Britain berikutan pemilikan kadar simpanan pound sterling Arab di bank-bank England yang tinggi pada tahun 1967, sebanyak £1,500 juta yang boleh diperhatikan berdasarkan ringkasan dalam jadual di bawah.
Negara-negara Arab | Nilai simpanan di bank-bank England ( £ juta ) 1967 |
Kuwait | 700 |
Arab Saudi | 280 |
Syria, Mesir dan Iraq | 170 |
Libya dan Jordan | 290 |
Seperti persembahan data kajian penulis yang sebelumnya, terdapat keraguan berkaitan jumlah keseluruhan nilai simpanan negara-negara Arab di bank-bank England pada tahun 1967, iaitu jika ditambah secara rawak 700 + 280 + 170 + 290 = 1,440 jelas menunjukkan terdapat nilai perbandingan sebanyak £60 juta dengan nilai yang dinyatakan oleh penulis ( 1,500 – 1,440 ), dan sekiranya menggunakan operasi tambah dengan menggunakan nilai data mengikut negara yang dinyatakan, 700 + 280 + 170 x 3 ( Syria, Mesir dan Iraq ) + 290 x 2 ( Libya dan Jordan ) = 2,070 juga tidak betepatan sama sekali, maka persembahan data ini sekali lagi telah menyusahkan pembaca untuk membuat penilaian akan jumlah yang sebenar. Kadar simpanan inilah yang disifatkan oleh penulis sebagai penyumbang kepada pengimbang pembayaran Britain yang jelas apabila United Arab Republic ( UAR ) bertindak drastik menutup Terusan Suez pada 1967 menyebabkan Britain menanggung kerugian sebanyak £200 juta sebulan termasuk defisit perbelanjaan luar selama 12 bulan sehingga Jun 1967 sebanyak £67 juta disamping terpaksa menurunkan kadar faedah bank kepada 5.5 peratus akibat kejatuhan nilai Sterling yang secara tidak langsung menjejaskan kedudukan London sebagai pusat kewangan dunia.
Kepentingan ekonomi Britain di negara-negara Arab juga melihat kepada kepentingan minyak yang menyumbang sebanyak 60 peratus sebagai sumber tenaga Britain, iaitu melihat kepada penglibatan aktif British Petroleum ( BP ) di Kuwait sebanyak 50 peratus dan lebih 50 peratus juga di Iraq dalam Syarikat Iraq Petroleum Company ( IPC ) yang secara tidak langsung menyumbang pendapatan dan imbangan pembayaran Britain lebih £170 juta, malah sehingga selepas perang tersebut pada 1968, syarikat BP dan Shell masih memiliki nilai simpanan minyak di negara-negara Arab lebih £775 juta. Bagaimanakah pemilikan nilai simpanan ini kekal? Walaupun negara-negara Arab telah mengenakan sekatan minyak ke atas Eropah dan Britain selama 3 bulan bermula Ogos 1967, namun tidak bagi negara Iraq yang bertindak meningkatkan kapasiti pengeluarannya bagi menampung permintaan tinggi oleh negara-negara Eropah, iaitu 2.191 juta tong sehari pada Mei 1967 kepada 2.592 juta tong sehari pada Julai 1967. Pembekalan minyak oleh Iraq ini dipermudahkan lagi oleh Israel melalui pembinaan paip minyak Eilat-Askelon yang menghubungkan Laut Merah dengan Mediteranean yang membolehkan bekalan minyak dihantar terus ke pelabuhan Israel dan seterusnya ke Eropah menjadikan pelabuhan Eliat telah berkembang menjadi pelabuhan pengedaran minyak terpenting di Asia Barat, misalnya pada 1973, kapasiti mengepam minyak lebih 60 juta tan setahun dan menguruskan kapal-kapal tangki minyak sehingga melebihi 300,000 tan yang secara tidak langsung mewujudkan hubungan diplomatik Britain-Israel-negara Arab.
Kewujudan hubungan diplomatik berdasarkan kepentingan minyak di negara Arab juga kekal berikutan kekalahan Nasser dalam Perang 1967 apabila Israel berjaya menawan wilayah Sinai yang telah menghapuskan ancaman ekonomi Britain di negara-negara Arab khususnya Kuwait dan negara-negara Teluk. Hal ini telah menjadikan kepentingan ekonomi Britain di Israel menjadi lebih penting melebihi di negara-negara Arab, kerana Sinai merupakan sumber minyak terkaya seluas 150 kilometer ke Selatan Suez meliputi Abu Rodeis, Sidri, Ekma dan Fehran dengan kapasiti pengeluaran 4.5 juta tan setahun atau 90, 000 tong sehari daripada jumlah keseluruhan pengeluaran minyak UAR, 6 juta tan setahun yang akan diusahakan oleh syarikat Israel, iaitu Netivei Neft yang secara tidak langsung menyebabkan Mesir telah kehilangan sumber minyak utamanya yang sebelum ini diusahakan oleh Compagnie Orietale de Petroles ( COPE ) dan General Petroleum Company ( GPC ).
Berikutan kepentingan ekonomi Britain di Israel yang lebih penting, Britain langsung bersikap menyokong penaklukan Israel ke atas wilayah Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan semasa Perang Enam Hari bagi kepentingan peluang pelaburan yang dianggarkan bernilai lebih £40 juta setahun bagi tahun 1970 sahaja dan berkemungkinan akan kehilangan kontrak penapisan dan pembersihan air di Jerusalem bernilai £3 juta setahun sekiranya tidak mengambil peluang menyebabkan Menteri Luar Britain pada 17 Ogos 1967, Sir George Thomson telah mengarahkan Kedutaan British di Tel Aviv dan Konsulat Jeneral British di Jerusalem untuk melakukan apa cara sekalipun untuk membantu para pelabur British bagi mendapatkan peluang perniagaan dan tender kontrak di Bandar Lama Jerusalem dan wilayah Tebing Barat yang ditakluki oleh Israel. Hal ini menyebabkan Naib Presiden dan juga Ketua Esekutif BMLC, Sir Donald Stokes pada Januari 1968 menolak desakan negara-negara Arab untuk menarik balik pelaburan syarikatnya di Israel, iaitu saham sebanyak 50 peratus dalam perusahaan bas dan lori melalui kerjasama dengan syarikat Israel, Leyland Ashdod dengan jumlah pengeluaran 1,200 buah setahun dan dijangka meningkat kepada lebih 1,800 buah menjelang Mei 1968 dan memonopoli pasaran Israel pada 1969, serta memiliki 25 peratus saham dalam perusahaan kereta milik Israel, iaitu Autocar Haifa berbanding projek pembekalan kenderaan tentera kepada UAR bernilai lebih £14 juta yang akan menjejaskan eksport kenderaan Britain di Amerika Syarikat yang dikawal oleh Yahudi.
Kepentingan ekonomi Britain di Israel yang ketiga dinilai dari sudut kegiatan perdagangan permata berlian yang diproses di Israel sebelum dijual di New York atau Hong Kong, yang mana sehingga 1968, Israel merupakan pembeli berlian mentah utama dunia menjadikan London sebagai pusat perdagangan berlian dunia dengan kadar pulangan lebih £230 juta setahun kepada Britain dalam bentuk mata wang asing utama berikutan penguasaan pasaran yang dimonopoli oleh Yahudi. Aspek lain yang menjadikan Israel lebih penting berbanding negara Arab kepada Britain adalah kerana kuasa beli Israel terhadap produk British sehingga menjadikan produk tersebut mengusai 17.6 peratus hingga 19.3 peratus dari jumlah import Israel, iaitu sebanyak US$ 430 juta setahun yang meningkat kepada US$ 1,089 juta setahun pada 1968 berikutan pasaran yang lebih lumayan di Israel berbanding hanya polulasi penduduk yang besar di negara Arab, buktinya kadar dagangan bagi nilai pasaran eksport ke Israel pada tahun 1966 sebanyak £52 juta meningkat sebanyak lebih 70 peratus berbanding pasaran negara Arab sebanyak £215 juta pada tahun 1966 dan meningkat kepada £253 juta pada tahun 1968 dengan kadar peningkatan hanya 20 peratus sahaja.
Namun apabila diteliti daripada jadual yang dipersembahkan oleh penulis yang diperolehi dari FOC 17/787. Nota daripada Duta Britain ke Tel Aviv kepada Mr. Thomson, Foreign Office. Salinan dalam surat P.T Hayman kepada Mr. William, London, 1969 bagi menunjukkan data perbandingan nilai eksport Britain ke Israel dan Negara-negara Arab ( £ juta ), nilai ini mengelirukan pembaca sekali lagi.
Tahun | 1966 | 1967 | 1968 |
Israel | 51.9 | 49.2 | 86.7 |
UAR | 17.9 | 10.7 | 12.1 |
Syria | 6.9 | 5.1 | 4.9 |
Jordan | 8.9 | 7.0 | 8.1 |
Lebanon | 16.4 | 13.0 | 20.2 |
Jumlah 4 negara Arab | 50.1 | 35.8 | 45.3 |
Nilai eksport Britain ke Israel pada tahun 1966 sebanyak £52 juta nyata telah dibundarkan dari nilai asal iaitu £51.9 juta, manakala nilai eksport ke negara Arab pula tidak dapat dipastikan berikutan nilai data yang diberikan adalah berbeza daripada apa yang telah dipersembahkan oleh penulis.
Tambahan lagi, perdagangan dengan Israel mengurangkan risiko hutang lapuk, iaitu kurang £200,000 dan tidak perlu memberikan sebarang bantuan kewangan sebagai modal berbanding perdagangan dengan negara Arab selama 15 tahun sejak 1951, Britain terpaksa menanggung hutang lapuk sebanyak £69 juta disamping pemberian bantuan kewangan serta pinjaman jangka panjang melebihi £58 juta, malah dalam tempoh 1968 atau 1969 sahaja, Britain terpaksa menanggung pinjaman jangka panjang berisiko tinggi lebih £75 juta walaupun perdagangan tersebut menyumbang £238 juta namun tidak dapat mengimbangi kadar hutang tempoh jangka panjang menjadikan Britain menentang keras sebarang usaha yang memberikan tekanan ke atas Israel demi kepentingan ekonominya semasa Perang Enam Hari Arab-Israel 1967.
Penilaian
Walaupun penulis jelas telah membuat banyak kesilapan dalam kajian ini yang membolehkan pembaca kehilangan tahap kefahamannya berikutan pemberian data yang meragukan disamping kesalahan-kesalahan lain dalam aspek penulisan, namun tidak dinafikan akan kebenaran wujudnya kolerasi berdasarkan hujah dan data penulis yang jelas dapat menunjukkan perhubungan kepentingan ekonomi Britian di Israel dengan dasar dan reaksinya dalam Perang Enam Hari Arab-Israel 1967 melalui perbandingan ekonomi di Israel melebihi kepentingan di negara-negara Arab. Britain jelas dapat mempertahankan kepentingan ekonominya dengan hanya bersikap menyokong dasar yang menguntungkan dan mengetepikan apa yang disifatkan merugikan ekonomi negaranya dan mengambil kesempatan dalam tindakan Israel mahupun negara Arab yang membolehkan hubungan diplomatik negara terjalin sebagai strategi kepada perlaksanaan ekonominya bagi mengelak sebarang penghantaran bala tentera yang akan melabelkannya pro-Israel mahupun terlibat dalam sebarang usaha menghancurkan kepimpinan Arab.
Walaupun kepentingan negara Arab tidak melebihi kepentingan negara Israel kepada ekonomi Britain, namun Britain tetap bersikap tidak sepenuhnya melepaskan kepentingan ekonomi mereka terutamanya dalam kepentingan minyak kerana dalam kalangan negara Arab sendiri tidak terdapat kesepakatan mahupun penyatuan dalam dasar kepentingan bersama seperti sekatan minyak selama 3 bulan terhadap negara Eropah dan Britain yang tidak dihiraukan oleh Iraq mengundang kegagalan perlaksanaan dasar tersebut dan memberi peluang kepada Britain untuk mempergunakan Israel sebagai satu strategi ekonominya di negara Arab apabila Israel menawarkan perkhimatan penyaluran minyak melalui pembinaan pelabuhan Eilat-Askelon yang menghubungkan Laut Merah dengan Mediteranean yang membolehkan bekalan minyak dihantar terus ke pelabuhan Israel dan seterusnya ke Eropah, lantas Britain juga telah menyokong dasar penaklukan Israel ke atas wilayah Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan bagi kepentingan ekonominya.Tambahan lagi, pembunuhan Nasser semasa perang tersebut oleh Israel nyata telah membuka laluan lebih besar dalam hubungan ekonomi Britain dengan negara Arab dan apa yang dinyatakan oleh penulis sebagai strategi ekonomi serampang dua mata jelas dalam reaksi dan dasar Britain ketika berhadapan dalam krisis Perang Arab-Israel 1967 dalam mempertahankan kepentingan ekonominya.
wow...anda mengkritik jurnal lecturer saya. :D
ReplyDelete