Wednesday, November 10, 2010

mengajar hati berbicara kembali......

"mengalah dalam keadaan kita mendapat kemenangan itu adalah suatu perjuangan yang benar2 menbawa kemenangan berbanding menang dalam keadaan kekalahan yang kita sembunyikan"

setiap penilaian yang kita lontarkan untuk orang lain adalah atas tindakan yang didorong oleh fikiran kita semata-mata yang tidak mendasari penilaian atas diri sendiri, malah untuk mengukur kesempurnaan seseorang itu bukanlah tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita....tetapi boleh ke perkara sebegini dielakkan? tuntutan kehidupan pada hari ini rasanya sangat sukar untuk mengelak perkara sedemikian malah untuk mengingatkan diri sendiri juga adalah sukar yang nyata kesedaran itu hadir apabila kita dinilai oleh orang lain atas perkataan yang kita ungkapkan....... tetapi salah ke jika kita menginginkan yang terbaik untuk diri kita?

terlalu banyak perkara yang saya rindu untuk merasakan apakah keadaan itu akan saya rasai atau saya hanya mampu melihat dan memikirkannya kerana saya tidak layak untuk mendapatkannya? tetapi siapakah yang menetapkan saya tidak layak untuk memilikinya? apabila kita menilai pertimbangan nisbah kekecewan dan kegembiraan dalam hidup kita apakah yang lebih banyak mendominasi corak kehidupan kita? saya kira tiada ada seorang pun yang menginginkan perkara yang mengecewakan namun siapa juga aku untuk menepisnya?

mempersalahkan atau menyesali bukanlah jawaban yang terbaik dan langkah penyelesaian yang boleh mendatangkan kegembiraan yang tidak akan membangkitkan perkara itu kembali.........tetapi yang terbaik adalah bersyukur kerana kesempatan untuk merasakan segala sesuatu yang kita lalui dan mengajar kita agar menjadi manusia yang banyak BERSABAR......kerana kita tidak diberikan yang bukan ketentuan untuk kita dan terbaik untuk kita......

ya BAPA bertapa sukarnya mengerti ketentuan-MU dalam hidupku....sukar untuk ku terima mengikut kekuatanku sendiri.....ingin saja aku bertanya mengapa yang ku inginkan tidak aku miliki tetapi apa yang tidak pernah aku inginkan itu yang KAU berikan kepadaku?

"hidup ini cuma sia2 yang kita miliki dari warisan nenek moyang namun yang membezakan adalah bagaiman kita mengendalikan diri kita untuk menjalani kehidupan yang bermakna untuk memperolehi kekekalan hidup"

aku bukan ingin hidup kerana semata-mata memasuki syurga meski itu apa yang seharusnya aku lakukan.....aku mahu merasakan hidup yang benar2 hidup...punya segala-galanya apa yang orang lain miliki yang aku cuma mampu fikirkan apakah aku masih mampu memilikinya atau aku akan tetap seperti ini......aku bukan juga ingin memiliki dunia ini yang nyata bukan milikiku...aku cuma mahu memilik apa yang INGIN SEKALI AKU MILIKI........tetapi untuk menyatakannya perlukah?

aku keliru.........................apa yang harus aku lakukan????????????????? aku bagai orang yang hilang harapan untuk membina impian sendiri yang kini hanya bersandar pada ketentuan menerima seadanya meski ianya sakit.......

Saturday, November 6, 2010

memandang cahaya yang suram......apakah rasanya?








aku sakit.....
bila menatap matamu
sadarku.....
bahawa engkau bukan milikku
aku sakit......
bilaku mengagumi mu
sadarku....
kau tak pernah mengagumi ku

bagunkan....
aku dari tidur panjangku
sadarkan....
aku dari mimpi tentangmu
kusalah....
bila ku berharap padamu
salahku....
paksa kau tuk mengagumiku

kau tak tahu perasaanku
dan
ku tak mahu kau tahu

aku sakit....
jika kau tahu hatiku
kerna....
diriku tak bererti bagimu
aku sakit....
bilakah kau sembuhkan aku
tak mungkin....
tak mungkin sungguh tidak mungkin.........

Thursday, November 4, 2010

penyelidikan kuantitatif kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan kaedah inkuiri positivis berdasarkan analisis numerikal data parametrik jenis skala interval dan nisbah yang bermodelkan reka bentuk kajian bukan-eksperimental jenis soal selidik jenis pensampelan probabiliti serta dipersembahkan dalam bentuk statistik deskriptif

ANALISIS JURNAL

Jurnal 1 :
Mohd Yusof Abdullah, Salleh Abd Rashid dan Zulkifil mohamed, ( 2008 ). Kekuatan hubungan motif, sikap dan latihan perguruan dengan profesionalisme keguruan pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA, Journal of Teaching and Teacher Education, volume 2, muka surat 281-292, pada Oktober 23 2010, daripada http://web.usm.my/education/MEDC/Vol2/6.%20KEKUATAN%20HUBUNGAN%20MOTIF,%20SIKAP%20DAN%20LATIHAN%20PERGURUAN.pdf.

Jurnal 2 :     
Zakaria Kasa dan Abdul Rahman Md. Aroff, ( 1995 ). Sikap dan masalah guru pelatih dalam menjalankan latihan mengajar, Jurnal Pertanika J. Soc.Sci. & Hum, volume 3 ( 2 ), muka surat 125-133, pada Oktober 26 2010, daripada  http://www.pdfsearchengine.org/psasir.upm.edu.my/.../Sikap_dan_Masalah_Guru_Pelatih_dalam_Menjalani.pdf.

1.0        Pengenalan

Penulisan ini akan memperjelaskan secara langsung bagaimana suatu penulisan penyelidikan kuantitatif kajian deskriptif yang melibatkan bidang kajian pendidikan dihasilkan berdasarkan penilaian terhadap aspek persamaan dan perbandingan antara dua jurnal yang difikirkan saling berkaitan ruang lingkup topik kajiannya, iaitu jurnal pertama berbicara tentang kekuatan hubungan motif, sikap dan latihan perguruan dengan profesionalisme keguruan pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA, manakal jurnal kedua pula menyentuh akan persoalan sikap dan masalah guru pelatih dalam menjalankan latihan mengajar. Penulisan antara kedua-dua jurnal ini difikirkan saling berkaitan ruang lingkupnya berikutan fokus permasalahan kajian yang masing-masing membicarakan akan persoalan sikap dalam kalangan pelajar program pendidikan walaupun mengetengahkan banyak perbezaan dari aspek penghasilan penulisan kajian. Ciri-ciri penulisan penyelidikan kuantitatif kajian deskriptif yang terdapat dalam kedua-dua jurnal ini jelas berdasarkan penggunaan pendekatan kaedah inkuiri positivis yang mana menekankan ketepatan bukti penyelidikan dengan menggunakan analisis numerikal data parametrik jenis skala interval dan nisbah berdasarkan kajian bukan-eksperimental jenis soal selidik sebagai model penyelidikan yang berfokuskan jenis pensampelan probabiliti dalam usaha menghuraikan sesuatu proses atau situasi berdasarkan pengalaman yang nyata dalam bentuk statistik deskriptif. Secara umumnya, jurnal pertama cuba mengetengahkan akan permasalahan kajian berkaitan kekuatan hubungan motif, sikap dan latihan perguruan dengan profesionalisme keguruan pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA yang berbentuk secara langsung dan tidak langsung berdasarkan Teori Aksi Bersebab dan Teori Tingkah Laku Terancang yang melibatkan sampel kajian sebanyak 650 orang pelajar yang dipilih secara rawak mudah, strata dan berkelompok sebagai responden soal selidik bagi menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p < .05 menggunakan perisian Analysis of Moment Structures ( AMOS Versi 4.01 ). Manakala, jurnal kedua pula secara keseluruhannya menerangkan tentang persoalan sikap dan masalah guru pelatih dalam menjalankan latihan mengajar yang secara tidak langsung mempunyai hubungan yang sigifikan dengan latar belakang responden dalam kalangan guru pelatih UPM yang menjalani latihan mengajar pada semester Disember 1993/94 sebanyak 215 orang sebagai sampel kajian kelompok bersistematik yang dianalisis menggunakan perisian SPSSPC+ pada aras signifikan p < .05.
2.0        Tujuan

Secara umumnya, kedua-dua jurnal ini adalah bertujuan untuk menguji teori, membina fakta, menunjukkan perbezaan dan perhubungan, meramal tingkah laku serta menerangkan kejadian secara statistik berikutan kewujudan permasalahan yang telah dikenalpasti, iaitu mengenal pasti profesionalisme keguruan berdasarkan motif, sikap dan latihan perguruan dalam kalangan pelajar tahun akhir program pendidikan di IPTA berpandukan Teori Aksi Bersebab dan Teori Tingkah Laku Terancang yang telah dispesifikkan dalam kajian jurnal kedua, mengenal pasti sikap guru pelatih Universiti Pertanian Malaysia ( UPM ) terhadap latihan mengajar dan masalah yang dihadapi semasa menjalani latihan mengajar dalam menentukan kewujudan perhubungan antara sikap guru pelatih terhadap latihan mengajar dengan pembolehubah latar belakang dan masalah yang dihadapi yang mana hasil daripada kedua-dua penyelidikan ini diharap dapat dimanafaatkan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan khususnya.

3.0        Hipotesis

Hipotesis dalam penyelidikan umunya merupakan ramalan pengkaji tentang perhubungan dan perbezaan yang mungkin wujud antara pembolehubah bebas ( variabel independen ) dengan pembolehubah bersandar ( variabel dependen ) yang bersifat jangkaan mengenai isu atau masalah sebelum data dipungut yang boleh diperhatikan dengan jelas dalam jurnal pertama, iaitu pengkaji mengandaikan tidak terdapat hubungan secara langsung yang signifikan antara variabel bebas motif, sikap dan latihan perguruan dengan variabel bersandar profesionalisme keguruan dalam kalangan responden tahun akhir program pendidikan IPTA yang tidak dinyatakan secara jelas dalam penulisan jurnal kedua akan bentuk hipotesis pengkaji terhadap permasalahan kajian yang ingin dibuktikan, iaitu hubungan antara pembolehubah bebas sikap dengan latar belakang dan masalah dalam menjalani latihan mengajar sebagai pembolehubah bersandar. Namun, kedua-dua jurnal ini jelas mengetengahkan jenis hipotesis asosiatif, iaitu menjelaskan bagaimana pembolehubah-pembolehubah dihubungkaitkan di antara satu sama lain.

4.0        Permasalahan

Permasalahan merupakan faktor pertimbangan utama sama ada kajian akan atau perlu dilakukan atau tidak, secara umumnya kedua-dua jurnal ini secara jelasnya mengetengahkan permasalahan kajian penyelidikan yang berbeza yang bersumberkan replikasi kajian lepas, misalnya permasalahan yang wujud dalam kajian penyelidikan jurnal pertama berikutan wujudnya krisis profesionalisme keguruan sebagai agen utama pembentuk model insan berminda kelas pertama dan pemacu pembangunan ekonomi negara menjadi isu akibat tanggapan negatif masyarakat yang dibuktikan benar hasil daripada dapatan kajian lepas yang berpunca daripada sikap guru itu sendiri yang mempengaruhi tahap profesionalismenya walaupun telah wujud perubahan dalam perlaksanaan dan pengisian program pendidikan di IPTA. Maka, penulisan kajian penyelidikan ini cuba untuk menyelesaikan perhubungan pembolehubah-pembolehubah yang signifikan dengan profesionalisme dalam kalangan pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA. Begitu juga halnya dengan jurnal kedua, mengkaji perhubungan pembolehubah sikap dengan latar belakang dan masalah dalam menjalankan latihan mengajar berikutan permasalahan yang wujud dalam menjalankan latihan mengajar yang disifatkan mempunyai perhubungan yang signifikan dalam penentuan sikap terhadap latihan mengajar sehingga mencetuskan sikap mengajar bukan sepertimana mereka diajar untuk mengajar tetapi dengan cara yang mereka telah diajar.

5.0        Responden kajian

Responden kajian dalam penulisan kedua-dua jurnal penyelidikan ini dipilih berdasarkan pensampelan probabiliti, iaitu dipilih secara rawak mudah, strata dan berkelompok serta kelompok bersistematik bagi mewakili populasinya secara keseluruhan dalam menentukan tahap peratusan ( % ) kepercayaan perwakilan sampel. Misalnya dalam jurnal pertama, pengkaji memilih responden kajian secara rawak mudah, strata dan berkelompok yang terdiri daripada 650 orang pelajar tahun akhir program pendidikan di empat buah IPTA yang menawarkan program pendidikan mewakili empat zon iaitu, Zon 1, Sabah dan Sarawak ( UMS dan UNIMAS ), Zon 2, Utara Semenanjung Malaysia ( USM dan UUM ), Zon 3, Tengah Semenanjung Malaysia ( UPSI, UKM, UITM, UPM, UM dan UIAM ) dan Zon 4, Selatan Semenanjung Malaysia ( UTM dan KUiTTHO ).

Jadual 1 : Penentuan Populasi Kajian Kekuatan Hubungan Motif, Sikap dan Latihan Perguruan dengan Profesionalisme Keguruan Pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan IPTA
 
  Pengkaji dalam jurnal kedua pula memilih responden secara kelompok bersistematik sebanyak 215 orang daripada 430 orang guru pelatih berdasarkan senarai nama setiap program pengajian, iaitu 50% guru pelatih daripada setiap program pendidikan perguruan dipilih secara rawak bersistematik bagi nama yang bernombor ganjil dalam senarai nama guru pelatih yang menjalani latihan mengajar pada semester Disember 1993/94 yang diperoleh daripada Urusetia Latihan Mengajar dan Pratikum Kaunseling ( LMPK ), Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.

6.0        Lokasi kajian

Lokasi kajian secara keseluruhannya mengfokuskan responden pelajar IPTA dalam Malaysia, iaitu Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) di Sabah, Universiti Utara Malaysia ( UUM ) di Kedah , Universiti Putra atau Pertanian Malaysia ( UPM ) di Selangor dan Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) di Johor.


7.0        Instrumen Kajian

Penulisan penyelidikan dalam kedua-dua jurnal ini menggunkan instrumen kajian bukan-eksperimental jenis soal selidik kajian membujur jenis soalan bercapah sebagai model penyelidikan kajian tinjauan suatu idea, pandangan atau gambaran isu dan situasi secara mendalam melalui soalan-soalan selidik untuk pengeneralisasian data statistik perwakilan populasi yang luas agar boleh dimanipulasikan bagi mengenal pasti fakta-fakta yang boleh digunakan untuk menguji hipotesis atau menambah kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu teori yang jelas boleh dilihat dalam jurnal kedua yang menggunakan soal selidik kajian membujur jenis soalan bercapah skala jumlah tetap dan kadar sebanyak 115 soalan, iaitu soalan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh 215 orang guru pelatih semasa menjalani latihan megajar dan juga untuk mengukur sikap mereka berdasarkan 80 item soalan yang merupakan senarai aktiviti semasa menjalani latihan mengajar bagi mengukur darjah kesukaran berdasarkan skala 1 sebagai tidak sukar, 2 sedikit sukar, 3 sukar dan 4 sangat sukar yang kemudiannya disatukan kepada skala tidak sukar bagi skala 1 dan 2  dan sukar bagi skala 3 dan 4. Manakala, bagi mengukur sikap guru pelatih terhadap latihan mengajar, sebanyak 35 item soalan jenis skala kadar dibentuk berdasarkan skala 1 sangat tidak setuju, 2 tidak setuju, 3 tidak pasti, 4 setuju dan 5 sangat setuju yang telah diuji kesahan muka dan kandungannya oleh enam orang pensyarah Fakukti Pengajian Pendidikan UPM dan telah dikaji rintis oleh 30 orang pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan UPM yang akan keluar menjalani latihan mengajar tetapi tidak terpilih sebagai sampel kajian. Bagi megukur kebolehpercayaan instrumen pula, Gronbach al-pha digunakan dan mendapati .85 sebagai pekali kebolehpercayaan sikap dan .83 sebagai pekali darjah kesukaran dalam melakukan aktiviti semasa latihan mengajar. Soalan soal selidik dalam jurnal pertama pula terbahagi kepada lima bahagian, iaitu ciri demografi, motif memilih profesion keguruan, sikap terhadap profesion keguruan, latihan dalam profesion keguruan dan profesionalisme keguruan sebanyak 127 item soalan berdasarkan kepada tinjauan literatur dan dapatan kajian terdahulu ( Kyriachou et al., 1999; Yong, 1994 & 1995; Abd Ghani, 1987; Noran Fauziah, 1988; Mohd Yusof, 2002; BPPDP, 1988; Josep & Green, 1986; BPG, 1998; Abdul Rahman et al., 2002; Abdul Rahim, 2005; Flores & Shiroma, 2001 ).

Jadula 2 : Kandungan Soal Selidik Pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan IPTA




8.0        Alat atau kaedah kajian


Kedua-dua jurnal ini menggunakan reka bentuk penyelidikan jenis kuantitatif kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan kaedah inkuiri positivis yang mana menekankan ketepatan bukti penyelidikan dengan menggunakan analisis numerikal data parametrik jenis skala interval dan nisbah berdasarkan kajian bukan-eksperimental jenis soal selidik sebagai model penyelidikan yang berfokuskan jenis pensampelan probabiliti dalam usaha menghuraikan sesuatu proses atau situasi berdasarkan pengalaman yang nyata dalam bentuk statistik deskriptif yang menggunakan kaedah bercantum, iaitu menggunakan kaedah tinjauan sampel bagi mengumpul maklumat mengenai pembolehubah kajian daripada sebahagian populasi terpilih dengan menggunakan soal selidik yang hasilnya dianalisis menggunakan perisian Analysis of Moment Structures ( AMOS Versi 4.01 ) dan SPSSPC+ pada aras signifikan p < .05. Secara jelas boleh dilihat dalam jurnal kedua, pengkaji menghuraikan alat atau kaedah yang digunakan untuk menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah yang ingin dikaji berdasarkan data deskriptif yang diperolehi dengan menggunakan perisian SPSSPC+ dalam bentuk peratusan statistik menggunakan pekali kolerasi Point Biserial ( rpb ) bagi menentukan hubungan antara pembolehubah jantina, pengalaman mengajar dan masalah yang dihadapi dengan sikap terhadap latihan mengajar dan pekali Phi bagi menentukan hubungan antara pembolehubah aktiviti yang bermasalah denagn jantina dan pengalaman mengajar.

9.0        Hasil atau dapatan kajian

Hasil atau dapatan analisis dan interpretasi data kuantitatif daripada kedua-dua jurnal ini dipersembahkan dalam bentuk statistik deskriptif bagi membolehkan penyelidik membuat pentafsiran bagi menguji kebenaran hipotesis terhadap pembolehubah-pembolehubah bebas yang mempuanyi perhubungan yang signifikan dengan pembolehubah bersandar. Misalnya, dalam jurnal pertama pengkaji mendapati hipotesisnya tidak benar kerana wujud hubungan signifikan secara langsung dan tidak langsung motif, sikap dan latihan perguruan dengan profesionalisme keguruan pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA berikutan wujud kolerasi positif yang signifikan daripada peringkat rendah ke peringkat tinggi antara skor pembolehubah motif, sikap dan latihan perguruan dengan profesionalisme keguruan pada aras signifikan p < .05 dengan nilai pekali kolerasi antara pembolehubah kajian antara .429 hingga .946, iaitu hubungan positif yang signifikan antara motif dengan sikap ( r = .634, p < .01 ), motif dengan latihan perguruan ( r = .429, p < .01 ), motif dengan profesionalisme ( r = .495, p < .01 ), sikap dengan latihan ( r = .555, p < .01 ), sikap dengan profesionalisme ( r = .646, p < .01 ) dan latihan dengan profesionalisme ( r = .946, p < .01 ).

Jadual  3 : Hubungan Motif, Sikap dan Latihan Perguruan dengan Professionalisme Keguruan Responden Tahun Akhir ( n = 650 )

Malah dari sudut analisis laluan didapati kesemuannya signifikan pada aras p < .05, iaitu sikap dengn latihan ( β = .800, p < .05 ), motif dengan latihan ( β = .203, p < .05 ),latihan dengan profesionalisme ( β = .753, P < .05 ), motif dengan profesionalisme ( β = .047, P < .05 ) dan sikap dengan profesionalisme ( β = .233, p < .05 ).

Jadual 4 : Anggaran Wajaran Piawaian Regresi Laluan Terhadap Model Hubungan Responden Tahun Akhir ( n = 650 )

Kolerasi positif yang signifikan daripada peringkat rendah ke peringkat tinggi antara skor pembolehubah motif, sikap dan latihan perguruan dengan profesionalisme keguruan pada aras signifikan p < .05 berdasarkan kesemua laluan ini didapati hubungan secara langsung paling tinggi ditunjukkan oleh pembolehubah latihan ( 75% ) berbanding degan sikap ( 23% ) dan motif ( 5% ) terhadap profesionalisme dengan anggaran hubungan secara langsung pembolehubah motif dan sikap sebanyak 24% terhadap latihan dan hubungan secara langsung dan tidak langsung pembolehubah motif, sikap dan latihan sebanyak 2% terhadap profesionalisme, menjelaskan bahawa pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA mempunyai struktur latihan dan sikap sedia ada dalam mencapai tahap profesionalisme keguruan setelah tamat pengajian yang diikuti tetapi motif yang rendah untuk menceburi program pendidikan IPTA yang menjejaskan tahap profesionalisme mereka sebagai guru.

Jadual 5 : Model Hubungan Analisis laluan Responden Tahun Akhir Program Pendidikan IPTA ( n = 650 )

Dapatan dalam penyelidikan jurnal kedua juga turut memaparkan wujud hubungan yang signifikan antara pembolehubah bebas sikap dan  masalah dengan pembolehubah bersandar latihan mengajar yang turut dipengaruhi oleh latar belakang responden berdasarkan jantina ( 90 ( 52.0% )  orang lelaki dan 83 ( 48.0% ) orang perempuan ) dan pengalaman mengajar ( 105 ( 60.7% ) orang adalah bekas guru dan 68 ( 39.3% ) orang bukan bekas guru ) melibatkan  173 ( 80.5% ) responden daripada 215 yang mengembalikan soal selidik. Dari apek perhubungan yang signifikan antara masalah dengan jantina dan pengalaman mengajar, lebih 50% guru pelatih perempuan bukan bekas guru menghadapi kesukaran dalam semua lapan aktiviti tersebut dan lebih 50% juga guru pelatih lelaki menghadapi kesukaran dalam menyediakan berbagai-bagai jenis soalan, mengingat semua nama murid yang diajar dan mengatasi masalah kewangan.

Jadual 6 : Aktiviti Bermasalah Mengikut Jantina Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan Mengajar

Dari segi perhubungan masalah dengan pengalaman mengajar, lebih 50% guru pelatih bukan bekas guru menghadapi kesukaran dalam semua lapan aktiviti berbanding guru pelatih bekas guru yang hanya menghadapi kesukaran untuk mengingat semua nama murid yang diajar dan mengatasi masalah kewangan walaupun mencatatkan peratusan yang sama, iaitu lebih 50 %.

Jadual 7 : Aktiviti Bermaslah Mengikut Pengalaman Mengajar Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan Mengajar

Dari segi sikap pula, wujud perhubungan positif yang signifikan dengan latihan mengajar, iaitu min = 3.0, sd = .50. Namun secara keseluruhannya, pengkaji berjaya menunjukkan wujudnya perhubungan yang signifikan antara sikap berdasarkan latar belakang ( jantina dan pengalaman mengajar ) dengan masalah dalam menjalani latihan mengajar walaupun rendah, iaitu guru pelatih perempuan lebih banyak berbanding lelaki menghadapi kesukaran memilih alat bantu mengajar yang sesuai dan memilih kaedah mengajar yang sesuai, manakala guru pelatih bukan bekas guru lebih banyak berbanding guru pelatih bekas guru menghadapi kesukaran mengatasi masalah kerisauan, memilih kaedah mengajar yang sesuai dan mengatasi masalah kewangan.

Jadual 8 : Hubungan Antara Jantina dan Pengalaman Mengajar dengan Aktiviti Bermasalah 

Namun bukan semua pembolehubah ini berkadar terus bentuk hubungannya, misalnya jantina tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap guru pelatih terhadap latihan mengajar ( rpb = .04, p > .05 ) kerana tidak terdapat perbezaan sikap antara guru pelatih perempuan dan lelaki terhadap latihan mengajar tetapi pengalaman mengajar mempunyai hubungan sederhana yang signifikan dengan sikap guru pelatih terhadap latihan mengajar ( rpb = .40, P < .05 ) kerana guru pelatih bukan bekas guru mempunyai sikap lebih positif daripada guru pelatih bekas guru dengan min = 3.2 dan 2.8.

Jadual 9 : Hubungan antara Sikap Guru Pelatih Terhadap Latihan Mengajar dengan Janitna, Pengalaman Mengajar dan Aktiviti Bermasalah ( n = 173 )

Malah masalah dalam menjalani latihan mengajar menunjukkan hubungan signifikan dengan sikap guru pelatih yang sangat rendah, iaitu memilih kaedah yang sesuai ( rpb = .18, p < .05 ) dan menyediakan alat bantu mengajar ( rpb = .18, P < .05 ) kerana guru pelatih yang tidak menghadapi kesukaran tersebut bersikap lebih positif.

Jadual 10 : Jadual Min Sikap Guru Pelatih Terhadap Latihan Mengajar Mengikut Kesukaran Aktiviti ( n =173 )

10.0     Implikasi

Implikasi daripada kedua-dua jurnal ini menunjukan keperluan cadangan untuk mengambil tindakan bagi menyelesaikan permasalahan yang telah dikaji, misalnya dalam jurnal pertama keperluan untuk mewujudkan profesionalisme keguruan dalam kalangan bakal guru perlulah mengambil kira gagasan motif, sikap dan latihan perguruan disamping ciri demografi seperti jantina, tempat asal, kaum, tempoh ingin menjadi guru dalam bidang pengkhususan yang diikuti di IPTA dengan memberikan perhatian serius terhadap pembolehubah motif kerana pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA tidak mempuanyi motif untuk menceburi program pendidikan IPTA dan langkah Kementerian Pengajian Tinggi untuk menentukan standard guru Malaysia dengan mewajibkan calon-calon guru menjalani sesi penapisan MedSI adalah bertepatan. Manakala, dalam jurnal kedua pula keperluan mengabungjalinkan kursus kaedah mengajar dengan kursus teknologi pendidikan adalah perlu bagi menyelesaikan permasalahan kesukaran pemilihan alat bantu mengajar yang sesuai yang harus ditunjukcara penggunaannya oleh pensyarah selaras dengan kemudahan yang disediakan di sekolah serta harus didedahkan dengan alam persekolahan sebelum diselia agar dapat mengelak berlakunya perasaan tegang dan kerisauan sehingga menyebabkan guru pelatih tidak suka kepada cara penyeliaan, maka dalam masa yang sama penyelia harus mengikuti kursus bagi mempertingkatkan teknik dan cara penyeliaan dan adalah difikirkan keperluan untuk mengecualikan guru pelatih bekas guru daripada menjalani latihan mengajar berikutan dapatan kajian yang jelas menunjukkan mereka lebih bersikap dingin terhadap latihan mengajar kerana merasakan latihan mengajar tidak banyak menyumbang kepada perkembangan profesionalisme berbanding pengalaman mereka berikutan prestasi mereka yang jauh lebih cemerlang berbanding guru pelatih bukan bekas guru.


11.0     Rumusan

Secara keseluruhannya, terdapat banyak perbezaan dan sedikit persamaan dalam penulisan kedua-dua jurnal penyelidikan ini walaupun merupakan jenis penyelidikan yang sama, iaitu jenis penyelidikan kuantitatif kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan kaedah inkuiri positivis berdasarkan analisis numerikal data parametrik jenis skala interval dan nisbah yang bermodelkan reka bentuk kajian bukan-eksperimental jenis soal selidik jenis pensampelan probabiliti serta dipersembahkan dalam bentuk statistik deskriptif. Namun, dari segi penyampaian penulisan laporan penyelidikan jurnal pertama lebih mudah dikesan sebagai penyelidikan kuantitatif kerana turut dinyatakan oleh pengkaji berbanding jurnal kedua, malah pengklasifikasian pembolehubah bebas dan bersandar juga mudah dilakukan dalam jurnal pertama, iaitu motif, sikap dan latihan perguruan sebagai pembolehubah bebas yang mempunyai hubungan signifikan dengan profesionalisme keguruan pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA sebagai pembolehubah bersandar yang tidak mengambil kira latarbelakang responden menyebabkan dapatan kajian adalah menyeluruh tanpa mengambil kira ciri demografi yang berkaitan berbanding jurnal kedua, pembolehubah bebas sikap dan masalah dikaitkan dengan latarbelakang responden dari segi jantina dan pengalaman mengajar yang mempuanyi perhubungan yang signifikan dengan latihan mengajar sebagai pembolehubah bersandar. Perbezaan kedua yang ketara boleh dilihat dari aspek pensampelan, jurnal pertama menggunakan pensampelan probabiliti secara rawak mudah, strata dan berkelompok yang melibatkan jumlah responden yang besar, iaitu sebanyak 650 orang yang melibatkan empat IPTA yang menawarkan program pendidikan bagi mewakili empat zon, iaitu UMS ( Zon 1, Sabah dan Sarawak ), UUM ( Zon 2, Utara Semenanjung ), UPM ( Zon 3, Tengah Semenanjung ) dan UTM ( Zon 4, Selatan Semenanjung ) berbanding pensampelan jurnal kedua secara kelompok bersistematik yang melibatkan 215 responden pelajar setiap program pendidikan UPM, iaitu jumlah yang sederhana berbanding jurnal pertama namun dapatan daripada kedua-dua jurnal ini digeneralisasikan kepada semua populasi kajian, iaitu pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA dan guru pelatih UPM yang menjalani latihan mengajar pada semester Disember 1993/94. Perbezaan ketiga pula melibatkan alat atau kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji namun masing-masing menggunakn aras signifikan p < .05 bagi menguji hubungan antara setiap pembolehubah dengan menggunakan perisian Analysis of Moment Structures ( AMOS Versi 4.01 ) dan SPSSPC+ yang dipersembahkan dalam bentuk stastistik deskriptif. Secara keseluruhan, apabila permasalahan yang diutarakan berbeza fokusnya maka adalah menjadi kebiasaan wujudnya pelbagai perbezaan yang lebih banyak berbanding persamaan walaupun melibatkan bidang kajian yang sama, iaitu bidang kajian pendidikan, namun persamaan yang paling ketara adalah penulisan kajian penyelidikan adalah bersumberkan replikasi kajian lepas yang diuji kesahan dan kebolehpercayaannya instrumennya menggunakan Gronbach al-pha.

Tuesday, November 2, 2010

impian dalam kekeliruan.....



setiap orang punya keinginan...impian yang tersendiri apa yang ingin dan harus dimilikinya...tetapi pernah kah kita berfikir antara kesemua impian itu apakah impian yang sangat sukar dimiliki walaupun dengan nyata kita memilikinya?
petang semalam aku melihat filem 'laskar pelangi'.....kata cikgu muslamah....."impiku bukan khawin dengan saudagar tapi impiku menjadi seorang guru"........
langsung aku berfikir, berapa banyak kah guru didunia ini yang sanggup mengorbankan segala kepentingan peribadi semata-mata agar menjadi guru yang benar-benar sejati.....mengajar dalam segala kekurangan yang tidak pernah dialami sendiri selama bergelar pelajar.......tapi ya....setiap orang punya hak untuk mendapat pendidikan meski ianya cuma tidur di simpang jalan.....namun berapa banyakkah ibubapa yang sedar akan hakikat ini dan bagaimana pula dengan anak-anak tersebut? sanggup kah mereka yang tidak mengerti apa-apa berkorban bagi mencapai kejayaan?
...................................
bolehkah aku bebas seperti burung-burung diudara?
walau tidak pasti apa impinya....tapi ya sekurang-kurangnya tidak menyusahkan sesiapa untuk mencapai impian sendiri......
kadang-kadang berfikir untuk orang lain itu suatu perkara yang lebih berat berbanding memikirkan diri sendiri....
memutuskan untuk hidup bersama dengan seseorang yang kita cintai bukanlah suatu yang terindah apabila memikirkan adakah kita sentiasa akan memikirkan apa yang terpenting untuk berdua atau untuk sendiri?
kadang-kadang aku lebih berharap menjadi anak kecil yang tidak mengerti apa-apa agar aku tidak sakit memiliki impian yang sudah tidak boleh aku miliki.........
aku mengharap cahaya tetapi akhirnya aku sendirian mencari cahaya itu.........

Thursday, October 28, 2010

JANJI CINTA SEJATI
bayangkan andai mentari terbitnya malam?
renungkan bila ulat berkaki empat?
tetapi,
bagaimana bila siang meninggalkan alam?
pasti gelap menemani alam,
24 jam sehari,
7 hari seminggu,
4 minggu sebulan,
12 bulan setahun,
 berjalan dalam kepekatan malam
kalimantang,
neon,
mentol,
bagaikan benih-benih pokok sementara Cuma,
menghijau terang daunnya,
kuning pinang gemerlapan,,
ah,
jangan kau silap!
semuannya itu bukannya bintang,
hadirnya juga hanya  sementara Cuma,
bagaikan garam yang mengasinkan insan-insan yang tawar,
biar enak manusia yang hanyut,
yang menghilang bila terbitnya siang,
walau ingin hadir namun tidak sekalipun dinginkan,
jangan kau ragu,
bila siang berbicara
kerna janjinya bukan martabak,
bisa basi bila esoknya,
bukan juga janji pak pandir,
kadang benar kadang tidak,
janjinya cinta sejati,
tiada saksi,
tiada memorandum,
bukan persimis,
kerana  siang akan selalu ada,
satu saat ada menaya,
bilang siang dan malam tidak boleh dipisahkan,
kerna itu siang tidak akan pernah meninggalkan alam,
lalu mengapa mempersoalkan siang dan malam?
lantas alam menjawab....
tanyalah kepada penciptan-nya...