TH20303
SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
SEMESTER 11 2010/2011
IFEANE SILVAL BT08110058
FAIZAL MOKHTAR BT08110162
SOALAN 10 : PERUBAHAN POLITIK NEGARA ASIA BARAT TELAH MEMBAWA KEPADA KEBANGKITAN RAKYAT PALESTIN. BERSETUJUHKAH ANDA DENGAN PERNYATAAN INI?
1.0 PENGENALAN
- Palestin ‘Falastin’ = Arab dan ‘Palestina’ = Ibrani merujuk kepada kawasan timur tengah di antara laut Mediterranean dan Sungai Jordan yang merangkumi negara isreal kini dan wilayah-wilayah Palestin di samping sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria yang secara tidak langsung merjuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas mandat Brtitish ( 1920-1948 ) di sebelah barat Sungai Jordan.
- Perubahan politik negara Asia Barat merujuk kepada bagaimana negara Palestin itu sendiri berhadapan dengan dasar pemerintahan Britain yang pro-Yahudi dalam menjayakan penubuhan negara Yahudi di Palestin yang turut sama diperjuangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat dan Isreal sendiri sehingga membawa kepada dasar campur tangan dalam kalangan negara Asia Barat bagi menangani isu Palestin-Yahudi berikutan tindakan Britain sendiri menyerahkan Palestin kepada PBB
- Kesengseraan yang berlanjutan sejak 60 tahun yang lalu membawa kepada kebangkitan / intifada Palestine yang merupakan siri kebangkitan dan penentangan yang telah bermula seawal tahun 1920-an apabila British bertindak sebagai agen penjajahan Palestin oleh Yahudi Zionis.
- Kebangkitan Palestin yang terbesar dipanggil sebagai Intifadah Mubarakah yang berlaku pada 9 Disember 1987 yang secara tidak langsung memulakan kebangkitan yang paling bermakna terhadap mereka semua samada di kalangan rakyat yang tinggal di Palestin mahupun di kalangan mereka yang terpaksa menjadi pelarian di negara-negara yang lain
2.0 PERUBAHAN POLITIK YANG MEMBAWA KEPADA KEBANGKITAN RAKYAT PALESTIN
2.1 MANDAT BRITISH TERHADAP PALESTIN
- Selepas perang dunia pertama ( 1914-1919 ), Britain telah mendapat mandat untuk mentadbir negara Palestin selepas berjaya mendudukinya pada 1917 dari pihak Berikat Eropah di San Remo pada bulan April 1920 yang disahkan oleh Liga Bangsa-Bangsa pada tahun 1922 yang beroperasi pada tahun 1923, yang mana salah satu matlamat British adalah menjamin penubuhan negara Yahudi di Palestin berdasarkan arahan mandat pada 24 Julai 1922 yang telah mengarahkan Britain agar berusaha kearah penubuhan bagi orang Yahudi di Palestin di samping menjamin hak rakyat dan agama semua penduduk Palestin tanpa mengira bangsa dan agama.
- Sebelum pemberian mandat lagi, British jelas telah menyokong hasrat golongan Zionis untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin melalui pengisytiharaan Balfour / Deklarasi Balfour pada 1917 melibatkan kerajaan Britian yang diwakili oleh setiausaha luarnya, Lord Arthur Balfour dengan ketua persatuan Yahudi Britain, Chaim Weizzmann bagi mencapai kesepakatan perjanjian dalam penubuhan negara yahudi di Palestin yang membawa kepada galakan kebenaran masuk kaum Yahudi ke Palestin.
- Weizzman merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone yang digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang dunia pertama, atas rasa terhutang budi Britain telah bersetujuh dengan desakan Weizmann untuk mengadakan deklarasi walapun pada mulanya Britain hanya menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin.
- Pada 1919, Emir Faisal I yang memihak kepada Britain turut menandatangai perjanjian dengan Chaim Weizzmann sebagai tanda sokongan penuh kerajaan Arab terhadap Deklarasi Balfour.
- 1920-an, 8000/ tahun orang Yahudi memasuki palestin, 1933-1935, lebih 135 000 secara sah dan sehingga 1938 = 218 000
- Kelonggaran hak pemilikan tanah kepada Yahudi di Palestin oleh Britain serta dasar cukai tanah yang tinggi kepada petani Arab memudahkan Yahudi menjalankan dasar pemaksaannya terhadap penduduk Arab untuk menjual tanah mereka yang mana pembelian tersebut adalah dibiayai oleh sebuah tabung antarabangsa Palestin, Jews National Fund secara besar-besaran, malah turut menaggung cukai terhadap barang keperluan berbanding Yahudi yang menerima subsidi menjadikan mereka memiliki sektor yang lebih produktif kerana mempuanyi model yang besar menjadikan pendapatan masyarakat Arab Palestin hanya 1/5 daripada pendapatan/ orang Yahudi pada 1936.
- Perarakan Suruhanjaya Zionis bagi memperingati ulang tahun Deklarasi balfour membawa kepada penyatuan orang Arab Palestin pada 1918 yang membawa kepada kerjasama menubuhkan persatuan Islam-Kristian di Jaffa dan Baitulmuqqadis yang seterusnya membawa kepada penubuhan 37 persatuan yang mewakili pertubuhan-pertubuhan Islam-Kristian Palestin bagi mewujudkan satu barisan Islam-Kristian yang bersatu, Eksekutif Arab ( A.E ) yang diketuai oleh Musa Khadim al-Husaini ( meninggal pada Mac 1934 ) dalam menentang isu penghijrahan Yahudi dan pemilikan tanah menyebabkan kongres Zionis pada 1935 bertindak lebih agresif dalam mengalakan kemasukan Yahudi di Palestin.
- Disember 1920, desakan oleh mesyuarat kongres Palestin di Haifa terhadap Britain agar menubuhkan sebuah kerajaan Demokrasi tidak dihiraukan oleh Sir Arthur Wauchope yang bertindak mencadangkan pemerintahan berparlimen yang akan memberikan Yahudi satu jumlah perwakilan yang tidak seimbang kerana dilantik dan bukannya dipilih menyebabkan pemberontakan Arab pada April 1936 melalui satu rompakan ke atas sebuah bas yang mengakibatkan pembunuhan dua orang penumpang Yahudi dan menjadi keganasan apabila perarakan pengebumian tersebut menjadi pemberontakan yang membunuh kira-kira 20 orang Yahudi yang membawa kepada pengisytiharaan mogok umum selama 6 bulan atau sehingga Britain bersetujuh menamatkan penghijrahaan Yahudi oleh al-Hajj Amin yang memimpin Majlis Tertinggi Arab ( A.H.C ).
- Pemberontakan fasa kedua 1937 berikutan keputusan Suruhanjaya Pell yang dibentuk oleh British lebih menguntungkan Zionis dalam menyelesaikan masalah Palestin-Yahudi, yahudi mendapat tanah-tanah terbaik termasuk Safad =4% yahudi dan Akka = 0.001% yang membawa kepada bantahan oleh Kongres Nasional Arab di Bludan Syria pada September 1937 yang akhirnya membawa kepada pembunuhan pesuruhjaya daerah Galilee, Lewis Andrews pada Oktober 1937.
2.2 RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB )
- British menyerahkan isu Palestin kepada PBB yang diletakkan di bawah pengendalian Jawatankuasa Khas Bangsa-bangsa bersatu berkenaan Palestin ( U.N.S.C.O.P ) yang akhirnya mencetuskan kepada Pelan pembahagian PBB untuk Palestin/Resolusi 181 oleh Majlis Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1947 yang membenarkan penubuhan dua negara, Arab dan Yahudi = 56% yang didiami oleh 82% Yahudi yang bergabung dalam satu kesatuan ekonomi serta peletakan Baitulmaqdis di bawah pentadbiran antarabangsa khas oleh PBB berkuat kuasa selepas Britain berundur pada 15 Mei 1948
- Diterima 2/3 anggota PBB ( 33 = AS dan Soviet Union ), 10 berkecuali ( Britain hanya akan bersetujuh sekiranya Yahudi dan Arab menyokong ), 13 membantah termasuk 5 negara Arab yang merdeka yang akhirnya mencetuskan perang Palestin pertama pada 1947-1949 yang membawa kepada kewujudan pelarian 300 000 Arab Palestin setelah Yahudi memasuki Galilee.
- Pengisytharaan kemerdekaan Israel 14 Mei 1948 telah membawa kepada perang Palestin fasa kedua/konflik Arab-Isreal/perang kemerdekaan yang mengundang malapetaka apabila tentera Isreal bergabung dengan tentera pertahanan Isreal ( I.D.F. ) yang logiknya akan membawa kemenangan kepada 32 000 Yahudi berbanding 6000 Arab Palestin
- PBB melancarkan genjatan senjata namun hanya betahan sehingga september 1948 berikutan pembunuhan Count Bernadotte pleh Lehi ( Amerika ) dan digantikan oleh Dr. Ralph Bunche yang secara tidak langsung memulakan semula perang pada 15 oktober 1948 yang memaksa 500 000 Arab Palestin menjadi pelarian yang membawa kepada operasi penyelamatan 1949 oleh Agensi Bertugas dan Menyelamat PBB ( U.N.R.W.A )
- Isu kepulangan rakyat Palestin yang dipersetujui oleh Isreal “rancangan keluarga” yang terhad – Gaza pada dengan penduduk – gagal berikutan tekanan AS & Negara-negara Arab menerima perletakan Baitulmuqaddis di bawah pentadbiran antarabangsa
2.3 DASAR CAMPUR TANGAN NEGARA ASIA BARAT
- Peperangan yang banyak berlaku di Palestin telah banyak disokong oleh negara-negara Arab yang lain.
- Hal ini telah menaikkan semangat penduduk Palestin untuk merampas tanah air mereka daripada Yahudi.
- Tambahan lagi kesemua negara Arab tidak mengiktiraf negara Israel.
- Negara-negara Arab telah memberikan bantuan dari segi ketenteraan kepada Palestin.
- Mesir menyumbangkan tentera yang paling ramai, Jordan, Syria, Iraq, dan Lubnan masing-masing menyumbangkan diantara 2000-3000 tentera manakala Arab Saudi paling sedikit iaitu seramai 1000 tentera walaupun pernah berjanji akan menyumbangkan bantuan yang paling banyak sekali.
- Orang Palestin juga telah dijanjikan akan diberikan bekalan senjata.
- Dengan segala bantuan ketenteraan yang ada, Palestin telah berjuang untuk membebaskan tanah airnya daripada Yahudi.
- Satu lagi pertubuhan yang banyak membantu rakyat Palestin ialah Ikhwan al-Muslim @IM (Hamas) yang berpangkalan di Mesir.
- IM adalah gerakan islam yang sangat komited terhadap isu Palestin.
- IM turut menberikan bantuan kewangan dan sokongan moral kepada rakyat Palestin.
- Hasil daripada bantuan IM Mesir, terdapat sebanyak 25 cawangan IM di Palestin.
- Hubungan rapat antara IM Mesir telah melahirkan IM Palestin sehingga mereka berjaya membuat perhimpunan di Tebing Barat untuk membebaskan Palestin daripada Yahudi.
- Semangat perjuangan rakyat Palestin tidak akan pudar selagi mendapat bantuan daripada pihak-pihak yang mengambil berat mengenai isu-isu di Palestin.
2.4 PERUBAHAN POLITIK AMERIKA SYARIKAT
- Amerika yang pada mulanya mengamalkan dasar isolasi mulai campur tangan di Timur Tengah apabila Amerika sangat-sangat memerlukan bekalan minyak untuk negaranya.
- Britain yang tidak lagi mampu untuk menagani isu-isu di Palestin telah menyerahkan tanggungjawab untuk mentedbir Palestin kepada PBB.
- U.N.S.C.O.P (United Nations Special Committee on Palestine @ Jawatankuasa Khas Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Palstine) adalah satu pesuruhjaya yang telah menggemukakan pembahagian Palestin.
- 8 perwakilan iaitu Amerika Latin, Kanada, Australia dan Eropah setuju untuk membahagikan Palistine kepada Negara Yahudi, Negara Arab dan Zon Antarabangsa.
- Amerika telah membantu pihak Yahudi untuk memindahkan seramai 100,000 orang ke Palestin.
- Tindakan Amerika telah ditentang oleh Britain sehingga mengakibatkan peperangan antara Amerika/Yahudi dengan Britain.
- Sokongan Amerika terhadap Yahudi telah menyebabkan negara Palestin terbahagi.
- Perang Palestin yang pertama pada 1947-1949.
- Orang Arab tidak bersetuju dengan pembahagian tersebut manakala pihak Yahudi menyambutnya dengan baik.
- Berlaku pertempuran antara pihak Arab Palestin dengan Yahudi.
- PBB mengaku tidak dapat berbuat apa-apa terhadap pertempuran yang berlaku kerana penglibatan Amerika.
2.5 TINDAKAN ISREAL
- Antara tindakan Israel yang menaikkan semangat penduduk Arab Palestin ialah tidak membenarkan pelarian-pelarian Palestin pulang semula ke sana.
- Israel juga sering melanggar perjanjian gencatan senjata yang telah ditandatangani contohnya penjanjian di antara Jordan.
- Isreal melanggar perjanjian tersebut dengan melancarkan serangan ke atas Teluk Aqaba.
- Pada 15 Ogos 1929, tunjuk perasaan tidak rasmi telah berlaku secara tidak langsung oleh penduduk islam di Baitumaqdis.
- Perkara tersebut berlaku kerana tindakan yahudi yang ingin menguasai kawasan suci Tembok Barat yang merupakan tinggalan kuil kuno Yahudi.
- Namun tembok tersebut berada dalam kawalan orang islam dan Yahudi hanya dibenarkan bersembahyang di sana sahaja.
- Pada September 1928, orang Yahudi telah membuat pembahagi ke atas tembok tersebut dan mengakibatkan penetangan daripada orang islam.
- Dalam tunjuk perasaan yang telah berlaku, orang Islam dan Yahudi telah kehilangan ramai nyawa.
- Pemberontakan Arab 1936-1939 bermula pada satu rompakan bas yang telah mengakibatkan kematian 2 orang yahudi.
- Keesokannya orang yahudi telah membalas dendam dengan menyerang kawasan berdekatan tempat rompakan.
- Perarakan pengebumian orang yahudi telah bertukar kepada keganasan anti-islam.
- Perkara ini telah mengakibatkan pemberontakan yang mengakibatkan 20 kematian yahudi.
- Pertubuhan A.H.C yang diketuai oleh al-Hajj telah mengadakan mogok selama 6 bulan sehingga British menghentikan penghijrahan Yahudi ke Palestin.
- Keganasan yang telah berlaku sehingga tahun 1939 telah melibatkan pembunuhan antara Arab-Yahudi, Yahudi-Arab, Arab-Inggeris dan Inggeris-Arab.
3.0 PENILAIAN
- Perubahan politk Asia Barat yang banyak mempengaruhi kebangkitan rakyat Palestin adalah bertitik tolak dari penubuhan negara Isreal yang telah merubah keseluruhan suasanan politik Asia Barat yang secara tidak langsung membawa kepada dasar campur tangan negara-negara Asia Barat terhadap isu Palestin akibat tindakan British melalui mandatnya yang pro-Yahudi, usaha PBB yang pro-Yahudi, dasar campur tangan Amerika Syarikat terhadap isu Palestin serta kekejaman Isreal dalam merealisasikan penubuhan negara Isreal yang menjadikan Palestin sebagai pelarian di bumi sendiri sehingga memaksa mereka bangkit untuk menuntut hak dan pengiktirafan negara Palestin yang telah dimasukan ke dalam wilayah Isreal
4.0 KESIMPULAN
“….Pergolakan ini akan berterusan selagi masih ada sebab tersebut (Tanah), perdamaian akan selalu mentah-mentah ditolak jika berasakan pengakuan bahawa pendudukan adalah hak mereka (Yahudi). Kerana haram hukumnya bagi seseorang Muslim melepaskan tanah Islamnya walaupun hanya sejengkal…..” (Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, 1999 : 64 )
Pegangan orang Yahudi terhadap bumi Palestin sebagai tanah yang dijanjikan kepada mereka dan ketekadan Arab Palestin dalam memperjuangkan hak mereka tidak akan berakhir berikutan sokongan yang wujud dari pihak masing-masing, persetujuan negara-negara barat dalam penubuhan negara Isreal dan dasar campur tangan negara-negara Arab yang menyemarakkan lagi kebangkitan Palestin sehingga digelar penganas oleh Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment