Thursday, March 24, 2011

SOALAN 10 : PERUBAHAN POLITIK NEGARA ASIA BARAT TELAH MEMBAWA KEPADA KEBANGKITAN RAKYAT PALESTIN. BERSETUJUHKAH ANDA DENGAN PERNYATAAN INI?


TH20303
SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
SEMESTER 11 2010/2011

IFEANE SILVAL                   BT08110058
FAIZAL MOKHTAR              BT08110162

SOALAN 10 : PERUBAHAN POLITIK NEGARA ASIA BARAT TELAH MEMBAWA KEPADA KEBANGKITAN RAKYAT PALESTIN. BERSETUJUHKAH ANDA DENGAN PERNYATAAN INI?

1.0        PENGENALAN
-      Palestin ‘Falastin’ = Arab dan ‘Palestina’ = Ibrani merujuk kepada kawasan timur tengah di antara laut Mediterranean dan Sungai Jordan yang merangkumi negara isreal kini dan wilayah-wilayah Palestin di samping sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria yang secara tidak langsung merjuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas mandat Brtitish ( 1920-1948 ) di sebelah barat Sungai Jordan.

-      Perubahan politik negara Asia Barat merujuk kepada bagaimana negara Palestin itu sendiri berhadapan dengan dasar pemerintahan Britain yang pro-Yahudi dalam menjayakan penubuhan negara Yahudi di Palestin yang turut sama diperjuangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat dan Isreal sendiri sehingga membawa kepada dasar campur tangan dalam kalangan negara Asia Barat bagi menangani isu Palestin-Yahudi berikutan tindakan Britain sendiri menyerahkan Palestin kepada PBB

-      Kesengseraan yang berlanjutan sejak 60 tahun yang lalu membawa kepada kebangkitan / intifada Palestine yang merupakan siri kebangkitan dan penentangan yang telah bermula seawal tahun 1920-an apabila British bertindak sebagai agen penjajahan Palestin oleh Yahudi Zionis.

-      Kebangkitan Palestin yang terbesar dipanggil sebagai Intifadah Mubarakah yang berlaku pada 9 Disember 1987 yang secara tidak langsung memulakan kebangkitan yang paling bermakna terhadap mereka semua samada di kalangan rakyat yang tinggal di Palestin mahupun di kalangan mereka yang terpaksa menjadi pelarian di negara-negara yang lain

2.0        PERUBAHAN POLITIK YANG MEMBAWA KEPADA KEBANGKITAN RAKYAT PALESTIN
2.1        MANDAT BRITISH TERHADAP PALESTIN
-       Selepas perang dunia pertama ( 1914-1919 ), Britain telah mendapat mandat untuk mentadbir negara Palestin selepas berjaya mendudukinya pada 1917 dari pihak Berikat Eropah di San Remo pada bulan April 1920 yang disahkan oleh Liga Bangsa-Bangsa pada tahun 1922 yang beroperasi pada tahun 1923, yang mana salah satu matlamat British adalah menjamin penubuhan negara Yahudi di Palestin berdasarkan arahan mandat pada 24 Julai 1922 yang telah mengarahkan Britain agar berusaha kearah penubuhan bagi orang Yahudi di Palestin di samping menjamin hak rakyat dan agama semua penduduk Palestin tanpa mengira bangsa dan agama.

-       Sebelum pemberian mandat lagi, British jelas telah menyokong hasrat golongan Zionis untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin melalui pengisytiharaan Balfour / Deklarasi Balfour pada 1917 melibatkan kerajaan Britian yang diwakili oleh setiausaha luarnya, Lord Arthur Balfour dengan ketua persatuan Yahudi Britain, Chaim Weizzmann bagi mencapai kesepakatan perjanjian dalam penubuhan negara yahudi di Palestin yang membawa kepada galakan kebenaran masuk kaum Yahudi ke Palestin.

-       Weizzman merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone yang digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang dunia pertama, atas rasa terhutang budi Britain telah bersetujuh dengan desakan Weizmann untuk mengadakan deklarasi walapun pada mulanya Britain hanya menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin.
-       Pada 1919, Emir Faisal I yang memihak kepada Britain turut menandatangai perjanjian dengan Chaim Weizzmann sebagai tanda sokongan penuh kerajaan Arab terhadap Deklarasi Balfour.

-       1920-an, 8000/ tahun orang Yahudi memasuki palestin, 1933-1935, lebih 135 000 secara sah dan sehingga 1938 = 218 000

-       Kelonggaran hak pemilikan tanah kepada Yahudi di Palestin oleh Britain serta dasar cukai tanah yang tinggi kepada petani Arab memudahkan Yahudi menjalankan dasar pemaksaannya terhadap penduduk Arab untuk menjual tanah mereka yang mana pembelian tersebut adalah dibiayai oleh sebuah tabung antarabangsa Palestin, Jews National Fund secara besar-besaran, malah turut menaggung cukai terhadap barang keperluan berbanding Yahudi yang menerima subsidi menjadikan mereka memiliki sektor yang lebih produktif kerana mempuanyi model yang besar menjadikan pendapatan masyarakat Arab Palestin hanya 1/5 daripada pendapatan/ orang Yahudi pada 1936.

-       Perarakan Suruhanjaya Zionis bagi memperingati ulang tahun Deklarasi balfour membawa kepada penyatuan orang Arab Palestin pada 1918 yang membawa kepada kerjasama menubuhkan persatuan Islam-Kristian di Jaffa dan Baitulmuqqadis yang seterusnya membawa kepada penubuhan 37 persatuan yang mewakili pertubuhan-pertubuhan Islam-Kristian Palestin bagi mewujudkan satu barisan Islam-Kristian yang bersatu, Eksekutif Arab ( A.E ) yang diketuai oleh Musa Khadim al-Husaini ( meninggal pada Mac 1934 ) dalam menentang isu penghijrahan Yahudi dan pemilikan tanah menyebabkan kongres Zionis pada 1935 bertindak lebih agresif dalam mengalakan kemasukan Yahudi di Palestin.

-       Disember 1920, desakan oleh mesyuarat kongres Palestin di Haifa terhadap Britain agar menubuhkan sebuah kerajaan Demokrasi tidak dihiraukan oleh Sir Arthur Wauchope yang bertindak mencadangkan pemerintahan berparlimen yang akan memberikan Yahudi satu jumlah perwakilan yang tidak seimbang kerana dilantik dan bukannya dipilih menyebabkan pemberontakan Arab pada April 1936 melalui satu rompakan ke atas sebuah bas yang mengakibatkan pembunuhan dua orang penumpang Yahudi dan menjadi keganasan apabila perarakan pengebumian tersebut menjadi pemberontakan yang membunuh kira-kira 20 orang Yahudi yang membawa kepada pengisytiharaan mogok umum selama 6 bulan atau sehingga Britain bersetujuh menamatkan penghijrahaan Yahudi oleh al-Hajj Amin yang memimpin Majlis Tertinggi Arab ( A.H.C ).

-       Pemberontakan fasa kedua 1937 berikutan keputusan Suruhanjaya Pell yang dibentuk oleh British lebih menguntungkan Zionis dalam menyelesaikan masalah Palestin-Yahudi, yahudi mendapat tanah-tanah terbaik termasuk Safad =4% yahudi dan Akka = 0.001% yang membawa kepada bantahan oleh Kongres Nasional Arab di Bludan Syria pada September 1937 yang akhirnya membawa kepada pembunuhan pesuruhjaya daerah Galilee, Lewis Andrews pada Oktober 1937.

2.2        RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB )
-       British menyerahkan isu Palestin kepada PBB yang diletakkan di bawah pengendalian Jawatankuasa Khas Bangsa-bangsa bersatu berkenaan Palestin ( U.N.S.C.O.P ) yang akhirnya mencetuskan kepada Pelan pembahagian PBB untuk Palestin/Resolusi 181 oleh Majlis Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1947 yang membenarkan penubuhan dua negara, Arab dan Yahudi = 56% yang didiami oleh 82% Yahudi yang bergabung dalam satu kesatuan ekonomi serta peletakan Baitulmaqdis di bawah pentadbiran antarabangsa khas oleh PBB berkuat kuasa selepas Britain berundur pada 15 Mei 1948

-       Diterima 2/3 anggota PBB ( 33 = AS dan Soviet Union ), 10 berkecuali ( Britain hanya akan bersetujuh sekiranya Yahudi dan Arab menyokong ), 13 membantah termasuk 5 negara Arab yang merdeka yang akhirnya mencetuskan perang Palestin pertama pada 1947-1949 yang membawa kepada kewujudan pelarian 300 000 Arab Palestin setelah Yahudi memasuki Galilee.

-       Pengisytharaan kemerdekaan Israel 14 Mei 1948 telah membawa kepada perang Palestin fasa kedua/konflik Arab-Isreal/perang kemerdekaan yang mengundang malapetaka apabila tentera Isreal bergabung dengan tentera pertahanan Isreal ( I.D.F. ) yang logiknya akan membawa kemenangan kepada 32 000 Yahudi berbanding 6000 Arab Palestin 

-       PBB melancarkan genjatan senjata namun hanya betahan sehingga september 1948 berikutan pembunuhan Count Bernadotte pleh Lehi ( Amerika ) dan digantikan oleh Dr. Ralph Bunche yang secara tidak langsung memulakan semula perang pada 15 oktober 1948 yang memaksa 500 000 Arab Palestin menjadi pelarian yang membawa kepada operasi penyelamatan 1949 oleh Agensi Bertugas dan Menyelamat PBB ( U.N.R.W.A )

-       Isu kepulangan rakyat Palestin yang dipersetujui oleh Isreal “rancangan keluarga” yang terhad – Gaza pada dengan penduduk – gagal berikutan tekanan AS & Negara-negara Arab menerima perletakan Baitulmuqaddis di bawah pentadbiran antarabangsa

2.3        DASAR CAMPUR TANGAN NEGARA ASIA BARAT
-       Peperangan yang banyak berlaku di Palestin telah banyak disokong oleh negara-negara Arab yang lain.

-       Hal ini telah menaikkan semangat penduduk Palestin untuk merampas tanah air mereka daripada Yahudi. 

-       Tambahan lagi kesemua negara Arab tidak mengiktiraf negara Israel.

-       Negara-negara Arab telah memberikan bantuan dari segi ketenteraan kepada Palestin. 

-       Mesir menyumbangkan tentera yang paling ramai, Jordan, Syria, Iraq, dan Lubnan masing-masing menyumbangkan diantara 2000-3000 tentera manakala Arab Saudi paling sedikit iaitu seramai 1000 tentera walaupun pernah berjanji akan menyumbangkan bantuan yang paling banyak sekali. 

-       Orang Palestin juga telah dijanjikan akan diberikan bekalan senjata.

-       Dengan segala bantuan ketenteraan yang ada, Palestin telah berjuang untuk membebaskan tanah airnya daripada Yahudi. 

-       Satu lagi pertubuhan yang banyak membantu rakyat Palestin ialah Ikhwan al-Muslim @IM (Hamas) yang berpangkalan di Mesir.

-       IM adalah gerakan islam yang sangat komited terhadap isu Palestin.

-       IM turut menberikan bantuan kewangan dan sokongan moral kepada rakyat Palestin.

-       Hasil daripada bantuan IM Mesir, terdapat sebanyak 25 cawangan IM di Palestin.

-       Hubungan rapat antara IM Mesir telah melahirkan IM Palestin sehingga mereka berjaya membuat perhimpunan di Tebing Barat untuk membebaskan Palestin daripada Yahudi.

-       Semangat perjuangan rakyat Palestin tidak akan pudar selagi mendapat bantuan daripada pihak-pihak yang mengambil berat mengenai isu-isu di Palestin.

2.4        PERUBAHAN POLITIK AMERIKA SYARIKAT
-       Amerika yang pada mulanya mengamalkan dasar isolasi mulai campur tangan di Timur Tengah apabila Amerika sangat-sangat memerlukan bekalan minyak untuk negaranya. 

-       Britain yang tidak lagi mampu untuk menagani isu-isu di Palestin telah menyerahkan tanggungjawab untuk mentedbir Palestin kepada PBB. 

-       U.N.S.C.O.P (United Nations Special Committee on Palestine @ Jawatankuasa Khas Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Palstine) adalah satu pesuruhjaya yang telah menggemukakan pembahagian Palestin.

-       8 perwakilan iaitu Amerika Latin, Kanada, Australia dan Eropah setuju untuk membahagikan Palistine kepada Negara Yahudi, Negara Arab dan Zon Antarabangsa.

-       Amerika telah membantu pihak Yahudi untuk memindahkan seramai 100,000 orang ke Palestin.

-       Tindakan Amerika telah ditentang oleh Britain sehingga mengakibatkan peperangan antara Amerika/Yahudi dengan Britain.

-       Sokongan Amerika terhadap Yahudi telah menyebabkan negara Palestin terbahagi.
-       Perang Palestin yang pertama pada 1947-1949.

-       Orang Arab tidak bersetuju dengan pembahagian tersebut manakala pihak Yahudi menyambutnya dengan baik. 

-       Berlaku pertempuran antara pihak Arab Palestin dengan Yahudi.
-       PBB mengaku tidak dapat berbuat apa-apa terhadap pertempuran yang berlaku kerana penglibatan Amerika.

2.5        TINDAKAN ISREAL
-       Antara tindakan Israel yang menaikkan semangat penduduk Arab Palestin ialah tidak membenarkan pelarian-pelarian Palestin pulang semula ke sana.

-       Israel juga sering melanggar perjanjian gencatan senjata yang telah ditandatangani contohnya penjanjian di antara Jordan.

-       Isreal melanggar perjanjian tersebut dengan melancarkan serangan ke atas Teluk Aqaba.

-       Pada 15 Ogos 1929, tunjuk perasaan tidak rasmi telah berlaku secara tidak langsung oleh penduduk islam di Baitumaqdis. 

-       Perkara tersebut berlaku kerana tindakan yahudi yang ingin menguasai kawasan suci Tembok Barat yang merupakan tinggalan kuil kuno Yahudi.

-       Namun tembok tersebut berada dalam kawalan orang islam dan Yahudi hanya dibenarkan bersembahyang di sana sahaja. 

-       Pada September 1928, orang Yahudi telah membuat pembahagi ke atas tembok tersebut dan mengakibatkan penetangan daripada orang islam.

-       Dalam tunjuk perasaan yang telah berlaku, orang Islam dan Yahudi telah kehilangan ramai nyawa.

-       Pemberontakan Arab 1936-1939 bermula pada satu rompakan bas yang telah mengakibatkan kematian 2 orang yahudi.

-       Keesokannya orang yahudi telah membalas dendam dengan menyerang kawasan berdekatan tempat rompakan.

-       Perarakan pengebumian orang yahudi telah bertukar kepada keganasan anti-islam.

-       Perkara ini telah mengakibatkan pemberontakan yang mengakibatkan 20 kematian yahudi.

-       Pertubuhan A.H.C yang diketuai oleh al-Hajj telah mengadakan mogok selama 6 bulan sehingga British menghentikan penghijrahan Yahudi ke Palestin.

-       Keganasan yang telah berlaku sehingga tahun 1939 telah melibatkan pembunuhan antara Arab-Yahudi, Yahudi-Arab, Arab-Inggeris dan Inggeris-Arab.

3.0        PENILAIAN
-       Perubahan politk Asia Barat yang banyak mempengaruhi kebangkitan rakyat Palestin adalah bertitik tolak dari penubuhan negara Isreal yang telah merubah keseluruhan suasanan politik Asia Barat yang secara tidak langsung membawa kepada dasar campur tangan negara-negara Asia Barat terhadap isu Palestin akibat tindakan British melalui mandatnya yang pro-Yahudi, usaha PBB yang pro-Yahudi, dasar campur tangan Amerika Syarikat terhadap isu Palestin serta kekejaman Isreal dalam merealisasikan penubuhan negara Isreal yang menjadikan Palestin sebagai pelarian di bumi sendiri sehingga memaksa mereka bangkit untuk menuntut hak dan pengiktirafan negara Palestin yang telah dimasukan ke dalam wilayah Isreal

4.0        KESIMPULAN
“….Pergolakan ini akan berterusan selagi masih ada sebab tersebut (Tanah), perdamaian akan selalu mentah-mentah ditolak jika berasakan pengakuan bahawa pendudukan adalah hak mereka (Yahudi). Kerana haram hukumnya bagi seseorang Muslim melepaskan tanah Islamnya walaupun hanya sejengkal…..” (Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, 1999 : 64 )

Pegangan orang Yahudi terhadap bumi Palestin sebagai tanah yang dijanjikan kepada mereka dan ketekadan Arab Palestin dalam memperjuangkan hak mereka tidak akan berakhir berikutan sokongan yang wujud dari pihak masing-masing, persetujuan negara-negara barat dalam penubuhan negara Isreal dan dasar campur tangan negara-negara Arab yang menyemarakkan lagi kebangkitan Palestin sehingga digelar penganas oleh Amerika Syarikat.

Friday, March 18, 2011

SOALAN 2: GAGASAN MALAYSIA MENERIMA BEBERAPA CABARAN DI AWAL PEMBENTUKANNYA. JELASKAN CABARAN-CABARAN TERSEBUT DAN BAGAIMANA IA TELAH DAPAT DIATASI.

SOALAN 2: GAGASAN MALAYSIA MENERIMA BEBERAPA CABARAN DI AWAL PEMBENTUKANNYA. JELASKAN CABARAN-CABARAN TERSEBUT DAN BAGAIMANA IA TELAH DAPAT DIATASI.
1.0      Pengenalan
Cadangan untuk menggabungkan wilayah-wilayah yang dikuasai oleh kerajaan British di Asia Tenggara mula kedengaran pada penghujung abad ke-19 dengan harapan agar gabungan tersebut menjadi sebuah tanah jajahan yang besar. Bermula dari detik itu, terdapat beberapa lagi cadangan yang muncul, tetapi tidak mendapat sambutan kerana idea ini didakwa tidak memberikan sebarang kepentingan khususnya kepada pihak British dan kurangnya tindakan susualan kerana dirasakan idea penggabungan belum lagi sesuai diwujudkan pada masa itu. Usaha penggabungan mula menunjukkan hasil semasa era Tunku Abdul Rahman dengan pengumuman penubuhan Malaysia pada 27 Mei 1961 di Singapura. Idea penubuhan ini sebenarnya didorong oleh beberapa faktor utama seperti faktor politik, keselamatan, ekonomi dan sosial. Walaupun usaha untuk melaksanakan dan menjayakannya telah menghadapai beberapa cabaran besar yang merangkumi cabaran daripada beberapa pihak dalaman seperti kebimbangan daripada parti politik di Tanah Melayu dan juga para pemimpin di wilayah Borneo. Manakala cabaran dari luar pula datangnya dari negara Brunei, Indinesia dan Filipina. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa langkah telah disusun bagi mengatasi cabaran tersebut yang bermula daripada awal perancangan sehingga selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 termasuklah mengadakan siri lawatan, perundingan, penubuhan jawatankuasa dan juga pungutan suara.

2.0.      Cabaran
2.1.     Penentangan pemimpin politik tempatan
Gagasan Malaysia telah mendapat beberapa tentangan dari dalam negeri khususnya daripada pemimpin masyarakat dan pemimpin parti politik sama ada dari Tanah Melayu, Sabah dan juga Sarawak. Walaupun banyak sokongan terhadap gagasan Malaysia diterima, namun terdapat juga pihak yang menentang gagasan tersebut. Menurut daripada Nazaruddin (1997), terdapat sebilangan kecil pemimpin UMNO yang menentang kerana bimbang jika penggabungan tersebut hanya melibatkan Tanah Melayu dan Singapura kerana ianya melibatkan kepentingan orang-orang Melayu. Selain itu, pemimpin-pemimpin Pari Islam Setanah Melayu (PAS) merupakan antara pihak yang lantang menentang penubuhan Malaysia dengan alasan bahawa orang-orang Melayu akan merasa rugi dengan penggabungan tersebut dan mereka lebih berminat kepada konsep MAPHILINDO. Mereka mengkritik soal penggabungan tersebut kerana Tunku tidak berunding dengan pemimpin-pemimpin politik lain sebelum mengemukakan rancangannya (Mohd. Noor, 1979). Menurut Mohd. Noor lagi, Parti Buruh juga turut menentang cadangan tersebut dengan alasan Tanah Melayu perlu bercantum dengan Singapura dahulu sebelum membawa wilayah-wilayah di Borneo untuk bergabung.
          Rancangan penubuhan Malaysia juga telah mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat Borneo khususnya di Sabah dan Sarawak. Menurut daripada Mazlan (1978), para pemimpin dan parti-parti politik terkejut dengan cadangan tersebut dan pihak inilah yang dikatakan lantang menentang gagasan penubuhan sekitar tahun 1961 dan 1962. Penentangan ini merupakan satu lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh Tunku dan kerajaan Tanah Melayu bagi merealisasikan idea penggabungan tersebut. Menurut daripada Mazlan lagi, penentangan daripada pihak di Sabah dan Sarawak berpunca daripada kurangnya pengalaman masyarakat di kedua-dua wilayah ini dalam arena politik, kebanyakan juga penduduk yang masih buta huruf dan juga sikap para pemimpin yang sudah biasa dengan corak pemerintahan Inggeris. Oleh sebab itulah suara-suara penentangan kedengaran dari Sabah dan juga Sarawak. Rancangan Tunku juga didakwa sebagai satu helah daripada kerajaan Tanah Melayu untuk meluaskan kuasa dan menggantikan penjajah Inggeris (Mohd. Noor, 1979). Dakwaan ini dirasakan sebagai sebuah neokolonialisme dalam bentuk baru yang membawa kepada kebimbangan masyarakat di kedua-dua wilayah    ini.
          Para pemimpin dan parti-parti politik di kedua-dua wilayah dan juga dari Brunei telah membentuk satu perikatan yang dinamakan Barisan Bersatu (United Front) pada Julai 1961 untuk mencabar rancangan penubuhan Malaysia (Mohd. Noor, 1979). Perikatan ini berusaha untuk menentang usaha tersebut atas alasan untuk mengelakkan daripada dikuasai oleh sebarang kuasa asing. Jika dilihat dari sudut pengalaman yang kurang dalam diri para pemimpin di Sabah dan Sarawak dalam dunia politik, ini merupakan salah satu kejayaan pihak Inggeris semasa menjajah kedua-dua buah wilayah ini yang telah mengekang sebarang aktiviti yang berunsurkan politik dan juga mengawal sebarang tindak-tanduk masyarakat di bawah jajahan mereka. Oleh itu, adalah tidak menghairankan jika suara lantang datang dari Borneo untuk menentang idea penggabungan tersebut dan ini dianggap sebagai salah satu daripada cabaran yang wujud dalam merialisasikan gagasan Malaysia.

2.1.1.           Usaha mengatasi
2.1.1.1.     Jawatankuasa Perundingan Setiakawan Malaysia (MSCC)
Bagi mengatasi cabaran dalaman yang dihadapi bagi merealisasikan rancangan Malaysia, pada Julai 1961 pihak British telah menghantar beberapa orang wakil dari Sabah dan Sarawak dalam Persidangan Parlimen Komanwel (CPA) yang berlansung di Singapura. Dalam persidangan ini, wakil-wakil dari Borneo dapat bertemu secara lansung dan bertukar-tukar fikiran dengan wakil-wakil dari Tanah Melayu dan Singapura. Pada 23 Julai 1961, persidangan ini telah membawa kepada pembentukan sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC) yang bertujuan untuk mengumpul pandangan daripada penduduk  Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Selain itu, MSCC juga berfungsi untuk menyebarkan maklumat dan menggalakkan perbincangan mengenai Malaysia serta mengadakan kegiatan-kegiatan kesedaran tentang kepentingan penubuhan Malaysia (Mohd. Noor, 1979).
          Sebenarnya, MSCC telah membuka jalan kepada beberapa siri rundingan seterusnya yang turut melibatkan Brunei walalupun hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja. Usaha ini pada akhirnya telah membuahkan hasil dengan berubahnya fikiran beberapa orang pemimpin yang pada awalnya menentang kepada menyokong. Selepas CPA di Singapura, terdapat juga usaha daripada Tanah Melayu membawa rombongan lawatan para pemimpin dari Sabah dan Sarawak untuk melihat kemajuan yang wujud di Tanah Melayu (Mohd. Noor, 1979). Cabaran yang datang dari Sabah dan Sarawak ini akhirnya berjaya diatasi berkat usaha yang dilakukan oleh kerajaan Tanah Melayu dan Singapura dengan meyakinkan para pemimpin dari kedua-dua wilayah ini tentang kepentingan rancangan penubuhan Malaysia dari aspek pembangunan ekonomi dan juga kestabilan politik.
Setelah itu, Suruhanjaya Cobbold dibentuk bagi meninjau pandangan penduduk di Sabah dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia. Selain itu, suruhanjaya ini juga bertanggungjawab untuk membuat syor atau cadangan yang bersesuaian berkenaan penubuhan Malaysia berdasarkan daripada pandangan-pandangan yang diperolehi (Mazlan, 1978). Suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya selama dua bulan dan akhirnya memberikan sokongan ke atas cadangan penubuhan Malaysia. Suruhanjaya ini juga mencadangankan beberapa perkara dan antara cadangan tersebut ialah agar Perlembagaan Tanah Melayu 1957 dijadikan sebagai asas kepada perlembagaan yang baru. Maka dengan itu, Jawatankuasa Antara Kerajaan ditubuhkan untuk merangka perlembagaan persekutuan Malaysia serta bertanggungjawab untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak. Menurut daripada Ruslan (2003), hampir semua cadangan Suruhanjaya Cobbold diterima dan semua pihak yang terlibat bersetuju untuk memilih 31 Ogos 1963 sebagai hari penubuhan Malaysia.

2.2.      Rusuhan Kaum 13 Mei 1969
Apabila mempersoalkan isu perpaduan kaum, ianya bukanlah suatu cabaran baru dalam pembentukan Malaysia, juga bukan cabaran terhebat kepada Tunku dalam usaha mewujudkan kompromi antara kaum bagi merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 akibat dasar pecah dan perintah sejak awal pemerintahan British yang membawa kepada pengenalan identiti kaum berdasarkan fungsi ekonomi, Melayu sebagai petani di kampung, Cina sebagai peniaga di bandar dan India pula sebagai penoreh getah yang secara tidak langsung telah menyekat kewujudan interaksi mahupun hubungan antara kaum yang difikirkan relevan bagi mencapai tujuan memudahkan British untuk memerintah, menumpukan perhatian kepada pengeksploitasian hasil bumi serta mengelakkan penduduk Tanah Melayu daripada bersatu dan bangkit menentang, ditambah lagi dengan dasar anti-Cina semasa pendudukan Jepun menjadikan hubungan antara kaum menjadi semakin kritikal. (Ruslan Zainuddin et al., 2005). Mengapa peristiwa ini menjadi cabaran awal selepas 13 hari 6 bulan 6 tahun Malaysia terbentuk?
Menurut Tunku Abdul Rahman (2007), perpaduan kaum menjadi cabaran hebat terhadap cetusan idea pembentukan Malaysia yang turut melibatkan penyertaan Singapura kerana telah menghidupkan kembali ketegangan antara kaum utama tersebut sehingga mengakibatkan satu letupan gempa masyarakat dan politik yang amat mengerikan pada 13 Mei 1969 walaupun dari segi kedudukan geografi, Malaysia sama sekali tidak terletak dalam lingkungan gempa bumi, namun terpaksa berhadapan dengan keadaan darurat sekali lagi akibat peperangan yang wujud dalam kalangan kaum sehingga memaksa Tunku menyerahkan ketokohannya kepada Tun Abdul Razak.

2..2.1.                        Faktor pencetus rusuhan kaum 13 Mei 1969
2.2.1.1.            Penyertaan Singapura dalam Malaysia
Adakah semata-mata kerana penyertaan Singapura dalam Malaysia menjadi pemangkin utama kepada permasalahan ini? Kemasukan Singapura dalam gagasan Malaysia nyata telah menyalakan semula api perkauman Melayu-Cina menurut Comber (1985), yang menyimpang dari matlamat asal Tunku pada tahun 1961, iaitu kemasukan Singapura penting bagi keselamatan negara berikutan kewujudan pengaruh anasir-anasir Komunis dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura yang akan mengancam keselamatan Tanah Melayu (Jayum, 2003) yang turut mendapat sokongan UMNO walaupun timbul isu keseimbangan kaum namun diimbangi oleh penduduk Sabah, Brunei dan Sarawak yang dianggap sebagai aset kekuatan kedudukan orang-orang Melayu yang merasakan orang-orang Cina tidak memberi tanda mereka berpandangan sebagai penduduk Malaysia yang turut disedari sendiri oleh Tunku Abdul Rahman (2007), berikutan kecenderungan 75 peratus orang-orang Cina di Singapura yang cuba menjadikan Singapura sebagai ‘Negeri Kecil China’ yang secara tidak langsung meminggirkan kepentingan orang Melayu di Singapura akibat sikap berat sebelah kerajaan PAP menurut Kassim Yang Razali (1990) dalam Lily Zubaidah Rahim (1960).
“...bagi orang Melayu,tindakan kerajaan tidak seperti yang diharapkan. Ada yang mengatakan ia sekadar melepaskan batok di tangga sahaja,... orang Melayu dapat melihat bertapa bezanya apabila kerajaan menganjurkan dan menggalakkan Kempen Bahasa Mandarin dan Konfusianisme secara besar-besaran, dan membenarkan ramai rakyat Hong Kong berhijrah ke Singapura sebagai usaha untuk mengatasi kejatuhan kadar kelahiran masyarakat Cina. Orang Melayu...memang sukar untuk menerima apa yang dianggap mereka sebagai diskriminasi kaum yang jelas bertentangan dan menyimpang daripada dasar berbilang kaum.”
Permasalahaan menjadi semakin tegang apabila Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura bertegas mengambil bahagian kecil dalam pilihan raya Persekutuan pada April 1964 dan bertegas menggantikan tempat MCA dalam Perikatan UMNO-MCA-MIC yang secara tidak langsung telah memberi cabaran terhadap cengkaman kuasa politik UMNO walaupun keputusan pilihan raya tersebut tidak memihak kepada PAP langsung (Ruslan Zainuddin et al., 2005), namun ketegasan Lee Kuan Yew memperjuangkan “Malaysia untuk rakyat Malaysia” mengundang syak wasangka dan jelas menentang UMNO sehingga menyentuh isu sensitif berkaitan dengan hak istimewa dan kedudukan orang-orang Melayu sehingga membawa kepada rusuhan orang Melayu-Cina pada Julai 1964 semasa perarakan Maulud Nabi berikutan penyebaran risalah yang mendesak orang-orang Melayu menentang orang-orang Cina serta menyembelih apabila ditemui yang memaksa Singapura mengeluarkan perintah berkurung akibat huru hara yang mengorbankan 22 orang terbunuh dan 500 tercedera, malah sehingga Mei 1965 perhubungan Melayu-Cina menjadi semakin kusut dan dengan terang-terang Lee Kuan Yew telah mencabar hak keistimewaan orang-orang Melayu dengan membangkitkan sejarah penghijrahan orang Melayu ke Malaysia pada 700 tahun yang lalu hanyalah dalam bilangan yang sedikit, malah 1/3 daripada 39 peratus adalah pendatang seperti Setiausaha Agung UMNO, Syed Ja’afar Albar dari Indonesia sebelum perang semasa berusia 30 tahun yang disifatkan salah dan tidak logik adil dipanggil rakyat Malaysia yang akhirnya memaksa Tunku Abdul Rahman secara rasminya pada 9 Ogos 1965 mengumumkan penyingkiran keluar Singapura dari Malaysia (Comber L, 1985; Jayum, 2003).
2.2.1.2.            Pilihan raya 1969
Apabila melihat masa selepas penyingkiran tersebut, PAP walaupun secara rasminya telah dibubarkan namun wujud sebagai parti luar negeri dan kemudiannya bertindak mendaftarkan kembali sebagai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Mac 1966, wakil tunggal PAP di Dewan Rakyat yang bertindak menentang perbezaan kaum berdasarkan konsep ‘Malaysia untuk rakyat Malaysia’ yang secara tidak langsung mempengaruhi parti pembangkang lain , iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Gerakan Rakyat Malaysia ( Gerakan ), Parti Progresif Rakyat ( PPR ) dan Pertubuhan Cina Malaysia Bersatu ( UMCO ) untuk menentang dasar kerajaan menurut Comber L ( 1985 ), yang jelas semasa kempen pilihan raya 1969 sehingga mengundang perbuatan liar dan ucapan yang tidak bertanggungjawab sepanjang tujuh minggu selepas penamaan calon pada 5 April bersamaan hari Sabtu.
“Sejak permulaan kempen, PAS telah menggunakan sentimen perkauman dan keagamaan untuk mendapatkan sokongan daripada orang Melayu...bagi DAP, Gerakan dan PPR pula, mereka mengapikan perasaan dan sentimen orang Cina dengan mengatakan mereka akan merampas hak orang Melayu sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan; dan menekankan bahawa mereka akan mengamalkan dasar berbilang bahasa di Malaysia...keempat-empat parti ini telah mengeluarkan isu-isu sensitif dan menyentuh perasaan kedua-dua kaum terbesar di Malaysia.”  (Tunku Abdul Rahman, 2007).
Ungkapan yang mengundang pergeseran ini mencetuskan ucapan berunsur penghinaan dari Dr. Mahathir, calon parti Perikatan yang bertegas memiliki harapan untuk menang sekalipun orang Cina tidak menyokongnya, namun apabila difikirkan memang telah menjadi kelaziman di mana-mana jua dalam dunia yang bebas ini, kempen pilihan raya menjadi medan pengungkapan perkataan yang pedas dan kenyataan yang tidak bijak namun seharusnya tidak dijadikan alasan sehingga melanggar batas dan bukan perkara yang mustahil apabila penyokong sesebuah parti itu berpaling tadah, misalnya walapun calon-calon PAS secara terang-terangan menunjukkan sikap anti-Cina semasa berkempen tetapi semasa mengundi parti tersebut mendapat sokongan orang Cina yang pada masa lepas merupakan penyokong kuat calon-calon UMNO menurut Tunku Abdul Rahman (2007).
Perbuatan liar yang bermula dengan kempen menulis cat merah cogan-cogan kata dan tanda-tanda di atas jalan raya dan tembok yang menggesa pemulauan terhadap pilihan raya oleh ahli Parti Buruh Malaya (LMP) yang memasuki Gerakan serta mempunyai hubungan dengan Komunis menjadi tragis berikutan pembunuhan seorang pekerja UMNO, Kassim Omar di Pulau Pinang pada 24 April jam 8.30 malam kira-kira dua minggu sebelum hari mengundi dan sepuluh hari kemudian, enam hari sebelum hari mengundi pada 4 Mei, salah seorang ahli LMP, Lim Soon Seng ditembak mati oleh Polis kerana melawan ketika ditangkap di Kuala Lumpur yang membawa kepada perarakan mayat besar-besaran dari utara (Jalan Petaling) ke selatan (Jalan Ipoh) yang melalui tengah-tengah kota yang bermula pada jam 9.55 pagi hingga 5.30 petang pada 9 Mei, sehari sebelum pilihan raya melibatkan 10 000 orang sambil melaungkan Moa Tse-tung, Malai si ( Melayu mati ) dan hutang darah dibayar darah yang telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu namun berjaya diatasi oleh pihak Polis (Comber L, 1985; Tunku Abdul Rahman, 2007).
Akibat daripada tentangan yang wujud ini secara tidak langsung mengugat kemenangan secara total Perikatan dalam pilihanraya 1969 menyebabkan Perikatan hanya memenangi 66 kerusi daripada 103 yang dipertandingkan dengan jumlah perolehan undi sebanyak 48.41%, DAP memenangi 13 daripada 24 kerusi membawa perolehan undi 13.73%, 8.57% undi dipungut oleh Gerakan hasil kemenangan 8 daripada 14 kerusi yang dipertandingkan dan PPR pula hanya tumbang 2 kerusi dari 6 yang dipertandingkan yang membawa perolehan undi 3.87% (Comber L, 1985).
Walaupun keputusan tidak memberikan kejayaan kepada Pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan, namun kekalahan 25.84% Perikatan merupakan kejayaan kepada mereka untuk memberbaiki kedudukan lantas perarakan kemenangan telah diadakan di Kuala Lumpur walaupun tidak mendapat kebenaran pihak Polis sehingga mengundang kesesakan lalulintas di merata-rata tempat malah bertindak mengumpat dan menghina 30 000 orang-orang Melayu di Kampung Baharu, kampung Melayu terbesar di Kuala Lumpur setelah memasuki kawasan tersebut dengan membuat penyataan bahawa Melayu sudah jatuh, Kuala Lumpur kini dimiliki oleh Cina, keinginan menghalau orang Melayu dan seumpama dengannya sehingga memaksa sekumpulan penyokong UMNO pada petang 13 Mei 1969 mengadakan tunjuk perasaan di luar kediaman Menteri Besar Selangor yang akhirnya telah meletuskan huru hara antara Melayu-Cina sehingga membawa kepada rusuhan berterusan akibat tindakan saling bunuh-membunuh yang tidak boleh dikawal lagi oleh Polis dan tentera yang memaksa kerajaan mengeluarkan perintah berkurung 24 jam yang secara tidak langsung membawa kepada keadaan darurat yang telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasa 2 Akta 150 Perlembagaan Malaysia pada 14 Mei 1969 dan dalam masa yang sama Perlembagaan dan Parlimen telah digantung serta membawa kepada penangguhan pilihanraya di Malaysia Timur (INTAN, 1991; Tunku Abdul Rahman, 2007).
2.2.1.3.            Pengaruh fahaman Komunis
Apabila dikaji, nyata sekali peranan yang telah dimainkan oleh Komunis dalam rusuhan 13 Mei sangat besar berikutan kejayaan penyebaran fahaman tersebut dalam kalangan pelampau Cina amnya yang terdiri daripada golongan belia dalam parti pembangkang terutama sekali Parti Buruh Malaya (LMP) yang terang-terangan menjadi alat Komunis melancarkan serangan bagi mencapai matlamat mereka.
“Ancaman Komunis telah bergerak secara berselindung dalam mana-mana parti dan dilakukan dengan apa jua cara untuk mencapai tujuan mereka. Keadaan ini sangat berbahaya kerana menggunakan dakyah-dakyah yang baru bagi mendapat sokongan orang Cina, terutama sekali yang enggan menyifatkan Malaysia sebagai negara tanah tumpah mereka sendiri. Mereka menanamkan perasaan perkauman dalam hati dan fikiran orang Cina untuk ditarik masuk ke dalam gerakan Komunis.” (Tunku Abdul Rahman, 2007).
Penyerapan masuk fahaman Komunis dalam politik LMP menjadikan ianya memudahkan Komunis melancarkan serangan bagi setiap kejadian yang berlaku di Malaysia dan sememangnya menjadi taktik Komunis menyalakan api pada seberapa banyak cerek yang boleh dengan harapan salah satu daripadanya akan meletup dengan sendirinya, misalnya hukuman gantung yang hampir dijalankan terhadap 11 orang Cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) pada Jun 1968 akibat tindakan membantu pihak Sukarno menyerang selatan Malaysia, namun dikurangkan kepada penjara seumur hidup demi menyelamatkan 1000 jiwa akibat pergaduhan yang timbul di luar pintu Penjara Pudu Kuala Lumpur berikutan tunjuk perasaan secara liar oleh belia-belia Komunis sehingga menghalang lalu lintas yang lahir daripada kempen besar-besaaran memungut tandatangan simpati oleh penyokong Komunis akibat kegagalan Dr.Tan Chee Khoon (anggota Parlimen LMP) membuat rayuan untuk menangguhkan hukuman gantung (Tunku Abdul Rahman, 2007).
LMP nyata telah menjadi darah daging Komunis berikutan tindakan memulaukan pilihan raya 1969 selepas enam minggu hukuman diringankan pada 13 Oktober yang meniru taktik Barisan Sosialis Singapura yang turut sama menjadi alat Komunis sehingga sanggup menarik keluar serta-merta kesemua ahlinya dari Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sehingga menimbulkan kelam-kabut dan perpecahan dalam kalangan ahli mereka sendiri. Walaupun penglibatan Komunis dalam perarakan mayat besar-besaran pada 9 Mei 1969, sehari sebelum pilihanraya yang hampir meletuskan rusuhan kaum melibatkan 10 000 orang kerana telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu berjaya diatasi oleh pihak Polis (Comber L, 1985), namun tiada menyangka dakyah Komunis dalam perarakan kemenangan Dr. Tan Chee Khoon (Gerakan) yang turut disertai oleh DAP, pada 13 Mei bersamaan hari Selasa telah meletuskan rusuhan kaum yang terhebat di Malaysia apabila berjaya membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu yang tidak boleh diatas lagi oleh pihak Polis.
“ Dengan itu bolehlah dikatakan bahawa 13 Mei itu sebenarnya telah dicetuskan oleh pemuda-pemuda Cina Komunis, pemuda-pemuda ini boleh jadi orang yang sama yeng telah mengambil bahagian dalam perarakan mayat, ataupun orang yang sejenis dengan mereka. Tulisan “Darah bayar darah” ialah cogan kata yang telah tertulis di atas sepanduk-sepanduk yang diarak dalam perarakan mayat oleh pemuda-pemuda Parti Buruh pada 9 Mei; cogan kata yang dilaungkan oleh mereka di sepanjang perarakan itu.”  ( Tunku Abdul Rahman, 2007 : 83 ).

2.2.2.                 Usaha mengatasi rusuhan kaum
2.2.2.1.            Pembentukan Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN )
Pembentukan MAGERAN bertanggungjawab mentadbir negara mengikut perisytiharan darurat yang berkuatkuasa pada 16 Mei 1969 selama 22 bulan bagi menyelenggara segala perkara bersangkutan darurat (Ruhanie, 2005; Tunku Abdul Rahman, 2007; Jayum, 2003) terutamanya dalam mengkaji sebab-sebab rusuhan 13 Mei berlaku dan berdasarkan laporan rasminya pada 9 Oktober 1969, 13 Mei disebabkan oleh penglibatan PKM dan kongsi-kongsi gelap Cina, perbezaan tafsiran terhadap Perlembagaan oleh orang-orang Melayu, bukan Melayu dan pendatang tertentu berkaitan Artikel 153 (hak istimewa orang-orang Melayu) dan Artikel 152 (Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan rasmi), kewujudan perkara-perkara yang menyemarakan perasaan perkauman semasa kempen pilihanraya, penghinaan kaum, ancaman DAP, perarakan kemenangan Gerakan di Kuala Lumpur serta sikap permusuhan dan perasaan yang tidak seimbang antara kaum (Comber L, 1985). 
Maka, MAGERAN yang diterajui oleh Tun Abdul Razak sebagai Pengarah yang diisytiharkan secara rasmi pada 17 Mei 1969, berfungsi dalam mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasanan keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara (Tunku Abdul Rahman, 2007). Langsung dalam menjalin kembali perhubungan kaum yang terputus, MAGERAN telah menubuhkan tiga buah institusi, Jabatan Perpaduan Negara, Majlis Muhibah Negara (18 Julai 1969) dan Majlis Perunding Negara (29 Januari 1970) bagi menyusun dan melaksanakan dasar serta aktiviti yang dapat memupuk perpaduan kaum (Comber L, 1985; INTAN, 1991), disamping penubuhan sebuah pejabat Urusetia Hal-Ehwal Awam yang diketuai oleh seorang Pegawai Perkhidmatan Awam Kanan selaku Ketua Hal-Ehwal Awam yang menjalankan tugas atas arahan Tun Abdul Razak melalui Ketua Pegawai Kerja dalam pembentukan dan penelitian semua dasar dan objektif kerajaan supaya selaras dengan semua agensi atau jawatankuasa kerajaan yang lain serta penubuhan Jawatankuasa Gerakan Negeri dan Daerah bagi memastikan perlaksanaan mencapai sasaran (Ruhanie, 2005) yang disifatkan berjaya membawa keamanan dan pembukaan Parlimen baru pada 23 Februari 1971 dibawah kepimpinan Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri ke-2 Malaysia selepas penyerahan surat peletakan jawatan Tunku Abdul Rahman pada 22 September 1970 (Comber L, 1985).

2.2.2.2.            Rukun Negara
Keperluan satu panduan yang boleh dijadikan falsafah atau ideologi bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang baru dan maju yang seterusnya dapat memupuk semangat setiakawan membawa kepada pengisytiharaan Rukun Negara sebagai model asas strategi dalam mewujudkan perpaduan kebangsaan pada 31 Ogos 1970 semasa ulangtahun ke-13 kemerdekaan Tanah Melayu oleh Yang di-Pertuan Agong (INTAN, 1991; Ruhanie, 2005; Comber L, 1985; Jayum, 2003 ), serta dalam masa yang sama untuk memelihara dan melindungi Perlembagaan Persekutuan supaya bangsa Malaysia tidak menjadikannya sebagai sumber perbalahan dan pertelingkahan kaum sehingga menghasilkan polarisasi, permusuhan dan pertumpahan darah, kerana Rukun Negara adalah blueprint yang dapat menentukan perpaduan, pembangunan, kemajuan dan modenisasi negara pada pandangan golongan pragmatis (Ruhanie, 2005).
“Bahawasanya negara kita Malaysia, mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya.
v  Memelihara cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya.
v  Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama.
v  Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak.
v  Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
v  Kepercayaan kepada Tuhan
v  Kesetiaan kepada Raja dan Negara
v  Keluruhan Perlembagaan
v  Kedaulatan Undang-undang
v  Kesopanan dan Kesusilaan”  (Comber L, 1985).
Pengisytiharaan tersebut turut mendapat sokongan oleh semua parti politik serta diterima baik oleh orang bukan Melayu kerana memberi jaminan terhadap kebudayaan mereka yang tidak akan terancam disebabkan tiada rakyat yang boleh menyoal taat setia rakyat lain hanya kerana daripada sesuatu kaum tertentu.

2.3.     Ketegangan hubungan kerajaan Persekutuan dan kerajaan Singapura
Di kemuncak pembentukan Malaysia, cabaran besar yang dihadapi dalam tempoh masa pembentukan Malaysia ialah apabila berlakunya ketegangan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan Singapura. Sejak Singapura menyertai gagasan Malaysia, banyak perselisihan dan ketegangan berlaku antara kerajaan Singapura dan kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur. Agenda tersendiri serta pelbagai tuntutan Singapura menunjukkan bahawa ketegangan tersebut seperti tidak ada penghujungnya malah ia semakin rumit. Disebabkan perkara ini, Tunku  telah membuat keputusan secara persendirian dengan memisahkan Singapura dari Malaysia. Beliau telah membuat keputusan tersebut semasa mendapatkan rawatan di London. Keengganan Lee Kuan Yew bertolak ansur terhadap kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Tunku menyebabkan Tunku kecewa dengan sikap para pemimpin Singapura. Setelah memikirkan secara mendalam terhadap situasi ini, maka Tunku telah mengambil keputusan dengan memisahkan Singapura dari Malaysia. Bagi Tunku, jika Singapura terus dikekalkan dalam Malaysia, maka ketegangan akan terus berlaku. Maka atas dasar melihat ke depan dan berfikir demi kestabilan politik, sosial dan ekonomi, adalah menjadi kewajaran untuk memisahkan Singapura dari Malaysia. Secara rasminya, pada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah dari Malaysia.
2.3.1.             Faktor ketegangan
Ketegangan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Singapura ini disebabkan oleh beberapa faktor yang akhirnya menyebabkan berlakunya pemisahan kerajaan Singapura dari Malaysia. Antara faktor ketegangan tersebut ialah seperti faktor politik, ekonomi dan sosial.
2.3.1.1.         Perlembagaan
Isi kandungan perlembagaan juga merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada ketegangan antara kerajaan Singapura dan kerajaan Persekutuan. Dalam isi kandungan perlembagaan, banyak isu yang berkaitan dengan soal ekonomi dan kewangan. Menurut perjanjian antara Malaysia dan Singapura, Singapura telah diberi kuasa untuk memunggut cukai kastam, cukai eksais dan cukai pendapatan. Dari segi pembahagian kadar hasil kutipan, Singapura menerima 60% hasil manakala kerajaan persekutuan pula menerima 40%. Namun disebabkan persekutuan menanggung beban yang sangat tinggi berbanding Singapura, maka kerajaan persekutuan bercadang untuk mengkaji semula pengagihan tersebut. Selepas kajian semula, kerajaan persekutuan bercadang supaya Singapura menyerahkan hasilnya sebanyak 60% dan menerima 40% hasil sahaja. Semasa berlakunya konfontasi Indonesia, kerajaan persekutuan telah menanggung beban yang sangat tinggi bagi membiayai perbelanjaan pertahanan. Oleh itu, kerajaan perlu mengkaji semula agihan pendapatan bersama Singapura memandangkan Singapura cuma menanggung beban yang sangat ringan.
          Menurut Perjanjian Malaysia, terdapat satu persetujuan yang termaktub iaitu sehingga bulan Disember 1968, kerajaan persekutuan perlu mendapatkan kebenaran kerajaan Singapura sebelum mengenakan sesuatu cukai import yang baru. Namun kebenaran tersebut boleh ditangguhkan sekiranya ia boleh menjejaskan perdagangan bebas Singapura. Ia juga boleh dikaji semula dalam setiap tempoh 2 tahun. Pada bulan Disember 1964, kerajaan persekutuan telah memperkenalkan cukai-cukai baru semasa membentangkan belanjawan 1965. Pengenalan cukai-cukai baru ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin-pemimpin Singapura. Kerajaan Singapura telah membantah pengenalan cukai baru tersebut kerana beranggapan bahawa kerajaan persekutuan telah menggubal cukai tanpa berbincang terlebih dahulu dengan kerajaan Singapura. Bantahan demi bantahan ini menimbulkan perasaan kurang senang pemimpin kerajaan persekutuan. Kerajaan Singapura telah mensensasikan isu ini sehingga merosakkan nama negara.
2.3.1.2.         Persaingan antara PAP dan MCA
Parti PAP merupakan parti kaum Cina di Singapura manakala parti MCA pula merupakan parti kaum Cina di Malaysia. Pada 9 September 1963, Lee Kuan Yew telah menyatakan bahawa kegiatan politik PAP hanya bertumpu di Singapura sahaja dan tidak akan bercadang untuk bergiat di Tanah Melayu dalam tempoh 5 tahun selepas penyatuan dengan Tanah Melayu. Namun, PAP tidak mengotakan janjinya apabila menukar hasratnya dengan menyertai pilihanraya umum pada tahun 1964. Tindakan ini dianggap oleh MCA sebagai satu tindakan yang cuba memecahbelakan kaum Cina di Tanah Melayu. Bagi Tunku, parti PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu memandangkan parti ini lebih bersifat perkauman. Kebimbangan ini dianggap oleh Tunku sebagai ancaman kepada perpaduan kaum. Perjuangan parti ini yang dilihat seperti “anti-Melayu” yang sering mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu serta kedudukan kaum Cina di Tanah Melayu menunjukkan bahawa parti ini cuba memecahbelahkan hubungan antara parti UMNO dan MCA. Selain itu, terdapat juga kebimbangan apabila kehadiran PAP ini akan menyingkirkan parti MCA yang menjadi parti yang mewakili kaum Cina di Tanah Melayu. Jika perkara ini berlaku sudah pasti ia juga akan menggugat hubungan antara UMNO dan MCA. (Abdul Rahman, 2007).
2.3.1.3.         Masalah Perkauman
Faktor sosial merupakan antara faktor pemangkin yang menyebabkan berlakunya ketegangan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Sepanjang tempoh masa Singapura menyertai Malaysia, banyak percanggahan berlaku antara UMNO dan PAP terutamanya apabila berlaku beberapa insiden di Singapura yang menyebabkan UMNO kurang senang dengan PAP. Setelah Singapura menyertai Malaysia, kaum Melayu di Singapura merasakan bahawa mereka tidak dilayan baik oleh PAP dan mereka sentiasa diabaikan. Ini menyebabkan penduduk kaum Melayu di Singapura kurang senang dengan tindakan parti ini yang seolah-olah hanya membiarkan kaum Melayu begitu sahaja tanpa adanya tindakan untuk memperbaiki kedudukan kaum Melayu di Singapura. Akibat daripada tindakan pemimpin-pemimpin di Singapura, beberapa pertubuhan kaum Melayu di Singapura telah bertemu dengan Tunku bagi membincangkan kedudukan kaum Melayu di Singapura. Syed Jaafar Albar yang pada masa itu sebagai Setiausaha Agung UMNO menyatakan bahawa Lee Kuan Yew cuba memecah belahkan kaum Melayu di Singapura yang menyebabkan terjadinya rusuhan kaum di Singapura. Keadaan ini menyebabkan keadaan di Singapura tidak berapa stabil yang akhirnya UMNO kurang senang dengan cara pentadbiran PAP di Singapura.
          Selain itu, agenda pemimpin Singapura yang sering melaungkan konsep “Malaysia Malaysian” menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan pemimpin UMNO. Hal ini kerana, tindakan pemimpin Singapura ini dilihat seolah-olah cuba membelakangkan institusi beraja dan mencabar kedudukan istimewa kaum Melayu. Bagi mengukuhkan lagi laungan “Malaysia Malaysian”, menjelang Mei 1965, Lee Kuan Yew telah menubuhkan Malaysian Solidarity Convention yang juga merupakan suatu pakatan pembangkang bagi menandingi Parti Perikatan. Dengan slogan A Democratic Malaysia Malaysian, terlihat bagaimana parti PAP begitu bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan konsep “Malaysia Malaysian”. Dalam konsep Malaysia Malaysian ini, Lee Kuan Yew memohon supaya diwujudkan suatu persamaan hak bagi semua melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum. Ini bermakna, melalui konsep Malaysia Malaysian ini, persamaan hak mutlak semua kaum adalah sama dan inilah konsep yang dianggap oleh pemimpin Melayu sebagai konsep yang benar-benar mencabar kedudukan institusi beraja dan kaum Melayu. (Abdul Rahman, 2007)
          Kerajaan Singapura juga dilihat sebagai satu kerajaan yang cuba memporak-peradakan negara apabila menghasut negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak supaya mempersoalkan kedudukan mereka dalam Persekutuan Tanah Melayu. Kerajaan Singapura cuba menghasut negeri-negeri lain dengan meminta mereka mempersoalkan taraf ekonomi, sosial dan politik setelah menyertai gagasan Malaysia. Tindakan Singapura ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemimpin Sabah dan Sarawak sehingga mereka bertindak balas. Tunku melihat bahawa senario politik Malaysia ketika itu berada pada suatu fenomena yang bukan lagi pertarungan antara UMNO dan PAP tetapi lebih kepada pertarungan antara kaum Melayu dan bukan Melayu. Parti pembangkang yang terdiri daripada kaum bukan Melayu seolah-olah cuba menentang kerajaan dan bersungguh-sungguh untuk merampas kerajaan.
2.3.2.             Usaha mengatasi ketegangan
Tunku yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia melihat bahawa ketegangan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Singapura telah mencapai satu tahap yang sangat merisaukan. Ketika itu, Tunku merasakan bahawa ketegangan kerajaan Persekutuan dan kerajaan Singapura tidak akan mampu diselesaikan tanpa adanya suatu strategi yang mampu menjaga kestabilan dan keamanan negara. Tindak-tanduk kerajaan Singapura yang dilihat sebagai satu cabaran besar benar-benar menguji ketokohan Tunku. Kerisauan terhadap tindak tanduk kerajaan Singapura ini akhirnya memaksa Tunku untuk memisahkan Singapura dari Persekutuan Malaysia demi menjaga kestabilan negara. Tunku berpendapat bahawa dengan pemisahan ini sahaja maka ketegangan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Singapura dapat diatasi. Oleh itu, usaha ke arah pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia telah dilakukan.
2.3.2.1.         Pindaan Perlembagaan Malaysia
Pindaan terhadap Perlembagaan Malaysia bertujuan untuk memisahkan kerajaan Singpura dari Malaysia. Semasa mendapatkan rawatan di London, Tunku telah membuat keputusan secara peribadi untuk memisahkan kerajaan Singapura dari Malaysia memandangkan senario politik ketika itu berada dalam keadaan yang tidak stabil. Tunku telah menghubungi dua orang pemimpin dalam kabinet iaitu Tun Abdul Razak dan Dato’ Dr.Ismail bagi memaklumkan tentang hasrat Tunku untuk memisahkan kerajaan Singapura dari Malaysia. Pindaan ini telah dibuat pada 9 Ogos 1965 iaitu setelah ketibaan Tunku di Tanah Melayu. Beliau telah mengumumkan penyingkiran secara rasmi Singapura di Parlimen dan membentangkan rang undang-undang berkaitan pemisahan Singapura. Rang undang-undang ini telah diluluskan dengan 126 perwakilan telah menyokong dan tidak ada sebarang bantahan ataupun berkecuali. Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia telah dibuat tanpa adanya perwakilan dari Singapura dan dengan pemisahan ini, senario politik yang agak kacau bilau ketika itu mampu diredakan. Berikut merupakan antara isi kandungan pindaan Perlembagaan Malaysia yang berkaitan pemisahan kerajaan Singapura dari Malaysia:
“ADALAH DENGAN INI DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat dalam Parlimen yang bersidang, dan dengan kuasanya, seperti berikut:
1.    Akta ini boleh dinamakan sebagai Akta Perlembagaan dan Malaysia (Pindaan Singapura), 1965.
2.    Parlimen boleh, melalui Akta ini, membenarkan Singapura meninggalkan Malaysia dan menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dan negara yang berasingan dan bebas daripada Malaysia.
(Bagi isi kandungan penuh Pindaan Perlembagaan Malaysia berkenaan pemisahan Singapura, sila rujuk lampiran)

2.4.      Konfrantasi Indonesia Malaysia 1963-1966.
Kedudukan kedua-dua negara yang berdekatan ini telah melahirkan satu hubungan antara Malaysia dan Indonesia yang baik sebelum ini. Ikatan persamaan dari segi bahasa dan agama dan kedudukan geopolitik juga adalah satu faktor yang mendorong kepada hubungan yang baik ini. Hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia telah tergugat apabila Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku menggumumkan pembentukan negara Malaysia yang menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaupun Filipina turut menentang penubuhan Malaysia, namun Filipina tidak menggunakan kekerasan tidak seperti Indonesia (Zainal et al., 1996). 
2.4.1.         Latar Belakang Konfrantasi.
Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia mulai serius apabila pemberontakan daripada Brunei gagal. Konfrantasi ini merupakan satu penentangan yang telah diistiharkan oleh Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio pada 20 Januari 1963 sebagai bantahan terhadap penubuhan Malaysia (Zulhilmi & Asrar Omar, 2003). Konfrantasi Indonesia mula rancak apabila pemberontakan yang dilakukan oleh A.M Azahari di Brunei gagal ( Zainal et al., 1996 ). Pada mulanya, Konfrantasi ini hanya merupakan penentangan daripada segi ekonomi sahaja. Namum ianya terus berubah kepada penentangan melalui gerakan tentera. Sabah dan Sarawak telah diserang oleh tentera-tentera Indonesia sepanjang Konfrantasi tersebut. Semenanjung Malaysia juga turut diserang oleh Indonesia. Hal ini telah menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia telah terputus. Filipina juga telah memutuskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan negaranya atas dasar tuntutan ke atas Sabah. Dr. Subandrio mengatakan bahawa “Konfrantasi menentang Malaysia kerana Malaysia adalah sebagai ‘pengikut setia’ kepada neokolonisme…”  (Zulhilmi & Asrar, 2003).   
          Alasan utama penentangan Indonesia ialah pembentukan Malaysia yang akan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam satu negara yang baru iaitu Malaysia. Terdapat lagi faktor-faktor lain yang mencetuskan kepada Konfrantasi namum pembentukan Malaysia telah mempercepatkan lagi dasar Indonesia ini. Sebelum tahun 1963 lagi hubungan antara Indonesia dengan Kuala Lumpur memang sudah sedia tegang berikutan tuduhan Indonesia yang mengatakan bahawa Kuala Lumpur cuba campur tangan dalam hal ehwal negara Indonesia. Tunku yang cuba menjadi orang tengah dalam persengketaan Indonesia dengan Belanda dalam hal Irian Jaya kurang disenangi oleh Sukarno.
Indonesia juga menuduh Tunku menggunakan seorang pemimpin PRRI (Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia) iaitu Sumitro Djojohadikusumo supaya memusuhi Indonesia. PRRI telah melaksanakan pemberontakan antara tahun 1958-1959 di Sumatera dan Sulawesi (Zulhilmi & Asrar, 2003). Indonesia juga telah mendakwa bahawa Tanah Melayu tidak mahu menyerahkan orang-orang yang dikatakan sebagai anggota PRRI yang ditangkap di perairan Persekutuan Tanah Melayu. Bukan itu sahaja, Indonesia turut menuduh pelabuhan Tanah Melayu digunakan oleh anggota PRRI untuk menyeludup bahan-bahan seperti kelapa kering dan getah yang telah menyebabkan kerugian dari segi tukaran luar negara Indonesia. Negara-negara Barat juga telah dikatakan menggunakan pelabuhan di Tanah Melayu sebagai tempat untuk menyalurkan bantuan kepada PRRI dalam pemberontakan mereka (William Stevenson dalam Zulhilmi & Asrar, 2003). Peristiwa-peristiwa yang telah berlaku antara Tanah Melayu dan Indonesia pada awal tahun 60-an telah menjadi bibit dalam Konfrantasi tersebut. Pembentukan Malaysia telah  menjadi pencetus kepada peristiwa ini pada tahun 1963.
Penentangan Indonesia adalah desakan daripada PKI (Parti Komunis Indonesia) yang bimbang bahawa sekiranya Malaysia dibentuk, ini akan menyekat perkembangan ideologi komunis di Borneo. Dengan pembentukan Malaysia juga, Sukarno bimbang bangsa Cina di rantau Asia akan bertambah dengan pesat sekali dan ini boleh menggugat kedudukan bangsa Melayu di rantau itu (Kahin; Kunaselan a/l Muniandy dalam Zulhilmi & Asrar, 2003). Sukarno juga berasa tersinggung apabila Tunku tidak berunding dengan beliau terlebih dahulu. Usaha Soekarno untuk membentuk Indonesia Raya juga telah terkubur dengan pembentukan Malaysia tersebut.
Indonesia telah menghantar tentera-tenteranya di Malaysia. Sepanjang 16 September 1963 hingga 19 Jun 1964, gerila-gerila Indonesia yang menggelar diri mereka sebagai sukarelawan telah menceroboh ke wilayah Sabah sebanyak 116 kali dan 61 kali di Sarawak. Indonesia juga telah menceroboh ruang udara Malaysia sehingga memaksa Malaysia untuk meminta bantuan daripada Britain dan Perancis. Pengintip juga telah dihantar masuk ke dalam Malaysia untuk menghasut penduduk tempatan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Banyak sabotaj telah dilakukan ke atas perahu-perahu nelayan Malaysia di Perairan Selat Melaka. Pada 17 Ogos 1964, tentera Indonesia telah mendarat di di Pontian dan pada 2 September 1964 juga pasukan tentera paying terjun Indonesia telah mendarat di Mersing dan Labis, Johor (Zulhilmi & Asrar, 2003). Misi yang cuba dilaksanakan oleh Sukarno telah menemui kegagalan selepas tentera-tentera Indonesia yang mendarat di Malaysia telah mendapati bahawa penduduk Malaysia tidak berada di bawah pentadbiran penjajah seperti yang didakwa oleh Sukarno. Penduduk Malaysia juga melalui kehidupan yang lebih baik daripada penduduk di Indonesia.

2.4.2.         Usaha Mengatasi Konfrantasi Oleh Malaysia
Sebelum Konfrantasi Indonesia berakhir, banyak usaha yang telah dilakukan untuk memulihkan semula hubungan diplomatik kedua-dua negara. Antara usaha yang telah dilaksanakan ialah Sidang Kemuncak antara Presiden Diosdado Macapagal, Presiden Sukarno dan Tunku Abdul Rahman pada 30 Julai 1963 hingga 5 Ogos 1963. Persidangan tersebut diadakan untuk mencari jalan menyelesaikan masalah berkaitan pembentukan Malaysia dan terhasilnya pertubuhan MAPHILINDO (Zainal et al, 1996). Salah satu tujuan penubuhan MAPHILINDO ialah untuk mencari satu jalan penyelesaian terhadap bantahan pembentukan Malaysia secara aman namun pertubuhan ini telah terbubar selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Malaysia juga telah meminta bantuan daripada pihak antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyekat pencerobohan Indonesia. Dalam persidangan Afro-Asia pula, Tun Abdul Razak cuba mengikis propaganda yang disebarkan oleh Indonesia ke atas Malaysia. Malaysia telah gagal mendapatkan bantuan daripada Amerika Syarikat namun telah mendapat bantuan ketenteraan daripada Negara-negara Komanwel. Sebelum peristiwa Gestapu, terdapat beberapa usaha-usaha sulit yang telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pada Ogos 1965, pegawai-pegawai tentera Indonesia dan Malaysia telah berunding secara rahsia. Kolonel Ali, pegawai tentera Indonesia telah melakukan lawatan ke Malaysia manakala Ghazali Shafie juga berunding dengan pegawai-pegawai tentera Indonesia yang diketuai oleh Jeneral Nasution di Jakarta.
          Peristiwa Gestapu adalah titik tolak kepada penamatan Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia. Peristiwa Gestapu telah melemahkan pengaruh komunis di Indonesia yang membolehkan Jeneral Suharto merampas kuasa. Sukarno juga semakin kehilangan pengaruh selepas kejadian tersebut (Mohamad Rodzi, 2001). 11 Mac 1966 merupakan peralihan kuasa daripada Sukarno kepada Suharto yang memegang tampuk pemerintahan yang baru. Namun pada 13 Mac 1966, Sukarno tetap mengisytiharkan bahawa dasar Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia tetap akan diteruskan sehingga Malaysia berjaya dihancurkan. Walaubagaimanapun, dasar tersebut mendapat tentangan dalaman di Indonesia sendiri. PSII dan Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia (KAMI) penentang utama dasar tersebut. Namun pada 23 Mac, Suharto dengan kabinetnya yang baru telah menggumumkan tiga matlamat utama dan salah satunya ialah sedaya-upaya meneruskan Konfrantasi menentang Malaysia. Pertemuan Adam Malik dengan Marshall Green (Duta Amerika Ke Indonesia) telah membuka pintu perdamaian hasil daripada nasihat yang telah diberikan oleh Marshall Green. Duta British di Indonesia, Andrew Gilchrist menyatakan bahawa perjanjian damai hanya boleh dilaksanakan jika Indonesia menghentikan aktiviti konfrantasi. Perlantikan Adam Malik sebagai Menteri Luar
Indonesia yang baru telah membuka kepada penamatan konfrantasi.
Perbincangan akhir pada 30 Julai dalam mesuarat KOGAM telah mengesahkan Perjanjian Bangkok oleh Indonesia yang sebelum ini mendapat tentangan daripada pihak Sukarno dan penyokong-penyokongnya. Pada 11 Ogos 1966, Tun Razak telah mewakili Malaysia dan Adam Malik sebagai wakil Indonesia telah menandatagani perjanjian memulihkan hubungan kedua-dua negara dan mengakhiri Konfrantasi (Mohamad Rodzi, 2001). Perjanjian tersebut mengandungi tiga perkara penting iaitu satu pilihanraya bebas akan diadakan bagi menentukan pendirian penduduk Sabah dan Sarawak terhadap kedudukan mereka dalam Malaysia, kedua-dua negara menyatakan persetujuan memulihkan hubungan diplomatik dan pertukaran diplomat antara kedua-dua negara akan dilaksanakan secepat mungkin dan sebarang bentuk permusuhan antara Malaysia dan Indonesia akan ditamatkan.


2.5.      Tuntutan Filipina
Filipina yang diketuai oleh Presiden Diosdado Macapagal telah menentang keras cadangan penubuhan Malaysia kerana percantuman tersebut melibatkan wilayah Sabah (Borneo Utara). Filipina cuba membuat tuntutan kerana Sabah merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu dan kesultanan ini pula merupakan sebahagian daripada Filipina juga. Oleh itu kerajaan Filipina membuat kesimpulan bahawa Sabah merupakan sebahagian daripada Filipina. Menurut daripada Mohd. Isa (2007), tuntutan yang dikemukakan Filipina ini sebenarnya hasil daripada desakan beberapa pihak di Filipina agar menuntut hak ke atas Sabah bagi pihak waris Sultan Sulu. Desakan ini sebenarnya didalangi oleh sekumpulan peniaga dibawah pimpinan Osmena yang telah membuat tuntutan awal atas nama waris Sultan Sulu dan kemudiaannya diteruskan oleh kerajaan Filipina (Haji Buyong, 1981). Tuntutan ini telah dijadikan sebagai cabaran oleh kerajaan Tanah Melayu dan juga Tunku Abdul Rahman dalam merialisasikan pembentukan gagasan Malaysia pada peringkat awal perancangan. Berdasarkan daripada beberapa penulis, cabaran daripada pihak Filipina wujud atas alasan Sabah dimasukkan dalam rancangan untuk menjadikan salah sebuah wilayah dalam gagasan Malaysia dan tuntutan rasmi Filipina terhadap Sabah bermula sejak 22 Jun 1962.
Filipina juga pernah mengemukakan tuntutan rasmi agar Britain menyerahkan semula Sabah kepada Filipina berdasarkan daripada teks perjanjian 22 Januari 1878 di antara Sultan Sulu dengan Baron Overbeck dan Alfred Dent sebagai langkah untuk menghalang gagasan Malaysia. Berdasarkan daripada perjanjian tersebut, Filipina mendakwa bahawa Sultan Sulu cuma memajak (lease) wilayah Sabah dan bukannya penyerahan wilayah (Mazlan, 1978 & Kassim, 2002). Sebagai sokongan tambahan, kerajaan Filipina turut merujuk pengisytiharan waris Sultan Sulu, Sultan Ismail Kiram pada 21 Januari 1958 yang membatalkan perjanjian tersebut dengan alasan pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) gagal menjelaskan bayaran tahunan semasa Perang Dunia Kedua meletus. Namun, dakwaan tersebut dinafikan oleh SBBU dengan menyatakan bahawa bayaran telah dimasukkan setiap tahun ke dalam akaun waris Sultan Sulu di London (Ruslan, 2003). Selain daripada itu, terdapat beberapa asas lain yang digunakan oleh kerajaan Filipina dalam usaha untuk menghalang pembentukan persekutuan Malaysia seperti Resolusi Macapagal, surat wakil Sultan Sulu 1962 dan keputusan Mahkamah Tinggi Borneo 1939 (Mohd. Isa, 2002).
Sebenarnya, tuntutan yang dibuat oleh kerajaan Filipina adalah secara diplomasi dan tidak melibatkan sebarang kekerasan seperti yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Sukarno. Walaupun halangan dan protes yang dijalankan oleh Filipina cuma berbentuk diplomasi, namun hubungan antara Malaysia-Filipina pernah terputus buat seketika apabila Malaysia diisytiharkan secara rasmi. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa siri rundingan di antara Tanah Melayu dengan Filipina serta Indonesia telah diadakan bagi menyelesaikan masalah pertikaian penubuhan gagasan Malaysia.
2.5.1.         Usaha Mengatasi Tuntutan Filipina
2.5.1.1.    Rundingan London 1963
Bagi mengatasi masalah ini, beberapa usaha telah dijalankan khususnya melalui rundingan meja bulat di antara beberapa pihak yang terlibat termasuklah kerajaan British, Filipina, Tanah Melayu dan juga Indonesia. Usaha ini dijalankan bagi mencari jalan keluar kepada persengketaan khususnya yang bersangkutan dengan tuntutan Filipina ke atas Sabah. Usaha pertama yang dijalankan bagi mengatasi masalah tuntutan Filipina ialah dengan mengadakan rundingan dua hala di antara kerajaan Britain-Filipina di mana masing-masing diwakili oleh Setiausaha Luar kedua-dua negara. British diwakili oleh Lord Home, manakala Filipina pula diwakili oleh Emmanuel Pelaez yang juga merangkap Timbalan Presiden ketika itu. Rundingan ini berlangsung di London bermula pada 28 Januari sehingga 1 Februari 1963 (Nik Anuar, 2001).
          Rundingan ini sebenarnya bertujuan untuk membincangkan soal keselamatan dan juga kestabilan rantau Asia Tenggara. Selain itu, rundingan ini juga diharapkan dapat mengekalkan hubungan baik dengan Filipina dan perkara yang paling penting ialah untuk memastikan rancangan gagasan Malaysia berjalan dengan lancar. Ini merupakan salah satu daripada matlamat utama rundingan Britain-Filipina bagi mengatasi masalah tuntutan tersebut. Sepanjang berlangsungnya rundingan tersebut, kerajaan Filipina telah mengemukakan soal pembentukan Malaysia pada sesi pertama rundingan dan mendakwa idea tersebut menjadi pencetus kepada ketegangan seperti kekacauan yang berlaku di Brunei dan juga perbalahan antara Tanah Melayu dengan Indonesia (Nik Anuar, 2001). Bagi menjawab usul yang dibangkitkan oleh Filipina, Britain mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan bahawa Sabah adalah sah di bawah naungan British. Akhirnya, pada sesi akhir rundingan telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu tuntutan tersebut dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil yang bertanggungjawab untuk meneliti isu tersebut. Bagi kerajaan Britain, jawatankuasa tersebut ditubuhkan untuk menjaga kepentingan politik khususnya politik Filipina. Menurut daripada Mohd. Isa (2002), rundingan tersebut gagal kerana sejak awal lagi kerajaan British telah menolak tuntutan tersebut. Namun, jika dilihat dari sudut yang positif, rundingan tersebut merupakan satu usaha penyelesaian untuk merealisasikan gagasan Malaysia dan usaha ini juga telah meletakkan batu asas kepada usaha-usaha seterusnya dalam mengatasi cabaran ini.
2.5.1.2.    Persidangan Kemuncak Manila 1961
Bagi menyelesaikan masalah isu tuntutan Filipina ke atas Sabah, rundingan tiga hala telah diadakan antara Tanah Melayu, Filipina dan juga Indonesia. Rundingan awal diadakan pada 9 – 17 April 1963 yang diadakan di Manila dan rundingan ini merupakan di antara peringkat pegawai-pegawai kementerian di mana Tanah Melayu diwakili oleh Mohd Ghazali (Setiausaha Tetap Kementerian Luar), Filipina diwakili oleh Salvador P. Lopez (Setiausaha Rendah Hal Ehwal Luar) dan Dr. Suwito Kusumowidagdo (Timbalan Menteri Luar) mewakili Indonesia (Mohd. Noor, 1979). Rundingan pada peringkat ini membincangkan cara untuk menyelesaikan masalah bersama seperti kestabilan politik, keselamatan dan pembangunan ekonomi serantau. Selain itu juga, rundingan ini membincangkan usaha untuk merapatkan hubungan di antara ketiga-tiga negara. Sebenarnya, rundingan ini telah membuka jalan kepada persidangan menteri-menteri luar bagi ketiga-tiga negara  pada bulan Jun 1963.
          Rentetan daripada itu, pada 7 – 11 Jun 1963, satu persidangan peringkat menteri telah diadakan di Manila. Ketiga-tiga perwakilan terdiri daripada Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Tanah Melayu), Emmanuel Palaez (Naib Presiden Filipina) dan Dr. Subandrio (Timbalan Menteri Pertama Indonesia). Melalui persidangan ini, wujud satu keputusan yang dikenali sebagai Persetujuan Manila (Manila  Accord) yang menunjukkan persetujuan kerajaan Filipina dan Indonesia terhadap pembentukan gagasan Malaysia dengan syarat ianya merupakan kemahuan dan disokong oleh penduduk di wilayah Borneo dan disokong oleh Setiausaha Agung PBB pada ketika itu (Mohd. Noor, 1979). Melalui persidangan ini, dapat dilihat bahawa keputusan tersebut menunjukkan kejayaan mengatasi masalah tuntutan Filipina ke atas Sabah walaupun ianya bukanlah dianggap sebagai kejayaan mutlak dalam penubuhan Malaysia.
          Berikutan dengan persetujuan persidangan peringkat menteri tersebut, satu persidangan kemuncak telah diadakan di antara ketua-ketua kerajaan termasuklah Tunku, Macapagal dan Sukarno. Persidangan ini bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian yang wujud akibat daripada gagasan Malaysia dan juga untuk menyelesaikan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah dan persidangan ini telah diadakan di Manila bermula 30 Julai – 5 Ogos 1963. Menurut daripada Mohd. Noor (1979), persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menerima dan mengesahkan Persetujuan Manila yang telah dicapai semasa persidangan peringkat menteri sebelum itu. Melalui persidangan itu juga, lahir satu pengisytiharan bersama untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan dan juga politik. Selain itu, persetujuan juga dicapai bagi membentuk satu perikatan di antara ketiga-tiga negara, iaitu MAPHILINDO.

3.0.      Penilaian
Gagasan Malaysia yang dicetuskan oleh Tunku merupakan salah satu idea yang dilihat sukar untuk direalisasikan pada ketika itu jika dilihat daripada situasi politik di rantau Asia Tenggara yang masih bergelut dengan pengaruh penjajahan Barat dan idealogi Komunis. Sejurus sahaja Tunku mengumumkan idea pembentukan gagasan Malaysia, timbul beberapa reaksi daripada banyak pihak termasuklah dari Tanah Melayu sendiri, Singapura, wilayah-wilayah di Borneo serta negara-negara jiran khususnya Filipina, Indonesia dan juga Brunei. Ada pihak yang menyatakan sokongan lansung dan ada juga pihak yang menentang kerana idea tersebut dianggap belum lagi relevan untuk berbuat demikian pada masa itu. Terdapat berbagai-bagai andaian yang mengatakan bahawa idea ini sebenarnya bukanlah dicetuskan oleh Tunku kerana sebelum itu sudah wujud rancangan lain untuk membentuk satu penggabungan atau kesatuan di rantau Nusantara yang meliputi Tanah Melayu, Singapura, Indonesia, Filipina dan juga wilayah-wilayah di Borneo. Tambahan pula, sebelum abad ke-20 lagi sudah timbul idea untuk membentuk penggabungan di gugusan ini, namun akibat kurangnya sambutan dan masa yang tidak sesuai, maka usaha tersebut terkubur begitu sahaja.
          Sebenarnya, idea gagasan Malaysia telah dipengaruhi oleh beberapa faktor dan salah satu sebab yang utama adalah disebabkan oleh faktor keselamatan. Pada masa itu, idealogi Komunis semakin merebak di beberapa buah negara di rantau Asia Tenggara termasuklah Vietnam, Filipina, Indonesia, Singapura dan Tanah Melayu sendiri. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, Tunku selaku ketua kerajaan Tanah Melayu cuba mengambil inisiatif untuk menubuhkan gagasan Malaysia bagi menghalang perkembangan ideologi tersebut. Apabila Tunku bertindak mengumumkan idea gagasan Malaysia secara rasmi, timbul berbagai-bagai reaksi sama ada yang positif ataupun yang negatif yang dianggap sebagai cabaran dalam penubuhan gagasan Malaysia. Cabaran utama yang dihadapai dalam merialisasikan idea ini datangnya dari negara jiran khususnya Filipina dan Indonesia yang akhirnya membawa kepada penentangan secara terbuka dan kekerasan. Walaupun gagasan Malaysia akhirnya berjaya ditubuhkan dengan rasminya pada 16 September 1963, namun penentangan terhadap Malaysia masih lagi diteruskan sehingga penghujung tahun 1960-an. Dapat dilihat bagaimana wujudnya sentimen perkauman dan terputusnya hubungan politik dengan negara-negara jiran adalah bukti jelas yang menunjukkan bahawa usaha yang dikatakan murni ini tidak semestinya diterima dengan mudah oleh semua pihak. Setelah sekian lama dan beberapa usaha dirangka, akhirnya Malaysia dapat diterima secara terbuka oleh semua pihak.
         

4.0.      Kesimpulan
Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa gagasan Malaysia secara jelas telah menerima banyak cabaran di awal pembentukannya sehinggalah beberapa tahun selepas pengisytiharan Malaysia secara rasmi. Kebanyakan daripada cabaran-cabaran tersebut berjaya diatasi sama ada melalui kaedah diplomasi atau pun tindakan ketenteraan. Tidak dinafikan bahawa Tunku Abdul Rahaman telah memainkan peranan penting dalam menghadapi segala cabaran demi merialisasikan idea gagasan Malaysia. Peranan yang dimainkan oleh Tunku, kerajaan Tanah Melayu, Singapura dan juga kerajaan British akhirnya membuahkan hasil yang sangat diharapkan dan perkara yang paling penting ialah keamanan yang dikecapai sehingga hari ini.

Rujukan
Abdul Rahman Haji Ismail. 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Comber, L ( Terjemahan Omardin Haji Ashari ). 1985. Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan
 Melayu-Cina. Petaling Jaya : International Book Service.

Haji Buyong Adil. 1981. Sejarah Sabah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka &  Kementerian Pendidikan Malaysia.
INTAN. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur. Institut Tadbiran Awam Negara.

Jayum Anak Jawan. 2003. Malaysian Politics & Government, Shah Alam. Karisma Publications
 Sdn. Bhd.

Kassim Thukiman. 2002. Malaysia: Perspektif, Sejarah dan Politik. Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Lily Zubaidah Rahim. 1960. Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pelajaran Masyarakat
 Melayu, Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Mazlan Abdullah. 1978. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors.
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800 – 1963). Selangor. Utusan Publications & Distributors.
Mohd. Noor Abdullah. 1979. Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohamad Rodzi Abd Razak. 2001. Gestapu Dan Penyelesaian Konfrantasi Malaysia-Indonesia.      
Jebat 28. 75-106.

Nazaruddin Mohd. Jali. 1997. Penubuhan Persekutuan Malaysia: Reaksi Awal Terhadap Gagasan Malaysia. Dalam Asnarulkhadi Abu Sabah & Jayum A. Jawa. Kenegaraan Malaysia. Selangor. Universiti Putra Malaysia.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2001. Tuntutan Filipina Ke Atas Borneo Utara. Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ruhanie Haji Ahmad. 2005. Patriotisme Malaysia: Penangkis Neoimperialisme, Kuala Lumpur.
 Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ruslan Zainuddin et.al. 2005. Kenegaraan Malaysia. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Selangor. Fajar Bakti.
Tunku Abdul Rahman. 2007. 13 Mei Sebelum dan Selepas. Kuala Lumpur. Utusan Publications
 & Distributors Sdn Bhd.

Zainal Abidin Abdul Wahid et al. 1996. Malaysia: Warisan Dan Perkembangan; Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zulhilmi Paidi & Asrar Omar. 2003. Hubungan Luar Antarabangsa. Pahang. PTS Publication & Distributors SDN.BHD.