Monday, October 25, 2010

PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


Pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu
1.0   Pendahuluan
1.1                    Pengenalan
Menurut Abdullah Hassan ( 2005:14 ), keperluan manusia untuk berkomunikasi menyebabkan terbitnya bahasa yang banyak dalam dunia ini malah setiap bangsa mempuanyi satu atau lebih bahasa yang mempuanyi sejarahnya yang tersendiri dan berdasarkan kajian beliau terdapat empat belas golongan besar bahasa ( Indo-Eropah, Semit-Hemit, Ural, Altaik, Sino-Tibet, Austronesia, Irian, Bantu, Dravidia, Khoisan, Niger-Kongo, Makro-Sudan, Amerika Utara dan Amerika Latin ) yang digunakan dalam dunia ini. walaupun begitu, penulisan ini tidak mengkaji kesemua golongan bahasa tersebut tetapi hanya mengfokuskan kepada pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu yang diklasifikasikan oleh beliau sebagai golongan bahasa keenam dalam dunia iaitu dalam kelompok bahasa Austronesia yang secara terperinci akan dibincangakan dalam penulisan ini.

1.2                    Objektif
Adalah agak sukar untuk memperjelaskan secara terperinci keseluruhan sejarah dalam pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu kerana keterbatasan dalam mendapatkan sumber, walaupun begitu penulisan ini akan cuba mengupas kembali segala perancangan yang digariskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka amnya dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu dalam aspek pembinaan dan perkembangan. Aspek pembinaan yang akan ditekankan dalam penulisan ini membicarakan pembinaan atau perancangan korpus bahasa dari segi istilah, kosa kata, laras bahasa, ejaan, sebutan dan tatabahasa tanpa menafikan akan wujudkan pinjaman bahasa asing mengikut keperluan dalam Bahasa Melayu yang sangat diperlukan  dalam semua bidang. Bagi aspek perkembangan, adalah menjadi suatu yang sinonim dalam penulisan untuk membicarakan kronologi perkembangan mengikut zaman peralihan status bahasa, tetapi penulisan ini akan membicarakan perkembangan Bahasa Melayu mengikut tahun, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 11990 hingga 2000 atas rasional, adalah menjadi keperluan untuk mengupas isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan Bahasa Melayu bagi menilai sejauhmana usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadikan Bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia yang mampu menjadi pengerak kepada pembangunan negara dalam semua bidang.

1.3                    Kaedah
Kaedah yang digunakan dalam kajian penulisan ini adalah menggunakan kaedah kajian perpustakaan berdasarkan sumber buku yang didapati secara langsung mahupun tidak langsung dengan menggunakan laman web.

1.4                    Batasan
Segala sesuatu kajian memiliki batasnya tersendiri, maka dalam kajian penulisan ini adalah tidak dinafikan wujudnya batasan dalam mendapatkan sumber yang tepat dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh masa yang terhad.  Dalam aspek penelitian kajian penulisan pula, kajian adalah terbatas kepada aspek pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu semata-mata, ini bermakna kajian penulisan ini tidak akan membincangkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kajian mengenai Bahasa Melayu ini turut menyentuh perkaitan perkembangannya berdasarkan perubahan dunia semasa yang sukar sekali mengetepikan akan isu-isu yang menyumbang kepada perkembangannya yang dimaninkan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Batasan kajian penulisan juga berhadapan dengan kesukaran mendapatkan data terbaru kerana tidak dapat menjalankan kajian lapangan bagi meneliti kebenaran isu-isu tersebut.

1.5                    Definisi Konsep
Konsep yang harus difahami dalam kajian penulisan ini adalah berkisar kepada kehendak tajuk kajian, iaitu pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu. Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa daripada sudut korpus bahasanya atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa yang menyentuh aspek kosa kata, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah berjaya dilakukan secara terancang selepas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 yang pada awalnya menjalankan fungsi sebagai jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf kemudiannya menjadi badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa selepas lulusnya Akta DBP 1959.
Perkembangan bahasa Melayu pula menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat ( 2009: 39 ), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500 masihi ), Bahasa Melayu kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12 masihi ), Bahasa Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai berdasarkan perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkan sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 1990 hingga 2000 bersesuaian dengan perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran Razak ( 1956 ) menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara ini yang turut disokong oleh Awang Sariyan  ( 2002 ).


2.0   Sejarah ringkas Bahasa Melayu
Sehingga ke hari ini banyak sejarawan yang merumuskan akan hal asal usul Bahasa Melayu sebagai suatu yang masih kabur yang masih memerlukan kajian lanjut dan mendalam, maka penulisan ini secara tidak langsung akan membincangkan secara ringkas berkaitan sejarah Bahasa Melayu dari aspek konsep etimologi ( perkataan ) dan bangsa, salasilah dan hipotesis tempat asal Bahasa Melayu.

2.1               Konsep etimologi dan bangsa
Dari aspek etimologi atau perkataan, ‘Melayu’ menurut Zuber Usman dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006:  ), berasal daripada perkataan ‘Himalaya’ yang telah disingkatkan kepada ‘Malaya’ yang kemudiannya menjadi ‘Melayu’. Selain itu, terdapat juga pengkaji yang mengutarakan bahawa ‘Melayu’ berasal daripada perkataan ‘Malaiyur-pura’ yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak 1 di Sumatera Barat yang akhirnya menimbulkan perkataan malaiyur = malaiyu = malayu = melayu. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006:  ), perkataan ‘Melayu’ berasal daripada perkataan Jawa Kuno dan Baru, iaitu ‘Mlaya’ dan ‘Mlayu’ yang membawa maksud lari. Tambahan beliau lagi, perkataan ‘ Melayu’ turut merujuk kepada kerajaan, iaitu berasal daripada perkataan ‘Malayu’ yang merujuk kepada sebuah kerajaan yang berpusat di Muara Jambi pada abad ke-7 ( 644 M ) yang mendapat nama sempena nama sebatang sungai, iaitu ‘Sungai Malayu’ yang sangat deras arusnya selaju orang berlari yang disifatkan mempuanyi pengertian yang sama dalam Bahasa Jawa.
Dari aspek konsep perkataan ‘Melayu’ berdasarkan bangsa adalah merujuk kepada teori awal perpindahan golongan manusia yang diberi nama Austronesia dari daerah Yunan ke wilayah Asia Tenggara, iaitu Melayu Proto ( 2500 M ) dan Melayu Deutro ( 1500 M ) menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 3 ). Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 11 ) pula, penggunaan perkataan ‘Melayu’ pada abad ke-17 merujuk kepada istilah yang lebih luas yang merangkumi suku bangsa serumpun di Nusantara merujuk kepada istilah UNESCO ( 1972 ).
“......Melayu itu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama, bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama,berkulit sawo matang, rambut lurus dan tinggi yang sederhana dan penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar yang merupakan satu stock bangsa yang sejak beberapa lama dahulu dikenali sebagai Malayo-Polynesia ( Melayu-Polinesia ) atau Austronesia....”

Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia sendiri menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 8 ), Perkara 160 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 mengariskan ‘Melayu’ sebagai seseorang yang berbahasa melayu, berkebudayaan melayu dan beragama Islam.

2.2               Salasilah Bahasa Melayu
Kajian salasilah Bahasa Melayu akan merujuk kepada asal usul atau keturunan Bahasa Melayu itu sendiri yang mana menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 3-4 ), berasal dari rumpun bahasa Austronesia yang tergolong dalam satu keluarga bahasa besar bahasa Austris ( Austroasia, Tibet-Cina dan Austronesia – Nusantara, Polinesia, Melanesia dan Mikronesia ) dalam cabang Nusantara, iaitu jumlah bahasa yang paling banyak merangkumi 16 golongan kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Hal ini turut diutarakan oleh Kamal Shukri Abdullah Sani ( 2007: 2 ), bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang berasal dari rumpun bahasa Austronesia ( Nusantara Barat dan Timur, Melanesia dan Polinesia ) dalam kelompok Nusantara Barat ( Malagasi, Acheh, Melayu, Jawa,Sunda, Dayak, Tagalog, Sibu, Bisaya dan lain-lain ) yang digunakan di sebelah timur gugusan pulau-pulau Melayu dan Nusantara sejak abad pertama masihi menurut Abdullah Hassan ( 2005:23).
Hal ini turut diutarakan oleh James T.Collins ( 2005 ), iaitu kewujudan akan Bahasa Melayu sebagai salah satu komponen daripada 1000 bahasa yang terpenting dalam rumpun bahasa Austronesia yang terbentuk di Taiwan yang kemudiannya tersebar dibahagian selatan, timur dan barat melalui Filipina yang turut mempunyai perhubungan dengan bahasa-bahasa Polinesia menurut William Marsden ( 1754-1836 M ) dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 1 ) yang banyak mengkaji bahasa di Asia Tenggara dalam karya penulisannya, seperti A Dictionary of the Malayan Language dan A Grammar of the Malayan Language ( 1812 ) dan sehingga sekarang dikenali sebagai Bahasa Melayu-Polinesia oleh Wilhelm Von Humboldt ( 1767-1835 ) dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 2 ) berdasarkan perincian hubungan antara bahasa-bahasa di Asia Tenggara yang serumpun dalam karyanya Uber die Kawisprache auf der Insel Java ( 1836 ) yang turut disokong oleh Abdullah Hassan ( 2005: 23 ) berdasarkan jadual yang telah diambil dari Crowely ( 1987 ) dalam James T.Collins ( 2005: 3 ). Walaupun begitu, terdapat juga pengkaji barat, seperti John Crawfurd dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 2 ) yang tidak mempersetujui perkaitan yang wujud antara Bahasa Melayu dengan Polinesia kerana tidak sekeluarga.

2.3               Hipotesis tempat asal Bahasa Melayu
Menurut Northefer ( 1996 ) dalam James T.Collins ( 2005 ), kesepekatan ahli-ahli arkeologi menyatakan bahawa Bahasa Melayu di kepulauan gugusan Melayu bermula di Kalimantan sebelum tersebar di bahagian barat menyeberangi Laut China Selatan pada 100 masihi dahulu melalui Pulau Tambela dan Riau sebelum ke Sumatera dan ke selatan Benua Asia atau kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama juga tidak dinafikan berlaku penyebaran Bahasa Melayu di bahagian utara, selatan dan timur sehingga ke barat Pulau Luzon yang kini dikenali sebagai Teluk Manila dan seterusnya di bahagian timur kepulauan Maluku ( Indonesia ).
Kewujudan penggunaan Bahasa Melayu turut dibuktikan oleh Bede dalam James T.Collins ( 2005 ), pada abad ke-8 dalam Caedmon’s Hymn to the Creator yang menyatakan akan wujudkan tulisan teks tertua Bahasa Melayu bertarikh 682 masihi di atas batu di Sumatera yang mengadaptasi ortografi india berdasarkan palawa yang dikenali sebagai teks Bahasa Melayu Kuno.

3.0   Pembinaan Bahasa Melayu
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa daripada sudut korpus bahasanya atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa yang menyentuh aspek kosa kata, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah berjaya dilakukan secara terancang selepas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 yang pada awalnya menjalankan fungsi sebagai jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf kemudiannya menjadi badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa selepas lulusnya Akta DBP 1959.

3.1               Pembinaan Istilah Bahasa Melayu
Umumnya istilah merupakan perkataan yang mempunyai makna khas mengikut bidang ilmu pengetahan tertentu yang menerangkan  makna, konsep proses, keadaan atau sifat khusus bagi sesuatu ilmu menurut Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad ( 2009: 2 ). Menurut Awang Sariyan ( 2002 ) pula, pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan suatu  usaha dalam menggubal istilah bagi mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan ilmu di negara ini yang telah bermula sejak 1957 yang melibatkan dua bidang terawal iaitu Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan teknik yang sehingga kini mencatatkan jumlah hampir mencecah 1 juta istilah yang terhasil meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional yang telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak 199 judul melibatkan semua peringkat. Kenyataan ini turut disokong oleh Abdullah Hassan  ( 1987: 85 ), iaitu perancangan korpus bahasa dalam aspek istilah telah bermula sejak 1957 melalui penubuhan Jawatankuasa Istilah yang pertama berdasarkan dua peringkat iaitu sebelum 1975 ( dengan penerbitan Pedoman Pembentukan istilah bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ) dan selepas 1975 ( kerjasama Majlis bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) yang menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan istilah ( PUPI ) yang telah diisytiharkan penggunaannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Repblik Indonesia pada 30 Ogos 1975).
Walaupun begitu, beliau tidak menafikan akan ketidaksempurnaan yang berlaku semasa pembinaan awal istilah dalam bahasa Melayu iaitu melibatkan tempoh masa antara tahun 1957 hingga 1960 yang merupakan  titik zaman awal pembentukan istilah namun tidak kukuh kerana tiada sebarang pedoman yang boleh dijadikan rujukan sehinggalah Dewan Bahasa dan Pustaka menubuhkan dua Jawatankuasa Istilah bagi menyokong pembinaan istilah  iaitu, Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan Perjawatan dan Jawatankuasa Istilah Sains Am yang secara tidak langsung mengubah  panduan dan falsafah pembinaan istilah tahap awal yang mengongkong proses pembinaan istilah, walapun terdapat juga istilah yang bertahan sehingga sekarang misalnya stesen, kimia dan sains. Manakala istilah yang tidak dapat mendukng konsep asal telah dipinda seperti ilmu jiwa, kajirumpun bangsa, ilmu hisab dan kajibentuk bumi kepada psikologi, ethnologi, matematik dan geomorfologi.
Zaman selepas 1975 pula memperlihatkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam pembentukan istilah yang melibatkan bidang-bidang profesional sebanyak 71,887 istilah sehingga 1975 berikutan kejayaan membentuk Pedoman Membentuk Istilah-istilah Baru DBP ( mula digunakan sejak 1959 ), Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk istilah Baharu Bahasa Melayu DBP ( selepas 1970 ) dan Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya ( 1971 ) serta dengan tertubuhnya Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu ( JKTBM ) sejak Disember 1972 yang pada awalnya hanyalah mewakili Malaysia dalam usaha kerjasama dengan Indonesia bagi menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi kemudiannya telah diperluaskan lagi fungsinya yang mencakupi aspek peristilahan dan dianggap oleh kerajaan sebagai badan tertinggi dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang menjadi dasar pembentukan istilah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Walaupun begitu, pembinaan istilah dalam Bahasa Melayu tidak menafikan akan wujudnya pinjaman daripada bahasa asing melalui dua cara penggubalan, iaitu pinjaman dan pinjam terjemah menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 255 ). Hal ini turut disokong oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 301-304 ), iaitu pembinaan istilah pinjaman yang dilakukan dalam dua bentuk, iaitu pengambilan dengan penyesuaian ejaan, misalnya geography-geografi, biology-biologi, mathematics-matematik, isogamy-isogami dan sebagainya. Manakala,  pengambilan tanpa perubahan ejaan pula, seperti magnet-magnet, linear-linear, hilum-hilum, import-import, audit-audit dan sebagainya. Manakala pembinaan istilah pinjam terjemah pula dilakukan melalui lima cara, iaitu terjemah langsung ( resistance = rintangan, dose = sukatan, soluble = lart ), penciptaan kata baharu ( subsidence = antamman, allot = umpuk, arrears = tunggakan ), perluasan makna ( salur = salir, hakis = kikis, gelap = legap ), penggabungan dua kata umum ( missile = peluru berpandu, indicator lamp = lampu penunjuk, right angle = sudut tepat ) dan pembentukan kata ganda separa ( radius = jejari, liquid = cecair, capillary = rerambut ), tetapi kesemua proses ini terikat kepada  had  peminjaman, iaitu pinjaman istilah dilakukan sekiranya bahasa asing mempunyai istilah tersebut dan haruslah sesuai dengan sistem bunyi Bahasa Melayu menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 265 ).
Menurut Rogayah Osman dalam artikelnya mengenai Perancangan Bahan Ejaan dan Sebutan, Peristilahan dan Perkamusan dalam Bahasa Melayu di Malaysia, kewujudan banyak Jawatankuasa Istilah ( JKI ) yang mencakupi banyak bidang dengan konsep dan pemahaman ilmu yang tersendiri menghasilkan bermacam-macam istilah sehingga satu istilah mendukung pelbagai konsep dan pengertian, menyedari permasalahan ini dua jawatankuasa penyelarasan dibentuk iaitu, Jawatankuasa Istilah Sains Tulen dan Jawatankuasa Istilah Sains Sosial dan Kemanusiaan. Disamping itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan kembali kerja-kerja dalam menyemak istilah sebelum 1975 terutamanya sebelum 1960 untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Penyemak Istilah  sebagai tambahan kerja-kerja dalam penciptaan istilah, pengklasifikasian bidang yang sebelumnya tidak begitu tepat dan kurang menyeluruh agar dapat membincangkan aspek-aspek pemasyarakatan istilah dalam disiplin bidang masing-masing agar dapat diutarakan kepada sidang MBIM sekitar akhir 80-an dan awal 90-an.
Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 36 ), sangat berperanan dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang mendokong tiga fungsi utama, iaitu bertindak sebagai badan bersama  yang mengadakan pertemuan demi pertemuan untuk memikirkan, menalaah dan membincangkan hal-hal bersama berhubungan dengan soalan bahasa kedua-dua negara, menampung dan menyalurkan bahan-bahan tentang bahasa dari kedua-dua belah pihak untuk kegunaan dan kajian bersama serta menyerahkan bahan-bahan bahasa yang menyentuh kepentingan kebangsaan negara masing-masing kepada Menteri Pendidikan untuk dipertimbangkan dan diputuskan. Atas ketelusan dalam memainkan perana ini, MBIM berjaya menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah ( PUPI ), Pedoman Penyusnan Kamus Istilah dan Pedoman Tranliterasi Huruf Arab kepada Huruf Rumi disamping membincangkan pedoman khusus pembentukan istilah kimia, biologi, fizik, matematik dan perubatan. Malah sepanjang hasil persidangan MBIM ke-7 hingga ke-23 MBIM turut berjaya menghasilkan Daftar Istilah MBIM ( A-J ) dan ( K-Z ) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1976.

3.2               Pembinaan Kosa Kata Bahasa Melayu
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), usaha dalam pembinaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu sebenarnya telah dilakukan oleh para sarjana asing  sejak beberapa abad silam dalam bentuk daftar kata dan kamus, misalnya Daftar Kata Melayu-Cina ( abad ke-15 ), Kamus Melayu-Itali oleh Antonio Pigafetta pada suku pertama abad ke-16, kamus Melayu-Inggeris oleh Thomas Bowry pada awal abad ke-18, A Dictonary of The Malay Language oleh Marsden pada tahun 1821 dan beberapa buah kamus lain oleh R.J.Wilkinson ( 1901,1908 dan 1932 ), W.G.Shellabear ( 1902, dan 1916 ) dan R.O.Winstedt ( 1913 ). Usaha ini kemudiannya telah diteruskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara terancang yang bermula pada 1964 yang akhirnya telah berjaya menerbitkan Kamus Dewan pada 1970, iaitu sebuah kamus ekabahasa yang berwibawa sebagai rujukan kamus yang entrinya berjumlah kira-kira 30,000 patah yang kemudiannya telah diterbitkan dalam edisi baharu pada tahn 1984 dan 1989 ( masing-masing dengan tambahan 900 entri dan 2,000 entri ), edisi ketiganya pula pada tahun 1994 ( dengan tambahan 6,000 entri ) dan edisi keempat pada tahn 2003 ( dengan tambahan 5,000 entri ).
Bagi tujuan keperluan pelajar sekolah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka turut memainkan peranannya dengan menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada tahun 1975 bagi pelajar sekolah menengah dan Kamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun 1989 bagi keperluan pelajar sekolah rendah disamping turut menerbitkan edisi baharu pada tahun 2002 iaitu,  Kamus KBSR Dewan dan Kamus Umum Bahasa Melayu Dewan ( memuatkan 67,000 entri ) pada tahun 2007. Malah bagi memastikan pembinaan kosa kata dalam bahasa Melayu lebih berkesan, Dewan Bahasa dan Pustaka turut mengadakan kerjasa dengan pihak swasta dengan menerbitkan kamus elektronik, Kamus Telapak BESTA DBP-1 ( 1998 ) dan Kamus Pena Quicktionary ( 2000).
Seperti dalam pembinaan istilah Bahasa Melayu, pembinaan kosa kata Bahasa Melayu turut meminjam kosa kata asing, dan menurut Yahya Othman ( 2005: ), Bahasa Melayu meminjam 677 kosa kata Bahasa Sanskrit merangkumi 11 bidang.
Malah menurut James T.Collins ( 2005: 18 ), sejak kerajaan kesultanan Melayu Melaka lagi, Bahasa Melayu telah menggunakan kosa kata pinjaman seperti yang direkodkan oleh Yang Lin pada tahun 1560 yang diklasifikasikan sebagai kosakata Bahasa Melayu-Cina sebanyak 500 kata untuk keperluan perdagangan disamping kosakata pinjaman dari Bahasa Sanskrit, Tamil, Arab dan Persia.
( Rajah 6: Daftar beberapa kosakata Bahasa Melayu-Cina dari Dinasti Ming yang dipetik dari Edwards dan Blagden ( 1930-1932 ) dalam James T.Collins, 2005: 19 )

3.3               Pembinaan Laras Bahasa Melayu
Menurut Nik Safiah Karim ( 2003: 155-156 ), laras bahasa dalam Bahasa Melayu merupakan perbezaan cara yang digunakan dalam penulisan walaupun menggunakan bahasa yang sama dalam situasi yang berbeza atau lebih ringkasnya dikenali sebagai kelainan berbahasa yang dipengaruhi oleh suasana yang hanya dikenali melalui perkataan-perkataan yang digunakan berdasarkan cara pengungkapan mengikut situasi tertentu yang wujud berdasarkan perkara yang ingin diperkatakan serta kolokasi, iaitu kehadiran penggunaan perkataan dan ungkapan tertentu yang jelas meletakkannya dalam sesuatu laras.
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan laras bahasa ini dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui penerbitan karya ilmu dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat yang telah menghasikan hampir 10,000 judul buku dan berdasarkan koleksi Perpustakaan Negara Malaysia ( 1966 hingga 2001 ), sejumlah 105,898 judul direkodkan sebagai buku yang berdaftar di bawah Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1964 dan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1966 yang turut merangkumi buku dalam bahasa lain dan hanya 60,474 judul dalam Bahasa Melayu.
kewujudan perbezaan laras bahasa menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 36 - 40 ), disebabkan oleh ciri-ciri keperihalan ( situasi luaran dan persekitaran – cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan dan fungsi sosial perlakuan bahasa ) sesuatu peristiwa bahasa dan linguistik ( bunyi, perkataan – khusus, kolokasi dan pinjaman – dan ayat ) yang terbahagi kepada sebelas laras berdasarkan bidang ilmu, iaitu biasa, perniagaan atau iklan, sains, media, rencana, undang-undang, agama, sukan, sastera, ekonomi dan akademik.
Laras bahasa biasa adalah laras yang tiak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks yang khusus kerana ianya digunakan dalam perbualan harian yang tidak melibatkan istilah khusus tetapi menggunakan struktur ayat yang mudah, ringkas dan padat. tambahan lagi, ianya tidak banyak menggunakan kata pinjaman serta menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami yang boleh wujud dalam keadaan formal dan tidak formal ( menggunakan bahasa basahan ).
Laras bahasa perniagaan atau iklan pula adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan yang berbentuk pemberitahuan fakta yang ringkas dan terperinci yang bersifat imaginatif dan kreatif menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan untuk memujuk dan mempengaruhi pengguna dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa.
Laras bahasa sains pula dihubngkan dengan laras bahasa ilmiah yang bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan kerana bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif dalam mempersembahkan maklumat yang berdasarkan kajian dan fakta yang banyak menggunkan kata nama dan ragam ayat pasif serta istilah pinjaman daripada Bahasa Inggeris.
Laras bahasa media massa menggunakan bahasa yang mudah, gaya tulisan yang jelas dan ketepatan isi tulisan dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa dalam melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku tanpa istilah teknikal dan khusus dalam mempersembahkan judul dan teks.
Laras bahasa rencana pula adalah bersifat umum, hal ini kerana adalah untuk keperluan menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu dengan gaya bahasa yang mudah difahami kerana terus menjurus kepada tajuk rencana yang bersifat laporan.
Laras bahasa undang-undang  biasanya mengandungi prinsip undang-undang berbentuk akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen serta banyak menggunakan istilah pinjaman daripada Bahasa Inggeris. Interpretasi menentukan makna kosa kata yang digunakan tanpa mengambil kira struktur ayat dalam penyampaian tetapi menekankan kepersisan dan kejelasan yang bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat dalam binaan ayat yang panjang.
Laras bahasa agama tidak lari dari membincangkan isu agama yang banyak menggunakan kata pinjaman Bahasa Arab dalam pembentukan struktur ayat yang menekankan petikan al-quran dan hadis.
Laras bahasa sukan pula bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan dengan kegiatan sukan dalam bentuk bahasa yang ringkas dan bersahaja tetapi jelas berikutan pemilihan kosa kata yang senang difahami.
Laras bahasa saster atau kreatif adalah bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulis yang bersifat imaginatif dan figuratif ( penyimpangan makna aripada bahasa biasa ) serta mementingkan pemilihan diksi yang berkesan dengan menggunakan bahasa tersirat, istilah-istilah khusus berkaitan sastera, perlambangan, kiasan, imejan, personafikasi, metafora dan sebagainya yang mementingkan penyusunan dan pengulangan kata atau ayat, bernada puitis dan komunikatif.
Laras bahasa ekonomi pula merupakan laras berbentuk ilmiah yang menggunakan istilah-istilah terknikal, tidak mementingkan struktur ayat, bersifat formal serta mementingkan susunan maklumat yang jelas dan eksplisit dalam bentuk data dan statistik.
Laras bahasa akademik adalah bersifat formal dan objektif yang menunjukkan kematangan dan keintelektual, iaitu berkeupayaan menyamapaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan menggunakan istilah yang bersifat khusus dan sukar difahami kerana menekankan kesempurnaan bahasa dalam pemaparan, perbincangan dan penghuraian yang turut melibatkan sudut pandang orang ketiga, penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk serta turut memuatkan nota kaki, bibliografi, indeks dan sebagainya dalam penulisan.

3.4               Pembinaan Ejaan Bahasa Melayu

Tradisi tulisan seperti tulisan Kawi, Batak, Lampung, dan Rencong telah menjadi sistem tulisan orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang telah membawa bersama tulisan Jawi daripada Tanah Arab. Sistem tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sebelum Jawi banyak menggunakan lambing suku kata dan ambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi. Namun penggunaan tulisan Jawi tidak bertahan lama setelah pihak Barat memperkenalkan sistem tulisan Rumi di Tanah Melayu pada zaman penjajahan. Tulisan Jawi adalah berdasarkan huruf Arab alif-ba-ta manakala tulisan Rumi adalah berdasarkan huruf Roman a-b-c. sistem ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak Barat di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19. Sistem ejaan tersebut telah digunakan dalam urusan rasmi dalam kerajaan Barat di Tanah Melayu pada masa tersebut. Antara sistem ejaan yang telah digunakan oleh Barat ialah Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Maxweel (1882), dan Ejaan Rumi Sweettenham (1881).
Perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu pada masa penjajahan sangat penting kerana sistemejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sisitem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memehaminya terutamanya pihak Barat yang kurang pengetahuan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi lebih penting apabila dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah. Oleh yang demikian, satu sistem Rumi yang seragam diperlukan untuk menggantikan sistem ejaan Jawi. Satu pertubuhan iaitu Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa yang telah ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor memainkan peranan yang sangat panting dalam menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam kalangan masyarakat setempat.
Pembinaan sistem tulisan Rumi untuk bahasa Melayu telah melalui beberapa peringkat oleh banyak pihak. Contohnya, pihak Barat banyak melakukan kajian dalam membentuk sistem tulisan tersebut. Antara tokoh yang berasal dari Barat yang pernah melakukan kajian dalam mengembangkan sistem tulisan bahasa Melayu ialah William Marsden yang telah menulis buku yang berjudul A Grammar Of The Malayan Language pada tahun 1912. Dalam bukunya terdapat pendapat yang mengatakan bahawa bunyi ch, d, ng, p, g, dan ny merupakan huruf-huruf yang telah ditambah oleh orang Melayu daripada huruf bahasa Arab ( Rogayah Binti Osman, hlm 3). Selepas William Marsden, R.J Wilkinson yang merupakan nazir sekolah–sekolah bagi Jabatan Pelajaran Negeri-negeri Bersekutu telah menjadi pengerusi bagi Jawatankuasa Ejaan untuk mengkaji dan membentuk sebuah sistem ejaan Rumi yang baru. Sistem ejaan yang telah berjaya dihasilkan telah dipanggil Ejaan Wilkinson.
Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, satu sistem ejaan telah diperkenalkan iaitu “Ejaan Fajar Asia” yang selaras bagi tiga buah negara iaitu Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia yang pada masa itu berada dalam pentadbiran tentera Jepun. Majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura telah menggunakan sistem ejaan tersebut dalam penerbitan majalah mereka. Huruf yang digunakan dalam sistem ini hampir sama dengan Sistem Ejaan Wilikinson dan sistem Ejaan Rumi Za’Ba. Menurut Asmah Haji Omar (1993), sistem ejaan ini menggunakan enam huruf vokal iaitu a, e taling, e pepet, i, o dan u. Manakala bagi huruf konsonan pula adalah sama dengan Sistem Ejaan Rumi Za’Ba.
Rajah 7: Huruf-huruf konsonan yang digunakan dalam Sistem Ejaan Fajar Asia.
Za’Ba telah memulakan satu lagi sistem ejaan baru yang mana merupakan satu perubahan yang telah beliau lakukan. Ejaan tersebut dihasilkan berdasarkan daripada Sistem Tulisan Wilkinsin dan gabungan beberapa adjad bahasa Arab. Za’Ba pada masa itu bertugas di Maktab Perguruan Sultan Idris selepas Perang Dunia Ke-2. Sistem baru tersebut telah dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah yang telah diggunakan sebelum digantikan oleh ejaan baru yang telah diistiharkan pada tahun 1972. Sistem baru ini dihasilkan daripada pengamatan sahaja dan mempunyai banyak kelemahan. Apabila terdapat kelemahan tersebt, maka penggunaan bahasa Melayu pada masa tersebut telah terganggu.
Menurut Rogayah Binti Osman (hlm 4), satu persidangan antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Indonesia telah dijalankan untuk membincangkan satu sistem ejaan yang sama untuk kedua-dua negara. Persidangan tersebut telah dimulakan sejak tahun 1959 hasil daripada desakan Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu. Namun usaha untuk menjalankan persidangan dengan kerajaan Indonesia telah tergendala kerana tercetusnya konfrantasi. Persidangan kedua-dua negara tersebut telah menghasilkan satu sistem tulisan baru iaitu sistem Malindo. Asmah Haji Omar (1993, hlm 154) mengatakan bahawa tulisan Malindo tidak pernah diterbitkan oleh kedua-dua negara. Oleh yang demikian, bentuk dan sistem ejaannya tidak diketahui. Pada tahun 1966, satu persidangan ttelah dijalankan oleh negara Malaysia dan Indonesia untuk menyambung semula perbincangan yang telah tergendala semasa konfrantasi. Dalam persidangan ttersebut beberapa perkera telah dibincangkan seperti;
a)      Soal bahasa dan jangka masa panjang.
b)      Pertukaran antara bahan-bahan yang berkenaan dangan bahasa dan sastera.
c)      Soal pemakaian istilah.
Pada September 1966, satu rombongan daripada Indonesia yang diketuai oleh Kolonel Wahju Sukatjo telah membuat lawatan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka dan telah membangkitkan beberapa isu dan mereka juga telah membenangkan satu kertas kerja untuk membaiki sistem tulisan Malindo yang mempunyai banyak kelemahan. Setelah kata sepakat dicapai, maka kerajaan Malaysia dan Indonesia telah menggunakan satu lagi sistem tulisan baru iaitu Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia juga dikenali sebagai Ejaan Baharu. Walaupun persefahaman teah dicapai pada tahun 1966, namun hanya pada tahun 1972 sahaja barulah perjanjian antara kedua-dua kerajaan telah ditandatangan yang mana perjajian tersebut telah ditandatagani oleh Menteri Pelajaran masing-masing pada masa itu iaitu Y.B Encik Hussien Onn dan Bapak Mashuri. Perjanjian tersebut telah ditandatagani pada 23 Mei 1972. Perbincangan tersebut telah memakan masa yang lama untuk menghasilkan satu sistem tulisan sama bagi kedua-dua negara ini. Hanya pada 16 Ogos 1972 barulah sistem baru ini diistiharkan secara serentak oleh kedua-dua negara tersebut.
Ejaan Rumi Baharu ini adalah hasil daripada pemikiran yang matang dan berlandaskan perancangan bahasa yang baik. Perancangan ini merupakan satu usaha kerajaan untuk memperkenalkan bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ejaan ini memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan, dan fleksibiliti dan taraf standard yang tinggi jka dibandingkan dengan sistem yang lama.
Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf yang berikut.
Sebutan masing-masing huruf disertakan di sebelahnya. Abjad dan sebutan tersebut adalah hasil daripada perbincangan yang telah dilaksanakan oleh negara Malaysia dan Indonesia yang telah diistiharkan bersama.
Rajah 8:  abjad yang digunakan dalam bahasa Melayu dan sebutannya.

 Huruf Vokal
Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada: a, e, i, o dan u. Huruf e
melambangkan dua bunyi, iaitu e pepet dan e taling.

Antara perubahan yang telah berlaku dalam sistem ejaan tersebut ialah perubahan konsanan contohya gabungan dua perkataan digugurkan salah satu yang membawa maksud sama seperti ch menjadi c dalam perkataan chuba menjadi cuba. Contoh lain adalah dh menjadi d dalam perkataan mudharat menjadi mudarat dan sh menjadi sy dalam perkataan sharat manjadi syarat. Pengunaan (‘) dan (’) yang melambangkan hamzah dan ain digugurkan dan digantikan dengan huruf konsonan k contohnya:
a)                   Ma’ana menjadi makna.
b)                   Enche’ menjadi encik.
Terdapat juga perkataan yang dikekalkan seperti kh, ny, hg, dan ng dan masih diguna pakai sehingga sekarang. Dewan Bahasa Dan Pustaka pula telah menerbitkan buku Pedoman Umum Bahasa Malaysia pada tahun 1975 sebagai rujukan. Setiap negara telah menerbitkan pedoman umum mengikut versi masing-masing sebagai panduan untuk rakyat di setiap negara.

3.5               Pembinaan Sebutan Bahasa Melayu
Perancangan sebutan telah melalui banyak peringkat dalam memastikan tidak terdapat kesalahan dalam penyebutannya. Antara langkah-langkah yang telah dijalankan ialah:
 (i) Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak awal
Rancangan Malaysia keempat (1981)
(ii) Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek diadakan
sejak awal 1980-an. Beberapa bengkel diadakan sehingga tahun 1987.
(iii) Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan
pakar-pakar bahasa.
(iv) Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah Jawatankuasa
Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan PLM serta pakar-pakar bahasa pada tahun 1987.
Menurut Mohd Rasdi Bin Saamah (hlm 8), aspek sebutan tidaklah menjadi satu perkara yang semestinya ada transkripsi fonetiknya memandangkan sebutan kata Melayu adalah onemik berbanding dengan bahasa Inggeris. Maksudnya ialah terdapat sesetengah ejaan dalam bahasa Melayu yang sama dengan bahasa Inggeris namun membawa erti yang berbeza. Contohnya ialah air dalam bahasa Inggeris membawa maksud udara namun dalam bahasa Melayu pula merupakan sejenis cecair yang dalam bahasa Inggeris disebut sebagai water.
Perancangan sebutan banyak ditulis dalam perkamusan yang menyusun sebutan-sebuta yang tepat. Contohnya Kamus Dewan menurunkan transkripsi fonetiknya kepada kata masukan yang ejaannya mengandungi huruf e taling sahaja. Sebutan yang mengandungi e pepet tidak diberi transkripsi fonetik. Contohnya ialah:
a)                   enak (enak) = sedap,nyaman (rasa dll)
b)                   enteng (enteng) = ringan, mudah
c)                   empat = bilangan tiga yang dicampur dengan satu
Manakala dalam Kamus Besar pula tidak memasukkan sebarang tanda transkripsi fonetiknya bagi membezakan kedua-dua bentuk e seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan. Contohnya ialah :
a)                   emak = ibu, mami, embok. Mak, indung, indu…
b)                   elok = ranggi, gagah, tampan, anggun, gombang
3.6               Pembinaan Tatabahasa Melayu
Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada lima bahagian besar yang mana setiap bahagian mempunyai tugas masing-masing. Tatabahasa bahasa Melayu dapat dipelajari melalui lima bahagian ini iaitu golongan kata, pengimbuhan, penggandaan, ayat, dan rampaian bahasa.
Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis perkataan yang terbahagi kepada lima bahagian yang besar iaitu:
a)      Nama
b)      Perbuatan
c)      Sifat
d)     Sendi
e)      Seruan
Kesemua ayat tersebut membawa erti yang berbeza dan penggunaan yang berbeza.
Kata Nama
Kata nama terbahagi lagi kepada dua bahagian besar iaitu Nama Betul dan Ganti Nama dan Nama Terbitan. Kata Nama pula dibahagi lagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Kata Nama Am digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan dan yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan lain-lain lagi. Dapat disimpulkan bahawa Kata Nama Am digunakan untuk menyebut sesuatu secara am atau umum. Contohnya:
a)      Benda ; rumah, pencil, bunga, dan lain-lain.
b)      Orang ; guru, murid, polis dan lain-lain.
c)      Haiwan ; kucing, harimau, kerbau dan lain-lain.
d)     Tempat ; bandar, desa, kampung dan lain-lain.
Kata Nama Am boleh ditulis dengan huruf besar jika berada pada awal ayat manakala boleh ditulis dengan huruf kecil pada akhir ayat. Contohnya ;
a)      Harimau itu mengaum dengan kuat.
b)      Dia sedang member harimau itu makan.
Nama Khas pula digunakan untuk menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas dan huruf pertamanya mestilah ditulis dengan huruf besar. Contohnya ;
a)      Benda ; Proton Saga, Bangunan Berkembar Petronas,dan lain-lain.
b)      Orang ; Tuan Ahmad, Mejar Hamzah, dan lain-lain.
c)      Binatang ; Si Comel, Pak Belang, dan lain-lain.
d)     Tempat ; Kota Kinabalu, Sepanggar, dan lain-lain.
Kata Nama Terbitan.
Kata Nama Terbitan terbentuk apabila kata nama am diberikan imbuhan awalan, akhiran ataupun apitan.
a)      Imbuhan awalan ; pe-, pem-, pen-, peng-,meng-, ke, dan lain-lain.
b)      Imbuhan akhiran ; -ita, -man, -wati, -wan, dan lain-lain.
c)      Imbuhan apitan ; per-…..-an, peng-….-an, ke-…-an, dan lain-lain.
Kata Ganti Nama.
Kata Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA iaitu merujuk kepada seseorang. Seterusnya yang telah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu ganti nama diri, ganti nama umum, ganti nama pertanyaan, ganti nama petunjuk, ganti nama sendi.
a)      Ganti Nama Diri pertama. Contohny ialah beta, patik, saya, kami, kita, dan lain-lain.
b)      Ganti Nama Diri Kedua. Contohnya ialah kamu, anda, engkau, tuanku, dan lai-lain.
c)      Ganti Nama Diri Ketiga. Contohnya ialah ia, dia, beliau,mereka dan lain-lain.
Kata Ganti Tanya
Kata Ganti Tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksub bertanya. Biasanya kata ganti ini ditambah “kah” dan tanda soal di setiap akhir ayatnya. Ianya juga digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. Contohnya kata tanya ialah apakah, siapakah, manakah, bilakah, bagaimanakah, kenapakah, mengapakah, dan berapakah. Contoh ayatnya ialah:
a)      Sudahkah awak menyiapkan kerja tadi?
b)      Berapakah harga baju yang berwarna merah ini?
c)      Siapakah pemilik rumah yang bercat merah itu?
d)     Mengapakah awak tidak menghabiskan makanan itu?
e)      Bila awak hendak menghantar surat ini ke pejabat pos?
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti jenis ini terbentuk hasil daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa dan mana. Kata ganti ini hanya digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja. Contoh penggunaan ayat ini ialah ;
a)      Jangan sesiapa yang berganjak daripada tempat duduk masing-masing.
b)      Siapa-siapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mengambil boring pendaftaran di sini.
c)      Ambilah mana-mana benda yang awak suka di sini.
Kata Ganti Nama Tunjuk.
Penggunaan kata ganti ini ialah untuk menunjukkan sesuatu tempat, orang, benda dan cara. Contohnya ialah situ, sana, sini, begini, begitu dan banyak lagi. Contoh ayatnya ialah ;
a)      Itu bagus.
b)      Begini caranya.
c)      Rupanya begitu.
d)     Tingginya bangunan itu.
e)      Cantiknya baju yang awak pakai ini.
Kata Hubung.
Kata hubung digunakan untuk menggabungkan ayat dengan ayat, perkataan dengan perkataan dan rangkai kata dengan rangkai kata. Maksudnya disini ialah daripada dua ayat yang telah dibina boleh menjadi satu setelah digabungkan dengan kata hubung. Kata hubung mempunyai dua jenis iaitu bentuk akar dan terbitan.
Contoh kata hubung akar :
a)      Dan
b)      Hingga
c)      Dengan
d)     Jika
e)      Kerana
f)       Serta
g)      Supaya
h)      Demi
i)        Kemudian
j)        Agar
k)      Ketika
l)        Walhal
Contoh kata hubung terbitan ialah :
a)      Semasa
b)      Sementara
c)      Sebaliknya
d)     Itupun
e)      Mudah-mudahan
f)       Meskipun
g)      Setelah
h)      Semoga
i)        Seketika
j)        Seandainya
k)      padahal
Contoh ayat ialah :
a)      Mimi dan Suzie menaiki bas pergi ke sekolah.
b)      Restoran itu menghidangkan pelbagai jenis makanan yang lazat namun harganya sangat mahal.

Kata Kerja.
Kata kerja menunjukkan satu perbuatan yang sedang melakukan sesuatu perbuatan. Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif adalah bahagian yang terdapat dalam kata kerja. Kata kerja transitif ialah satu perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang terkena dengan perbuatan tersebut dipanggil penyambut ataupun objek. Kata kerja transitif juga dikenali sebagai perbuatan melampau. Biasanya kata kkerja jenis ini menggunakan inbuhan ‘me-‘ seperti mendermakan, mengambil, menduduki dan sebagainya. Contoh ayat ialah :
a)      Anjing itu mengongong sesuatu dalam mulutnya.
b)      Abang sedang menaip sesuatu.
c)      Lelaki itu sedang mencuci kereta kesayangannya.
d)     Ayah saya telah mendermakan meja kepada jiran sebelah.
e)      Emak akan membacakan saya cerita sebelum saya tidur setiap malam.
Kata kerja tak transitif pula berbeza dengan kata kerja transitif kerana ianya hanya mempunyai pembuat dan tidak mempunyai penyambut. Perbuatan yang dilakukan adalah dilakukan ke atas diri sendiri atau keatas pembuat itu sendiri. Contoh ayat ialah :
a)      Kucing itu sedang tidur.
b)      Angin bertiup dengan kuat sekali.
c)      Saya telah menyiapkan kerja itu semalam.
d)     Bapa sedang memandu kereta itu.
Kata Adjektif.
Perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama seperti hitam, banyak, kuat dan banyak lagi. Kata Adjektif dapat dibahagikan kepada adjektif jati, adjektif bilangan atau pecahan, adjektif tunjuk, dan adjektif pencerai.
1.      Adjektif jati : menerangkan sifat atau rupa yang jati.
a)      Bunga itu berwarna merah.
b)      Pen itu sangat cantik.
c)      Kereta yang cantik itu milik ayah saya.
d)     Penyanyi itu sangat merdu suaranya.
2.      Adjektif bilangan atau pecahan menunjukkan bilangan dan juga pecahan.
a)      Saya memiliki dua batang pencil.
b)      Ayah membelikan saya dua biji limau.
c)      Satu per tiga biji guli itu ialah milik kawan saya.
d)     Malik perlu mendapatkan lima lagi mata untuk menang.
3.      Adjektif tunjuk menggunakan perkataan seperti bagaimana dan yang mana. Contohnya,
a)      Jangan ulangi lagi perkara tersebut.
b)      Yang mana satu yang betul caranya.
c)      Begini caranya hendak mengendalikan alat ini.
d)     Baju ini mahal harganya.
Kata Tanya.
Setiap Kata Tanya mempunyai kata atau perkataan yang membentuk ayat tanya dan selalnya diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan pada awal ayat tanya. Kata Tanya juga boleh wujud di awal, akhir atau tengah sesuatu ayat. Kata tanya juga mesti siikiti oleh tanda tanya di setiap  akhir ayat tersebut. Contoh kata tanya ialah :
a)      Siapakah pemilik kereta itu?
b)      Berapakah harga kuih ini?
c)      Lama sudahkah awal menunggu saya?
d)     Pelajar itu berasal daripada mana?
Kata Seru.
Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, terkejut, hairan, sindiran, hiba, dan sebagainya. Kata seru mesti diikuti tanda seru (!) di setiap akhir ayat. Setiap kata seru membawa maksud yang berbeza seperti wahai menyatakan perasaan sayang, amboi menyatakan perasaan kagum, aduh perasaan sakit, dan wah menyatakan perasaan terkejut. Contoh kata seru ialah :
a)      Wahai adinda ku sayang!
b)      Amboi, cantiknya baju ini!
c)      Bedebah, berani sungguh dia melawan perintah saya.
Tanda Baca.
Satu lagi komponen yang penting dalam tatabahasa Melayu ialah tanda baca. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk member isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam pembacaan. Tanda baca diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya. Contoh tanda baca ialah :
a)      Tanda nokhta atau titik (.).
b)      Tanda koma (,).
c)      Tanda tanya (?)
d)     Tanda seruan (!)
e)      Tanda sempang atau sempang (-)
f)       Tanda nokhta bertindih (:)
g)      Tanda pengikat kata (“…”)
Contoh penggunaan tanda tanya ialah :
a)      Di mana dia membeli baju itu?
b)      Wah, tingginya bangunan itu!
c)      Ali berasal daripada Perak.
d)     Ahmad, orang kampung yang telah merantau ke bandar telah berjaya mencari pekerjaan yang sangat baik.

4.0   Perkembangan Bahasa Melayu
Perkembangan bahasa Melayu menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat ( 2009: 39 ), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500 masihi ), Bahasa Melayu kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12 masihi ), Bahasa Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai berdasarkan perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkan sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 1990 hingga 2000 bersesuaian dengan perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran Razak ( 1956 ) menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara ini yang turut disokong oleh Awang Sariyan  ( 2002 ).
4.1              Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1950 hingga 1960
4.1.1  Penstandardan Bahasa Melayu
Konsep bahasa Melayu standard merujuk kepada bahasa yang dianggap baik dan dijadikan norma penggunaan dan pengajian di sekolah-sekolah. Proses penstandardan bahasa Melayu mengalami proses yang hebat apabila bertembung dengan bahasa asing seperti bahasa Arab. Sistem Kongres telah disiapkan oleh ASAS 50 dan diserahkan kepada Kerajaan pada tahun 1956. Pada tahun 1959, persetujuan persahabatan antara Malaysia dengan Indonesia telah ditandatangani.  Hasil daripada perjanjian ini, suatu sistem ejaan baru iaitu Sistem Ejaan Malindo telah dilahirkan.  Sistem Malindo tidak dilaksanakan. Malah, sistem ini telah dikaji semula dan tercipta suatu ejaan iaitu Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia.
Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I telah diadakan dan merupakan titik permulaan ke arah perancangan Bahasa Melayu.  Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III mengusahakan penstandardan untuk memperkembang Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan.  Namun, timbul permasalahan apabila sukar untuk mengesan konsep standard bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu standard, yang paling penting ialah dalam menentukan bentuk sebutannya, tatabahasa, dan perbendaharaan kata. Dari aspek pembakuan bahasa Melayu, konsep-konsep  seperti  “Bahasa Melayu Tinggi” atau “bahasa Surat” atau bahasa Sekolah  telah digunakan.
Pada tahun  lima puluhan, perkara bahasa Melayu standard telah dihuraikan secara khusus oleh golongan yang berusaha secara langsung mengembangkan Bahasa Melayu. Selepas mencapai kemerdekaan, ejaan Rumi telah diterima rasmi oleh Kerajaan Semenanjung Tanah Melayu.   Dalam aspek penulisan Bahasa Melayu, usaha-usaha untuk merubahnya adalah dari aspek penyempurnaan dan penyatuan Bahasa Malayu dengan Bahasa Indonesia dan mempengaruhi aspek perkembangan bunyi-bunyi bahasa. Walaupun dalam ejaan yang bersifat fonemik dibuat abstraksi dari bunyi, namun, pembacaan berlaku lagi pernyuaraan.

4.1.1.1  Konsep bahasa Melayu standard
·         Sebelum merdeka
 Konsep bahasa Melayu standard dapat diselaraskan untuk mewujudkan satu norma yang melampaui batas-batas dialek kedaerahan berdasarkan pertuturan orang-orang Melayu di Tanah Melayu sahaja. Dalam pada itu, usaha untuk mewujudkan satu norma yang boleh menyelaraskan bahasa Melayu Malaysia dengan bahasa Melayu Indonesia. (Raja Mukhtaruddin & Raja Mohd. Dain, 1992)
Seorang ahli bahasa yang terkenal iaitu Za’ba telah membezakan bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang Melayu dengan bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu. Sebagai contohnya, orang Jawa, Boyan, Minangkabau dan Rawa. Za’ba telah membandingkan bahasa Melayu orang Melayu kepada dua iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Gaya bahasa mulut merujuk kepada penggunaan bahasa dalam aspek perbualan yang melibatkan susunan ayat-ayat ringkas dan menggunakan pelbagai singkatan dalam pertuturan. Gaya bahasa surat pula ialah pemakaian bahasa dalam karangan bersurat sahaja. Susunan adalah lebih lanjut dan lebih lengkap berbanding bahasa mulut.

·         Selepas Merdeka
Selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III telah memupuk usaha yang beterusan dalam penstandardan bahasa Melayu. Dalam hal ini, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan, menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa, dan menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Perjanjian Persahabatan antara Semenanjung Malaysia dan Indonesia telah termenterai. Perjanjian ini bertujuan untuk menyatukan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Ahli linguistik juga telah memberikan pelbagai sumbangan dalam penulisan tentang bahasa Melayu.

4.1.1.2 Kesan Konsep Bahasa Melayu Standard terhadap perkembangan bahasa Melayu
Radio dan Televisyen Malaysia dari segi sebutan standard Melayu menentukan bentuknya dengan mengadankan rundingan dari semasa ke semasa dengan ahli bahasa dari Universiti di Semenanjung Malaysia. Sebagai contohnya, pihak Radio dan Televisyen Malaysia mengadakan perjumpaan untuk menentukan sebutan beberapa bunyi [r] di hujung perkataan.  Dari segi perkembangan, adalah sukar untuk menentukan keseragaman bahasa Melayu.  Sebagai contohnya, Radio Republik Indonesia dan Televisyen Malaysia masing-masing mempunyai bentuk sebutan mereka tersendiri yang dituturkan hanya oleh juruhebah mereka. Masyarakat di luar pada umumnya menuturkan sebutan mereka sendiri.
Kesan konsep bahasa Melayu standard dalam rangka penyatuan bahasa Malaysia dengan bahasa Indonesia dilaksanakan melalui sistem ejaan dan peristilahan. Perkara-perkara yang berkaitan dengan tatabahasa dan sebutan tidak disentuh. Tatabahasa Asmah dan Za’ba masih digunakan kerana bahasa Melayu tidak banyak berubah dari segi tatabahasanya dalam tempoh lima puluh tahun belakangan ini. Yang jelas perubahan yang berlaku hanya dari perbendaharaan kata. Tatabahasa Za’ba menjadi panduan utama apabila penulisan tatabahasa baru dilakukan.
  
4.1.1.3 Tatabahasa Bahasa Melayu Standard   
Dalam usaha mengembangkan bahasa Melayu. Pelbagai tatabahasa baru telah diperkenalkan. Tatabahasa dan perbendaharaan kata baru telah dibentuk agar masyarakat dapat mengaplikasikannya dalam petuturan seharian mereka. Namun, hal ini telah menimbulkan masalah konsep seperti tatabahasa tradisional dan tatabahasa moden. Masalah kekacauan dalam penggunaan bahasa Melayu telah berlaku. Pengkaji atau pengajar bahasa mudah terpengaruh bahawa apa yang ada pada masa sebelum timbulnya konsep itu adalah tradisional dan apa yang timbul selepas wujudnya konsep itu ialah harus baru dan dianggap moden.
Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek perbandingan antara dua pihak iaitu antara tatabahasa Za’ba dan Asmah Haji Omar. Za’ba telah menulis tatabahasa lebih awal tanpa melibatkan penggunaan teori, teknik atau prinsip linguistik. Tatabahasa Za’ba ini dianggap bersifat tradisional. Manakala, Asmah Haji Omar telah menggunakan pendekatan baru dalam penulisannya. Pendekatan Asmah Haji Omar yang baru ini dianggap moden. Rakyat belum bersedia menggunakan pendekatan baru ini. Akibatnya, Pedekatan ini tidak dapat dilaksanakan. Hal ini bermakna bahasa Melayu harus selaras dengan norma  masyarakat agar bentuk dan struktur tatabahasa dapat diterima oleh masyarakat.
Seiring dengan peredaran zaman, bahasa Melayu juga berkembang dari satu tahap ke satu tahap sehingga berlaku pemodenan dalam bahasa Melayu. Pertambahan leksis melalui proses peristilahan telah meninggalkan kesan pada perkembangan bahasa Melayu. Konsep tersebut dikaji dari aspek bunyi dan morfologi bahasa Melayu. Kemasukan kata bahasa asing telah membawa bersama-sama unsur bunyi bahasa asing.  Sebagai contohnya, kemasukan perkataan Arab telah membawa masuk bunyi bahasa Arab. Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek ejaan. Pengejaan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dieja dengan ejaan Rumi dengan menyesuaikan bunyi Arab itu atau menggantikannya dengan bunyi bahasa Melayu yang terdekat sekali.
Dari aspek morfologi, kemasukan kata Arab telah membawa masuk akhiran [ah]. Akhiran [ah] ini menunjukkan jenis kelamin dan perkataan-perkataan seperti [muslimin] dan [mslimah]. Kata tersebut telah dibawa masuk dalam bahasa Melayu sebagai kata yang tersendiri. Istilah yang baru dicipta perlu ada unsur morfologi Melayu. Huraian serta komen daripada ahli bahasa perlu diteliti tentang unsure baru morfologi bahasa Melayu.  Perubahan telah berlaku melalui pertambahan leksisnya. Perubahan ini ditinjau dari aspek pertambahan perkataa baru, masuknya morfem-morfem terikat asing, dan penggunaaan morfem terikat bahasa Melayu dalam menerbitkan perkataan-perkataan baru.
Dari aspek fonologi Melayu, pengaruh Islam telah meninggalkan kesan pada fonologi Melayu iaitu bertambahnya bunyi konsonan. Tiada penambahan dalam vokal akibat pertambahan leksis kepada perbendaharaan kata bahasa Melayu. Konsonan-konsonan yang masuk ke dalam bahasa Melayu itu yakni selain daripada yang datang daripada bahasa Arab yang datang dari bahasa Arab adalah jenis konsonan biasa iaitu [v]. 

4.1.2 Peranan Bahasa Melayu di Malaysia
Bahasa Melayu mempunyai status dan fungsi yang pelbagai di Malaysia. Masyarakat memang sentiasa memberi taraf tertentu kepada sesuatu bahasa (Abdullah Hassan, 1996). Bagi orang Melayu, bahasa Melayu ialah bahasa pertama atau bahasa ibunda mereka. Bagi orang bukan Melayu, bahasa Melayu menjadi berperanan sebagai bahasa kedua. Bahasa Melayu wajib  dikuasai oleh rakyat Malaysia kerana ia merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan dan pentadbiran di Negara kita. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa formal. Semua lapisan masyarakat kita menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi atau formal. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa utama dalam bidang pendidikan dan pentadbiran.
   
4.1.2.1  Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Semua kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Kepelbagaian ini kalau tidak ditangani dengan berhati-hati akan menimbulkan pelbagai permasalahan. Kita tidak ingin peristiwa hitam 13 Mei 1969 berulang kembali. Oleh sebab itu, kita memerlukan satu mekanisme untuk penyatuan untuk mengeratkan hubungan kekitaan seluruh rakyat Malaysia. Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan telah menjadi bahasa penyatu rakyat Malaysia. (Zulkifley. Ramli Md. Salleh & Rahim Aman, 2007)
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan Negara ini ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen. Manakala pada tahun 1967, bahasa Malaysia telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi Negara Malaysia. Bagi meningkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu. Perancang korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa dengan menyusun panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda-tanda bacaan, surat kiriman, dan peristilahan.  



4.1.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang Pendidikan
Selepas merdeka, pihak Kerajaan telah merancangkan pembinaannya dengan tujuan supaya bahasa Melayu berkembang dan maju perananya yang utama sebagai asas kebudayaan masyarakat. Bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sistem pelajaran Negara. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi meluaskan penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu oleh masyarakat yang masih belum tahu berbahasa Melayu. 
Dalam Laporan Razak telah memberikan penegasan dalam mengutamakan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan. Namun demikian, pada keseluruhannya bahasa Melayu gagal dalam melaksanakan pengajaran bahasa Melayu. Kegagalan ini dilihat dari semua aspek penguasaan bahasa seperti sebutan, ejaan, imbuhan, ayat, kata, intonasi dan peribahasa (Abdullah Hassan, 1996).  Dalam pada itu, usaha giat dijalankan untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu moden. Sistem persekolahan aliran kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis Kebangsaan wajib dalam pengajaran bahasa Melayu. Dasar Pelajaran Kebangsaan, mencadangkan agar tulisan Rumi digunakan dengan syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid-murid. Menurut Laporan Razak, bahasa Melayu harus diajar disemua sekolah dan menjadi syarat utama bagi sesebuah sekolah memperoleh bantuan Kerajaan.
Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan mencadangkan penubuhan Maktab Perguruan Bahasa yang mempunyai dua peranan iaitu melatih guru mengajarkan Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan terhadap bahasa Melayu. Laporan Razak telah menyokong penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah mencadangkan perkara-perkara seperti berikut:
(i)                 Kelulusan bahasa Melayu diperlukan untuk memasuki perkhidmatan awam.
(ii)               Bahasa Melayu patut menjadi faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan kanak-kanak ke sekolah menengah dan diwajibkan dalam semua peperiksaan yang diawasi kerajaan.
(iii)             Bahasa Melayu boleh dijadikan syarat kelulusan yang penting bagi calon yang memohon biasiswa kerajaan.
(iv)             Bonus akan diberi kepada pegawai Kerajaan yang lulus peperiksaan Bahasa Melayu.
(v)               Bantuan kerajaan dalam mempelajari Bahasa Melayu akan diberi apabila cukup alatan mengajar di sekolah itu.
(vi)             Bahasa Melayu boleh diwajibkan dalam sebahagian daripada kursus latihan guru dan peperiksaan.
4.1.2.3  Pembinaan Sekolah Menengah Melayu
Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu, pembinaan sekolah Menengah Melayu dipergiatkan. Sekolah-sekolah ini telah dibina pada awal abad ke-60an. Sekolah Menengah Melayu yang mula-mula sekali siap dibina pada tahun 1963. Pertambahan sekolah Melayu bertambah agak pesat. Sekolah Menengah Melayu berjumlah 363 buah pada akhir tahun 1974. Antaranya ialah Sekolah Sultan Abdul Halim Jitra, Sekolah Tun Fatimah Melaka, dan lain-lain.
 Berdasarkan jadual ini, perkembangan sekolah tidak berkadar terus dengan tahun. Kemerosotan bilangan sekolah ini jelas terdapat pada tahun 1966, 1967, 1968, 1969, dan 1970. Antara sebab kemerosotan bilangan sekolah ini adalah disebabkan Sekolah Menengah Melayu pada mulanya menumpang di sekolah Inggeris. Apabila bangunan barunya dibina, sekolah yang menumpang ini akan ditutup. Bukan itu sahaja, malah Sekolah Menengah Melayu yang kecil-kecil telah disatukan.
 
4.1.2.4  Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar
Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai pengantar dalam sistem pendidikan Negara dan menjadi alat utama perpaduan kaum. Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan semua sekolah rendah aliran jenis kebangsaan yang berbahasa pengantar Inggeris dijadikan sekolah Kebangsaan, namun pelaksanaan bermula pada tahun 1968.
Pada tahun 1959, perubahan pengantar dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu telah dillaksanakan pada peringkat kolej. Hal ini kerana suatu tunjuk perasaan oleh penuntut Maktab Perguruan Bahasa yang menyebabkan pihak berkuasa mengambil tindakan mengubah bahasa pengantar kolej itu.
            
4.1.2.5  Bahasa Melayu dalam peperiksaan   
Penggunaan bahasa Melayu dalam peperiksaan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu peperiksaan bahasa Melayu sebagai satu matapelajaran dan peperiksaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Pada tahun 1957, Peperiksaan bahasa Melayu sebagai satu matapelajaran telah dilaksanakan.

4.1.2.6  Bahasa Melayu dalam latihan perguruan
Pada tahun 1957, kerajaan telah mewajibkan pembelajaran bahasa Melayu di maktab atau di pusat latihan guru. Bahasa Melayu diajarkan sebagai salah satu daripada mata pelajaran wajib kepada para guru pelatih. Penyediaan guru yang berkelayakan mengajar dalam bahasa Melayu amat penting kerana sekolah menengah kebangsaan yang dimulakan itu hanya dapat berkembang dengan pesat dan baik jika gurunya disediakan. Sejak tahun 1958, Maktab Perguruan Bahasa telah melahirkan guru yang berkelayakan mengajarkan bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua dan bahasa pertama. Pada tahun 1958, kursus pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua telah diadakan bagi penuntut di maktab dan di Pusat Latihan Harian untuk membolehkan mereka mengajarkan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah rendah jenis kebangsaan.

4.1.2.7  Bahasa Melayu sebagai bahasa Pentadbiran   
Bahasa Melayu juga telah memainkan peranan sebagai bahasa pentadbiran di Negara kita. Perlembagaan Persekutuan telah mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi untuk menggantikan bahasa Inggeris.  Hal ini dikecualikan dalam beberapa perkara yang ditentukan oleh Yang Dipertuan Agong.
Bahasa Melayu berperanan dalam kegiatan rasmi seperti penulisan surat, pembicaraan dalam mesyuarat, penulisan minit mesyuarat, penyediaan laporan adalah dalam bahasa Melayu. Namun demikian, terdapat sestengah pihak yang kurang yakin tentang peranan bahasa Melayu dalam menggantikan bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana mreka mendakwa bahawa bahasa Melayu kurang lengkap istilahnya untuk melambangkan dan memperkatakan berbagai-bagai perkara, benda, dan kejadian yang terdapat dalam kebudayaan moden. Sebagai contohnya, bidang ilmu pengetahuan yang diperkatakan dalam bahasa Inggeris.
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran tidak berjaya dilaksanakan secara keseluruhannya. Faktor utama yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah sikap rakyat di Negara kita sendiri yang tidak yakin akan bahasa Melayu. Hal ini telah menjadi penghalang dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam urusan pentadbiran. Bagi menangani masalah ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan ejen utama dalam merancang penerimaan bahasa Melayu oleh masyarakat di Negara kita.

4.1.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pusataka dalam memartabatkan Bahasa Melayu
Di samping berkembang dengan sendirinya, pembinaan bahasa Malaysia ini dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tugas ini memang besar dan permintaan penutur bahasa Malaysia untuk perkembangan kata-kata baru, istilah, ejaan, kamus, dan pedoman tatabahasa. 
Berbekal Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, yang diberi autonomi untuk melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa Melayu sebagai salh satu bahasa utama dunia menjelang tahun 2020. Wawasan keramat ini termaktub dalam Matlamat, Falsafah, Misi, Moto DAN Budaya Korporat
Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan untuk memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan serta memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-isalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa-bahasa lain. Dewan Bahasa dan Pustaka telah berperanan dalam menyamakan ejaan dan bunyi sebutan, dan menggubal istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Sebuah kamus bahasa kebangsaan juga telah disusun dan diterbitkan. 
Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah membantu kerajaan dalam usaha menerangkan maksud bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang paling mencabar ialah dalam meyakinkan orang tentang kesanggupan bahasa Melayu dalam menggantikan bahasa Inggeris. Kemudahan-kemudahan untuk orang ramai seperti kakitangan kerajaan telah disediakan untuk mempelajari bahasa Melayu. Menurut Perlembagaan Tanah Melayu 1957, selepas sepuluh tahun merdeka, Parlimen akan besidang untuk menentukan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Kerajaan telah membuat banyak persediaan berhubung dengan pelajaran dan pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan menjalankan pelbagai penyelidikan terhadap bahasa melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha membantu kerajaan menyedarkan orang ramai tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan adalah bertujuan menyatukan rakyat pelabagai bangsa di Tanah Melayu. Namun demikian, Perlembagaan Tanah Melayu tidak mengetepikan kedudukan bahasa dan kebudayaan bangsa lain di negeri ini.  Bahasa dan kebudayaan bangsa lain tetap terjamin kedudukannya. Sebagai contohnya, pelancaran program kempen Bulan Bahasa Kebangsaan. Bermula dari tahun 1960 Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan program ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengarang, bersyarah, melukis poster yang berdasarkan tema-tema perpaduan.
Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengumpulkan dan mencipta istilah untuk pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Dua jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memikul tanggungjawab ini. Jawatankuasa tersebut ialah  Jawatankuasa Istilah Jawatan dan Jabatan Kerajaan Serta Jawatankuasa istilah Sains dan Teknik.
Dalam pada itu, kemudahan untuk orang ramai telah disediakan untuk mempelajari bahasa Melayu. Kemudahan ini lebih diutamakan kepada kakitangan kerajaan. Pelbagai kursus telah dilaksanakan. Kerajaan dan badan-badan serta pertubuhan di luar kerajaan harus menguasai bahasa Melayu dalam tempoh sepuluh tahun selepas merdeka. Hal ini kerana, Perlembagaan Tanah Melayu menyatakan bahawa selepas sepuluh tahun merdeka, parlimen akan bersidang untuk menentukan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang menggantikan bahasa Inggeris. Bermula dari tahun 1960, Pengarah Pelajaran Lanjutan telah menganjurkan kursus bahasa kebangsaan kepada pegawai dan Kakitangan kerajaan. Hal ini bertujuan memberi pengetahuan bahasa Melayu dalam urusan pekerjaan seharian mereka. Tindakan ini membolehkan jentera pentadbiran Negara pada masa akan datang dijalankan dengan menggunakan bahasa kebangsaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka giat melaksanakan pembakuan dalam sistem ejaan, peristilahan ,tatabahasa, perkamusan, sebutan, laras dan lain-lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka pelbagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan. Sebagai contohnya, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1952. Kegiatan- kegiatan seumpama ini membolehkan bahasa Melayu semakin berkembang sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi dan tulisan ilmiah. 

4.2              Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1970 hingga 1980
Pada tahun 1970, bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah, sebagai bahasa pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa perhubungan awam.  Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan berlipat ganda untuk melengkapkan bahasa.  Isu yang wujud pada tahun 1970-an ialah bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah jenis Kebangsaan Inggeris yang menggantikan bahasa Inggeris.  Selain itu, isu yang wujud pada tahun ini juga ialah semua kuliah yang diajar di universiti-universiti tertentu telah dikuliah dalam bahasa Malaysia.  Misalnya, Universiti Malaya dan Universiti Pulau Pinang (Universiti Sains Malaysia).  Di samping itu, perancangan bahasa juga telah berlaku dalam tempoh 1970-an.  Perancangan yang dilaksanakan adalah seperti pembinaan istilah-istilah baru, sistem ejaan yang baru dan kamus-kamus telah diterbitkan dalam sepanjang tempoh ini.
Menurut Mukhtaruddin (1982), mulai daripada tahun 1970, PENA telah menggesa supaya semua darjah Satu dan darjah Dua sekolah-sekolah jenis kebangsaan Inggeris menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.   Di samping itu, jumlah waktu mata pelajaran bahasa Melayu ditambah.  Selain itu, pada peringkat sekolah menengah pula, PENA juga telah menggesa supaya bahasa pengantar di kelas peralihan ditukar daripada Inggeris kepada bahasa Melayu.  Tambahan itu, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan mengambil ujian lisan sebagai sebahagian daripada penentu untuk lulus Bahasa Kebangsaan dan mulai tahun 1971 Kertas Am Bahasa Kebangsaan diisyaratkan lulus untuk Sijil Tinggi Persekolahan.  Di samping itu, maktab digesa mengambil lebih ramai murid aliran kebangsaan memasuki maktab seperti Maktab MARA, Maktab Teknik dan Maktab Tentera manakala bagi maktab-maktab perguruan pula bahasa Melayu digunakan bahasa pengantarnya dan pelajar-pelajar yang lulus haruslah mampu menguasai dan mengajar dalam bahasa Melayu.  Pada peringkat universiti, bahasa Melayu telah diwajibkan dalam menyampaikan kuliah.  Pada tahun 1976, semua kuliah telah dijalankan dalam bahasa Melayu di Universiti Malaya dan Universiti Pulau Pinang (Universiti Sains Malaysia).
Dalam tempoh 1970-an, Peperiksaan Sijil Persekolahan Seberang Laut telah dimansuhkan.  Di samping itu, murid-murid Tingkatan Lima di sekolah menengah jenis kebangsaan Inggeris mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dikehendaki lulus dalam bahasa Melayu. (Ahmad Adam, 1994: 95).  Pada tahun 1971, mata pelajaran Geografi dan Sejarah di dalam peperiksaan Penilaian Darjah 5 telah diperiksa dalam Bahasa Melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan Inggeris.  Namun begitu, pada tahun 1974 semua mata pelajaran dalam peperiksaan penilaian telah dijalankan dalam bahasa Melayu.  Di samping itu, mata pelajaran Lukisan, Pertukangan Tangan dan Muzik dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pengantar Inggeris telah diperiksa dalam bahasa Melayu pada tahun 1974 juga.  Di sini dapat kita lihat bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar kepada beberapa institusi yang penting di negara kita.  Hal ini dapat menggalakkan semua penutur di Malaysia menggunakan bahasa Melayu dengan lebih kerap di mana-mana sahaja mereka berada.
             Terdapat dua kesan daripada gejala pengintensifan bahasa Melayu ini, iaitu yang pertama ialah melalui usaha-usaha gigih yang dilakukan oleh semua pihak, bahasa yang dahulunya disifatkan sebagai anak tiri telah mekar berkembang menjadi sekuntum bunga yang harum.  Maksudnya di sini ialah bahasa Melayu yang pada mulanya kurang digunakan telah menjadi bahasa yang mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza dan digunakan juga dalam bidang yang berbeza dalam masa yang singkat.  Kedua ialah perkembangan yang terlalu pesat itu telah membawa kesan-kesan negatif yang boleh mengakibatkan pencemaran bahasa.  Oleh itu, bagi mengelakkan pencemaran bahasa semakin banyak berlaku, pihak yang bertanggungjawab telah mewujudkan dan melaksanakan pelbagai kempen-kempen kesedaran bahasa yang akan mengangkat martabat bahasa kita dengan lebih tinggi lagi.
Tahun 1970-an merupakan satu era baru bagi sejarah perjuangan bahasa dan kesusasteraan Melayu di Malaysia.  Pergerakan bahasa tidak lagi berkisar pada soal politik tetapi lebih tertumpu pada usaha memperkaya dan mengembangkan bahasa itu.
Pada tahun 1983, tahun pertama di semua universiti harus menjalankan kursusnya dalam bahasa Melayu kerana pada tahun itu mahasiswa yang memasuki universiti adalah daripada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.  Di samping itu, pada tahun ini juga terdapat implikasi yang penting kerana seorang kanak-kanak Malaysia menerima seluruh persekolahannya dari darjah Satu sehinggalah ke peringkat universiti dalam bahasa Malaysia.  Selain itu, pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam bidang-bidang lain juga telah selesai.  Maka dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa tahun 1980-an merupakan tahun kematangan bagi bahasa Melayu.
Jika dalam tahun-tahun 1970-an, penutur-penuturnya masih meraba-raba dalam gelap dan istilah-istilah dan ungkapan baru masih dicari-cari, maka pada tahun-tahun 1980-an boleh dianggap sebagai zaman taraf kesempurnaan hampir tercapai.  Maksudnya di sini ialah penutur-penuturnya masih tidak tahu akan fungsi bahasa Melayu serta masih tercari istilah-istilah yang baru pada tahun-tahun 1970 dan pada tahun-tahun 1980 telah dianggap sebagai zaman  taraf kesempurnaan hampir tercapai.  Selain itu, istilah-istilah teknik dapat diperoleh dengan mudah.  Gaya bahasa juga telah dikembangkan untuk membolehkan bahasa Melayu memperkatakan sesuatu dengan tepat dan sempurna.  Penutur-penutur terutamanya dalam kalangan generasi muda dapat mengeluarkan buah fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bahasa Melayu.
 
4.2.1 Perancangan Bahasa   
4.2.1.1 Pembentukan Ejaan dan Istilah dalam Bahasa Melayu
Pada zaman Jepun, dan selepasnya Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, dengan kebijaksanaan Za’ba memulakan sistem ejaan baru yang dipanggil Sistem Ejaan Sekolah. Sistem ejaan ini ialah gabungan Ejaan Wilkinson, dengan beberapa perubahan baru yang dibuat oleh Za’ba. Ini terkandung di dalam  Petua-Petua Ejaan Rumi (1974). Sistem ejaan ini kemudiannya dijelaskan dan digunakan oleh Za’ba di dalam buku Pelita Bahasa Melayu.  Penggal I, II, dan  III. Sistem ini dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah  dan digunakan di negara ini hinggalah ejaan baru diisytiharkan pada tahun 1972. Walau bagaimanapun, sistem ini didasarkan kepada pengamatan-pengamatan umum sahaja, oleh itu terdapat juga pengaruh huruf Arab ke huruf rumi. Ini menyebabkan Sistem Ejaan Sekolah itu tidak saintifik, dan mengandungi beberapa kelemahan. Kelemahan-kelemahan ini telah mengganggu penggunaan bahasa Melayu waktu itu.
Secara lebih jelas lagi, sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun 1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Za’ba" yang juga dihasilkan daripada SITC. Sistem Ejaan Rumi Za’ba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejaan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua-petua Ejaan Rumi", yang dikarang oleh Za’ba.
Sehubungan itu, usaha pengemaskinian sistem ejaan dilakukan untuk mengatasi masalah tidak selarasnya beberapa sistem ejaan Rumi yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu di Malaysia pada tahap awalnya disusun oleh R.J. Wilkinson pada tahun 1908. Kemudian pada tahun 1920-an tokoh ulung bahasa Melayu, iaitu Pendeta Za`ba (Zainal Abidin bin Ahmad) telah menyusun sistem ejaan Rumi yang digunakan demikian lama di Malaysia dalam sistem pendidikan, pentadbiran dan lain-lain, iaitu kira-kira setengah abad, sehinggalah ditetapkan ejaan Rumi baharu pada tahun 1972.
Pada 23 Mei 1972, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu, Tun Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui oleh para ahli daripada kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi ialah perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia pada 16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB) yang diguna hingga kini.
Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standard yang tinggi berbanding sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang.
Dalam pada itu, sebelum penetapan sistem ejaan baharu itu, ada pula sistem ejaan Universiti Malaya, sistem ejaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan versi lain yang digunakan oleh pelbagai pihak lain.  Sesuai pula dengan semangat penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia untuk memenuhi kerjasama dan persefahaman serantau, sistem ejaan Rumi baharu yang dirasmikan ialah sistem ejaan yang diselaraskan bersama antara Kerajaan Malaysia (melalui Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu) dengan Pemerintah Indonesia (melalui Pakersa, iaitu Panitia Kerja Sama Kebahasaan), melalui badan rasmi kerjasama kebahasaan antara negara, iaitu Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) yang ditubuhkan pada tahun 1972.
Penubuhan Majils Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada tahun 1972 memulakan era baru dalam kerjasama kebahasaan di rantau ini.  Pada tahun 1972, Sistem Ejaan Baru Bahasa Malaysia/Indonesia dihasilkan. Pengisytiharan Sistem Ejaan Bersama (di Malaysia disebut Sistem Ejaan Rumi Baharu manakala di Indonesia disebut Sistem Ejaan Yang Disempurnakan) berlangsung secara serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, majlis pengisytiharan itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak bin Hussein. 
Menurut Zulkifley (2004: 44), pada tahun 1972, penyelarasan sistem ejaan bagi Melayu-Indonesia merupakan proses perancangan bahasa yang dilaksanakan pada peringkat supranasional.  Hasil yang pertama berjaya dilaksanakan ialah Sistem Ejaan 1972 yang dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia di Malaysia dan di Indonesia pula sebagai Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia Yang Disempurnakan.  Sepanjang tempoh 1972 hingga 1975, beberapa perubahan kecil telah dilakukan oleh kedua-dua negara terhadap sistem ejaan tersebut.  Dengan itu, terhasil lah sebuah buku panduan atau pedoman ejaan yang baru pada tahun 1975.  Di Malaysia, buku panduan tersebut dikenali sebagai Ejaan Rumi Baru Bahasa Malasysia manakala di Indonesia pula dikenali sebagai Ejaan Baru Bahasa Indonesia.
Di samping itu, Risalah Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk kegunaan ramai. Sistem ejaan itu nasih mengandungi beberapa masalah kecil. Jadi Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dibentuk, dan bertemu dengan Panitia Pengembangan Bahasa Indonesia maka terbentuklah masalah ejaan baru itu dibincangkan dalam persidangan-persidangan majlis tersebut.
Sebagai pedoman kepada masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan sejumlah buku dan risalah, antaranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1975), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981), dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan – Jawi (2001). Penerbit swasta turut serta dalam pengembangan sistem ejaan baharu itu dengan penerbitan pelbagai buku pedoman bahasa yang turut meliputi aspek sistem ejaan.  Sistem ejaan baru ini mengubah sistem ejaan sebelumnya misalnya daripada  ch kepada  c, sh kepada  ‘sy’, ‘dz’ kepada  ‘d’ dan  ‘th’ kepada  ‘s’.  Lambang-lambang ‘kh’, ‘ny’, ‘gh’ dan ‘ng’ masih kekal dipakai.
Dengan adanya sistem ejaan Rumi yang dikemaskinikan itu, segala dokumen pentadbiran, bahan pengajaran dan pemelajaran serta bahan untuk segala bentuk komunikasi tertulis diasaskan pada satu sistem ejaan yang relatif seragam dan hal ini membantu berlangsungnya komunikasi yang cekap dan berkesan, khususnya dalam pelaksanaan pentadbiran negara dan sistem pendidikan negara.
Dengan itu, sebuah majlis telah ditubuhkan untuk menyatukan aspek lain bahasa seperti peristilahan, iaitu Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia.  Majlis ini telah berjaya menghasilkan sebuah pedoman untuk ejaan baru, iaitu Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia dan sebuah lagi untuk peristilahan, iaitu berjudul Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia pada tahun 1975 yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan terbitnya buku ini, maka sebahagian besar kekeliruan tentang sistem ejaan bahasa Melayu dapat diatasi.  Pada tahun 1976 pula, Majlis Bahasa Malaysia-Indonesia yang telah mengadakan persidangan di Kuatan memutuskan bahawa akhiran “ysis” dan “esis” dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan secara malar dan diberikan bentuk “isis” sahaja dan bukan kadang kalanya “isa”.  Maka dengan itu, “analisa” misalnya kini telah menjadi “analisis”.
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahsa Melayu merupakan hasil yang penting daripada kerjasama tersebut yang telah banyak membentuk kerja-kerja peristilahan.  Sejumlah 164,049 isltilah dalam pelbagai bidang/subbidang ilmu telah berhasil disepakati.  Selain itu, 40 buah kamus istilah dapat diterbitkan dalam tempoh dari tahun 1986-2002 dan beberapa buah kamus lain sedang diusahakan.
Bahagian Peristilahan bertanggungjawab membina dan mengembangkan istilah untuk memperkaya dan memperlengkap bahasa Melayu. Kerja-kerja pembinaan, penyelarasan dan pengemaskinian istilah dilaksanakan oleh pelbagai jawatankuasa istilah. Jawatankuasa-jawatankuasa ini dinasihati Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (mulai 1975). Mereka menggunakan Pedoman Pembentukan Istilah (1975) hasil kerjasama dengan Indonesia sebagai panduan membina istilah. Bank Istilah juga telah diwujudkan. Istilah-istilah yang dibina didokumentasikan ke dalam kamus istilah dan disebarkan dari semasa ke semasa.
Usaha menggubal istilah dalam bahasa Melayu untuk mengisi peranannya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu di negara ini telah bermula pada tahun 1957, dengan dua bidang terawalnya Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan Teknik.  Sehingga kini, istilah yang terhasil dalam bahasa Melayu hampir mencecah jumlah 1 juta dan meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional (Bidang istilah yang sedang diupayakan di peringkat Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia berjumlah 250 bidang, manakala yang diusahakan di peringkat negara melebihi 300 bidang).
Bagi memudahkan kerja, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkan dua jawatankuasa istilah. Pertama ialah Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan Perjawatan, dan kedua ialah Jawatankuasa Istilah Sains Am. Panduan dan falsafah yang dipegang dalam pembentukan istilah tahap awal itu ialah menjaga kemurnian bahasa Melayu dan panduan ini sebenarnya mengongkong proses pembentukan istilah itu. Namun begitu, beberapa  istilah telah dapat bertahan sampai sekarang seperti stesen, kimia, dan sains. Terdapat beberapa istilah waktu itu sudah dipinda oleh sebab tidak dapat mendukung konsep asalnya. Contohnya ilmu jiwa, kajirumpun bangsa, ilmu hisab dan  kajibentuk bumi. Istilah yang dipakai sekarang ialah  psikologi, ethnologi, matematik dan geomorfologi. 
Zaman kedua dalam pembentuk istilah berlaku sekitar tahun 1960 hingga 1975. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun tiga pedoman yang dapat disenaraikan seperti berikut:
(a) Pedoman Membentuk Istilah-Istilah Baru DBP,  yang mula digunakan sejak 1959.
(b) Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk Istilah Baharu Bahasa Melayu DBP, yang mula digunakan selepas 1970.
(c) Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya yang mula digunakan pada 1971.
Beberapa Jawatankuasa Istilah lagi dibentuk kemudiannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk  membentuk istilah-istilah bidang profesional yang amat mendesak pada ketika itu. Jawatankuasa Istilah ini telah menghasilkan 71,887 istilah sehingga tahun 1975. Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) telah ditubuhkan sejak Disember 1972, sebagai penasihat tertinggi mengenai bahasa bagi membantu usaha-usaha Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahap awal penubuhan JKTBM ialah untuk mewakili Malaysia dalam usaha kerjasama bagi menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru dengan Indonesia. Usaha ini berhasil dan dipertingkatkan kemudiannya. Selanjutnya tugas jawatankuasa tersebut mencakupi pula aspek peristilahan dan  malahan dianggap oleh kerajaan sebagai badan tertinggi dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu. 
Pedoman Umum Pembentukan Istilah (PUPI) telah menandakan bermulanya zaman ini. PUPI diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1975. Pedoman ini ialah hasil usaha MBIM yang mengambil masa tiga tahun untuk dibentuk bagi membantu pembentukan istilah untuk bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia. PUPI dibentuk dengan sumbangan pakar ahli bahasa dan ilmu kedua Negara, dengan berpandu kepada amalan dalam usaha yang sama di peringkat antarabangsa. Pedoman ini telah diisytiharkan pemakaiannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri  Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 30 Ogos 1975 (Abdullah Hassan, 1987: 85).
Walaupun sudah ada PUPI tetapi disebabkan banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) dan mencakupi bidang yang banyak pula, dengan konsep dan pemahaman ilmunya yang tersendiri pula, maka wujudlah bermacam-macam istilah, malahan satu istilah mendukung pelbagai konsep dan pengertian. Oleh sebab itu, istilah tertentu ciptaan pelbagai JKI itu perlu diselaraskan. Dua buah jawatankuasa penyelarasan telah dibentuk, iaitu Jawatankuasa Penyelarasan Istilah Sains tulen dan Jawatankuasa Penyelarasan Istilah Sains Sosial dan Kemanusiaan. 
Pada tahun 1981, DBP telah mengeluarkan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia.  Buku yang paling muktahir tentang sistem ejaan Rumi bahasa Melayu ialah Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1996.
Menjelang pada tahun 1980-an, akhiran “isasi” atau “ifikasi” yang sangat popular pada tahun 1960-an dan 1970-an telah digantikan dengan penggunaan “pe-an” oleh para penerbit karya ilmiah tanpa sebarang sokongan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Contohnya ialah:-
·         Modenisasi - Pemodenan
·         Islamisasi - Pengislaman
·         Klasifikasi – Pengelasan
Dalam tahun 1980-an juga, satu ketetapan dicapai dalam sidang Majlis Bahasa Malaysia-Indonesia di Bali bahawa “de” dalam istilah saintifik telah digantikan dengan “nyah”.  Contohnya perkataan “mendewarnakan” menjadi “menyahwarnakan”.  Dalam tempoh ini juga, pelbagai istilah saintifik telah wujud seiring dengan peredaran zaman.
Daripada hampir seluruh bidang ilmu moden yang digubal istilahnya itu, baik dalam bidang ilmu sains sosial mahupun ilmu sains tabii, terdapat bidang baharu yang berkaitan dengan kemajuan negara yang mutakhir, iaitu aeroangkasa, kejuruteraan kapal terbang dan kejuruteraan automotif. Pengerusi Jawatankuasa Istilah Aeroangkasa, Dr. Ahmad Sabirin merupakan pakar yang mereka bentuk, melancarkan dan mengoperasikan mikrosatelit pertama Malaysia, iaitu TiungSAT-1. Jumlah buku istilah dalam bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja ialah sekitar 213 judul. Seluruh peringkat dalam sistem pendidikan negara telah pun memanfaatkan penggunaan istilah yang digubal untuk penyampaian dan pengembangan ilmu kepada pelajar semua peringkat itu.
Keperluan terhadap istilah-istilah baharu dalam bidang tertentu dan keperluan terhadap istilah bidang ilmu dan profesional yang baharu terus-menerus ditangani oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama pakar-pakar ilmu yang sebilangan besarnya terdidik dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya hingga di peringkat sekolah menengah.
Dalam usaha memperkaya istilah dalam bahasa Melayu untuk menjadikannya berupaya menjadi bahasa ilmu moden, ribuan pakar dalam ratusan bidang, yang kesemuanya merupakan aset negara telah dan sedang terlibat secara intensif melakukan penggubalan istilah, menyusun glosari dan kamus istilah serta mengembangkannya dalam kuliah mereka di institusi pengajian tinggi dan juga dalam pengurusan institusi profesional masing-masing.
Dalam usaha memperluas sumbangan kepakaran mereka untuk memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah merancang dan memulakan gerak langkah melibatkan pakar-pakar ilmu dan profesional itu dalam penghasilan karya ilmiah dalam bentuk buku dan kamus ensiklopedik dalam bidang masing-masing, iaitu sebagai peningkatan dan peluasan daripada kerja penggubalan istilah selama ini. Dijangka bahawa dengan strategi bersepadu dan terancang itu, penghasilan karya ilmu dalam bahasa Melayu akan menjadi cukup pesat dan diharapkan dapat memenuhi keperluan mengilmukan generasi pembina negara.
Dalam usaha memperkaya istilah dalam bahasa Melayu untuk menjadikannya berupaya menjadi bahasa ilmu moden, ribuan pakar dalam ratusan bidang, yang kesemuanya merupakan aset negara telah dan sedang terlibat secara intensif melakukan penggubalan istilah, menyususn glosari dan kamus istilah serta mengembangkannya dalam kuliah mereka di institusi pengajian tinggi dan juga dalam pengurusan institusi profesional masing-masing. Dalam usaha memperluas sumbangan kepakaran mereka untuk memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, Dewan Bahasa dan Pustaka sudah pun merancang dan memulakan gerak langkah meliibatkan pakar-pakar ilmu dan profesional itu dalam penghasilan karya ilmiah dalam bentuk buku dan kamus ensiklopedik dalam bidang masing-masing, iaitu sebagai peningkatan dan peluasan daripada kerja penggubalan istilah selama ini. Dijangka bahawa dengan strategi bersepadu dan terancang itu, penghasilan karya ilmu dalam bahasa Melayu akan menjadi cukup pesat dan diharapkan dapat memenuhi keperluan mengilmukan generasi pembina negara.

4.2.2 Pembentukan Tatabahasa dalam Bahasa Melayu
Tatabahasa Melayu sebagai asas sistem bahasa Melayu yang berkaitan dengan proses pembinaan kata dan ayat telah menjadi perhatian dan kajian sarjana Eropah, iaitu Belanda dan Inggeris sejak abad ke-17. Usaha penyusunan tatabahasa Melayu yang meninggalkan kesan dan pengaruh yang cukup besar ialah yang dilakukan oleh Pendeta Za`ba. Karyanya yang berjudul Pelita Bahasa Melayu sebanyak tiga jilid telah membantu memantapkan perkembangan bahasa Melayu apabila buku tersebut menjadi rujukan utama dalam sistem pendidikan di negara ini selama puluhan tahun sejak 1940-an. Pada tahun 2000, buku itu diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam ejaan Rumi baharu sebagai buku edisi mewah.  Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha mengemaskinikan tatabahasa Melayu dengan menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid 1 (1986), Tatabahasa Dewan Jilid II (1989) dan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993).

4.2.3 Pembentukan Sebutan dalam Bahasa Melayu
Usaha membakukan sebutan bahasa Melayu telah mula dibincangkan dan dirumuskan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 1984 telah mula menggerakkan perumusan sebutan baku yang berasaskan rumusan Kongres dan bersempena dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu di sekolah pada tahun 1988, sebutan baku yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah diintegrasikan dalam sukatan pelajaran baharu mata pelajaran Bahasa Melayu. Bahan terbitan yang telah dihasilkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka antaranya termasuklah Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Sebutan Baku Bahasa Melayu (berserta kaset) dan DaftarKata Bahasa Melayu: Rumi – Sebutan – Jawi.
Masalah sebutan disifatkan sebagai masalah yang sangat rumit. Oleh sebab itu, perancangan pembakuannya di Malaysia dilaksanakan selepas dimantapkan aspek-aspek bahasa yang lain. Antara kegiatannya diperturunkan seperti yang berikut:
(i)  Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak awal Rancangan Malaysia keempat (1981)
(ii)  Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek diadakan sejak awal 1980-an. Beberapa bengkel diadakan sehingga tahun 1987.
(iii)  Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pakar-pakar bahasa. 
(iv)  Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia dan PLM serta pakar-pakar bahasa pada tahun 1987.

4.2.4 Pembentukan dan Pengembangan Kamus
Menurut Ibrahim (1994: 4), tradisi penyusunan kamus di rantau ini mengalami pengalaman yang hampir sama seperti yang berlaku di Barat.  Jika tradisi permulaan perkamusan Melayu bermula dengan disiplin yang agak longgar apabila bentuknya tidak memenuhi ciri-ciri sebuah kamus, tetapi lebih kepada bentuk daftar kata atau glosari, perkembangan yang sama juga berlaku di Barat. Mengikut catatan sejarah, bentuk daftar kata atau glosari yang muncul dalam tradisi bentuk dwibahasa.  Hal yang sama juga berlaku dalam tradisi perkamusan Melayu apabila didapati bentuk kamus yang terawal adalah dalam bentuk dwibahasa.  Ini berdasarkan pembuktian daftar kata dwibahasa Sanskrit-Melayu kuno pada abad ketujuh atau kelapan  atau penemuan glosari atau daftar kata Latin dengan padanan bahasa Inggeris zaman Anglo-Saxon pada ke -8.
Kamus Dewan, iaitu kamus ekabahasa yang pertama bagi DBP telah berjaya diterbitkan pada tahun 1970 dan diulang cetak pada tahun 1984, dengan perubahan ejaan mengikut sistem ejaan baru; edisi kedua, iaitu Kamus Dewan Edisi Baru diterbitkan pada tahun 1989; dan edisi ketiga diterbitkan pada tahun 1994.  Kamus Melayu Edisi Pelajar, iaitu Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar, terbit pada tahun 1975, lanjutan daripada kamus ini, Kamus Pelajar Bahasa Malaysia telah diterbitkan pada tahun 1983.  Kamus Pelajar disusun berasaskan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar dan sebahagian besar daripada kandungannya diserap daripada kamus tersebut, tetapi dilakukan sedikit pengubahsuaian.  Di samping itu, pada pertengahan tahun 1971, Kamus Dwibahasa, iaitu Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia telah mula diusahakan dan terbit pada tahun 1991.  Maka dengan itu, untuk membantu usaha menyebarluaskan pengguna bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai bentuk kamus khusus diusahakan.  Kamus bahasa sukuan yang pertama diterbitkan oleh DBP ialah Kamus Bahasa Iban-Bahasa Malaysia pada tahun 1989.
Usaha pertama Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah bermula pada tahun 1964 terhasil pada tahun 1970 dengan terbitnya Kamus Dewan, iaitu kamus ekabahasa bahasa Melayu yang dianggap berwibawa sebagai rujukan. Kamus yang entrinya berjumlah kira-kira 30,000 patah itu kemudian diterbitkan dalam edisi baharu pada tahun 1984 dan 1989 (masing-masing dengan tambahan 900 entri dan 2,000 entri), edisi ketiganya pada tahun 1995 (dengan tambahan 6,000 entri) dan edisi keempatnya pada tahun 2005 (dengan tambahan 5,000 entri).
Untuk pelajar sekolah menengah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada tahun 1975 dan Kamus Pelajar Bahasa Malaysia pada tahun 1987, sementara untuk murid sekolah rendah disusun dan diterbitkan Kamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun 1989 dan pada tahun 2003 terbit edisi keduanya dengan judul Kamus KBSR Dewan Bergambar.
Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengusahakan dua buah kamus dwibahasa. Pertama ialah kamus Melayu-Inggeris dan kedua kamus Inggeris-Melayu yang kedua-duanya diterbitkan pada tahun 1984. Terdapat juga kamus yang diusahakan oleh penerbit-penerbit swasta. Contohnya ialah seperti kamus-kamus ekabahasa dan dwibahasa yang diusahakan oleh A.S Hornby et al. (1972), A.K. Mohamad (1973), Mohd Salleh Daud (1973), Sulaiman Masri (1973), Meji Sulung (1974) dan Kader M.A. (1974).
DBP juga bertanggungjawab menyusun dan menerbitkan pelbagai jenis kamus. Kamus-kamus yang diterbitkan terdiri daripada kamus ekabahasa seperti Kamus Dewan; kamus dwibahasa seperti Kamus Inggeris-Melayu Dewan; kamus umum pelbagai bahasa seperti Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris-Bahasa Cina; kamus istilah dalam pelbagai bidang sains asas, sains kemasyarakatan, dan lain-lain lagi, contohnya Kamus Istilah Sains Am (1988); kamus khusus seperti kamus tentang sinonim, dialek, etimologi, ungkapan, peribahasa, dan lain-lain lagi.; glosari seperti Glosari Istilah Sains Nuklear (1993), dan tesaurus yang meliputi tesaurus umum, tesaurus konsep, dan tesaurus bidang khusus.
Ada tiga jenis kamus yang diusahakan, iaitu kamus sinonim, antonim dan thesaurus yang juga diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Badan perancang bahasa Melayu itu juga ada menerbitkan kamus menurut bidang yang juga disebut kamus istilah. Kamus ini disusun mengikut keperluan golongan profesional. 
Sepanjang tempoh 1970-an dan 1980-an, terdapat banyak perubahan yang telah dibuat dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang berkenaan.  Mereka telah berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mempunyai berbagai-bagai fungsi yang digunakan oleh seluruh masyarakat yang ada di Malaysia pada masa itu.  Dalam tempoh ini juga, Dewan Bahasa dan Pustaka telah banyak memainkan peranan dalam mengembangkan bahasa Melayu tidak kira dari segi ejaan mahu pun istilah.  DBP juga telah berjaya menerbitkan kamus yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat.  Maka dengan ini, semua maksud kepada sesuatu perkataan dapat diketahui dengan bantuan kamus.

4.2.5 Kempen Kesedaran Bahasa
Bagi mengekalkan kewujudan bahasa khususnya bahasa Melayu, beberapa usaha telah dilaksanakan.  Sebagai contoh ialah “Program Gerakan Cintailah Bahasa Kita” yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 oleh Perdana Menteri Malaysia, bertujuan untuk membina kesedaran dan mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa di Malaysia.  Pelbagai kempen kesedaran bahasa telah dijalankan supaya masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu khususnya akan lebih menghargai bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia.  Walaupun kita telah menempuh era yang baru, tidak bermakna bahasa yang kita gunakan juga baru.  Kita harus mengekalkan keaslian bahasa kita dalam negara mahu pun di luar negara.  Kita sebagai rakyat Malaysia harus bangga dengan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian yang melambangkan identity sesebuah bangsa.  Misalnya, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia digunakan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

4.3              Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1990 hingga 2000
4.3.1         Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia

       Isu bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia sering kali diperdebatkan kerana masyarakat Malaysia masih tidak tahu perbezaan Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Sebenarnya kedua-dua bahasa tersebut walaupun pada zahirnya sama, ianya tetap berbeza dari segi pendefinisian maksud dan latar belakang sejarah. Bagaimana kedua-dua bahasa ini berbeza di kotak fikiran kita?
    Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rahim Aman, berkata penggunaan istilah bahasa Malaysia lebih berbentuk politik dan tidak merujuk kepada ilmu bahasa, sedangkan istilah yang tepat ialah bahasa Melayu dengan mengambil kira sejarah, akademik dan hakikat ilmu.
       Istilah bahasa Melayu tidak mempunyai mandatnya lagi. Bahasa Melayu  diganti dengan istilah bahasa Malaysia kerana ianya dikatakan bersifat majmuk dan sesuai bagi menggambarkan bahasa yang diterima pakai secara meluas oleh rakyat Malaysia. Bahasa Melayu kononnya menjadi tidak sesuai dengan kerencaman bangsa di negara ini selain tidak seiringan dengan cita-cita mahu mewujudkan bangsa Malaysia yang selayaknya menggunakan bahasa Malaysia. Kononnya juga apabila disebut bahasa Malaysia, maka dunia luar akan menggambarkan satu bahasa yang digunakan oleh bangsa Malaysia sedangkan hakikatnya tidak begitu. Isu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia mula ditimbulkan kerana kehadiran sesetengah pihak yang tidak faham maksud Bahasa Melayu. Golongan tersebut terus mengunci bahawa “Melayu” dan Bahasa Melayu tersebut merujuk kepada kaum melayu. Bahkan dalam kotak fikiran mereka “bukankah kita sudah merdeka dan hidup berbilang kaum, maka pengunaan frasa Bahasa Melayu adalah tidak wajar untuk masyarakat Malaysia”. Sesetengah golongan tersebut cuba menyatakan bahawa Bahasa Melayu bahasa anti perkauman. Mengapa perlu kita kembali kepada zaman Jahiliah, zaman kegelapan tanpa ilmu.
      Bahasa Melayu sebenarnya tidak merujuk kepada kaum Melayu, ianya adalah bahasa untuk semua orang. Bahasa Melayu tidak perlu dihukum sebegitu rupa kerana bahasa Melayu adalah warusan milik masyarakat Malaysia. Jika tidak , mengapa Bahasa Melayu digelar sebagai “lingua Franca” pada zaman dahulu. Menurut Ahmad, bahasa melayu merupakan bahasa yang berhubung secara meluas merentas etnik negara Malaysia.  Maka, mengapa kita perlu menganggap bahasa melayu sebagai unsur perkauman sedangkan masyarakat di luar sana mengunakan bahasa inggeris tanpa merasakan unsur perkauman ? Malah, di Australia walaupun mempunyai bahasa mereka sendiri, bahasa inggeris digunakan seperti biasa tanpa wujud sentimen perkauman antara kaum asli Maori dengan kaum yang lain. Selain itu ,di Singapura yang merupakan negara majoriti kaum Cina. Namun begitu, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan negara tersebut. Sekiranya pelancong asing bertanya kepada rakyat Singapura, “apakah bahasa kebangsaan negara Singapura?”. Rakyat Singapura akan menjawab bahasa melayu dan bukannya bahasa Singapura.
    Menurut Utusan Malaysia bertarikh 22 November 2007, “Selain itu, jika kita tinjau negara lain terutama negara maju dan membangun seperti Jepun, Korea, China, Jerman, Perancis, Itali, Rusia dan Finland, kesemua negara ini menggunakan bahasa ibundanya.Jerman dan Jepun misalnya, setiap ilmu kejuruteraan, sains dan matematik menggunakan bahasa ibundanya sehingga mereka berjaya menjadi negara industri kejuruteraan yang utama. Begitu juga Rusia, menggunakan bahasa ibundanya sehinggakan angkasawan kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi pertama ke stesen angkasa lepas. Disini kita lihat, negara lain seperti Russia tidak menukar bahasa Russia kepada Bahasa Inggeris walaupun ingin berkomunikasi dengan negara lain. Mereka tetap cintakan dan agungkan bahasa kebangsaan negara mereka. Walhal kita malu untuk bercakap bahasa melayu jika berkomunikasi dengan orang luar negara.  Pada 5 Mac 2010 lalu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan jayanya menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di Putrajaya. Ia telah mengumpulkan 56 peserta dari 51 buah negara seluruh dunia. Kebanyakan peserta tersebut bukan asli seperti rakyat Malaysia yang daripada kecil sehingga dewasa bertutur dalam bahasa Melayu.
        Perlembagaan Malaysia juga telah termaktub iaitu Pekara 152 menyatakan  bahawa bahasa yang dirujuk sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu.(Abdullah Sani,2007) Walhal, penggunaan bahasa Melayu telah diiktirafkan oleh dunia dan bahasa tersebut diterap dalam kursus di universiti luar negara. Maka, mengapa kita sebagai bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sejak sekian lama ingin menukarkan bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia.
     Keputusan Kabinet menukar istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bagi mengelakkan polemik selain bagi menunjukkan bahasa itu milik semua kaum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita tahu Bahasa Kebangsaan itu merupakan Bahasa Melayu, tetapi kita nak bahasa itu dijadikan bahasa kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira keturunan, kumpulan etnik dan sebagainya. "Kita anggap Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik kita semua, itulah rasionalnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pelancongan Sedunia ke-3 di sini. Beliau mengulas laporan muka depan akhbar The Star hari ini bahawa Bahasa Malaysia akan dijadikan istilah rasmi bagi bahasa kebangsaan. Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin dilaporkan berkata keputusan sebulat suara itu dibuat Kabinet pada April memandangkan ia bakal menanamkan semangat bahasa kebangsaan milik semua tanpa mengira kaum. Sehubungan itu, semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi yang lain telah diarahkan supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah Bahasa Malaysia dalam surat-menyurat, notis dan dokumen, berkuatkuasa serta-merta. Istilah Bahasa Malaysia diperkenalkan Bapa Kemerdekaan iaitu Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman selepas negara mencapai kemerdekaan sebagai langkah menanam identiti Malaysia. Ia diguna pakai secara meluas sehinggalah 1986 apabila ditukar kepada istilah Bahasa Melayu, kata Zainuddin. Beliau berkata RTM sudah mula menggunakan istilah Bahasa Malaysia untuk merujuk kepada bahasa Melayu dan mengarahkan semua stesen televisyen dan radio swasta serta suratkhabar supaya turut menggunakannya.”

(Dipetik daripada Berita Harian ,4 Jun 2007)

     Berdasarkan berita tersebut, adakah visi atau matlamat yang sebenarnya bahasa melayu ditukar kepada bahasa Malaysia berjaya dicapai? “Tepuk dada tanya selera”, bahasa Malaysia atau bahasa Melayu belum dapat menjamin kestabilan di dalam negara kita. Tahun 2010 telah memperlihatkan lagi isu perkauman dibangkit melalui aspek agama. Maka, mengapa kita perlu menganggu warisan bahasa kita yang telah wujud beratus-ratus dahulu demi kepentingan politik. Bahasa Melayu adalah sejarah dan kita perlu belajar daripada sejarah.

        Dalam pergulatan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kaki lima di negara sendiri, tidak usahlah dibahaskan pula istilah yang mana satu betul, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia. Secara mudah, bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan, bukan bahasa Malaysia. Kerana itu biarlah ia terus menjadi bahasa Melayu daripada bahasa Malaysia yang membawa konotasi asimilasi bahasa yang dituturkan oleh semua kaum.(Utusan Malaysia Online, 5 Oktober 2009, ,)

      Tamsilnya, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia, terpulang kepada kita bangsa Malaysia untuk memahami apakah persoalan atau isu yang menjadi masalah sebenarnya. Sama ada diri kita yang masih minda kelas ketiga atau bahasa yang perlu dipersalahkan.

4.3.2         Adakah pengunaan Bahasa Melayu merupakan pengerak  pembangunan negara

       Bahasa sememangnya merupakan alat atau elemen yang penting dalam memajukan tamadun manusia. Dalam erti kata yang lain, bahasa adalah alat budaya sesuatu bangsa. Tun Mahatir sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia pernah berkata bahawa “maju bangsa Melayu majulah Bahasa Melayu”. Konteks pengerak pembangunan negara yang dinyatakan disini ialah pembangunan negara daripada segi ekonomi, politik dan sosial.
     Tetapi, bagaimana bahasa tersebut menunjukkan ianya pengerak pembangunan? Kita lihat sejarah perjuangan Gottfried Wilhelm Leibniz (1646-1716) dalam kajian Bahasa dan Pembinaan Tamadun Bangsa oleh Abdullah Hassan (Yang Dipertua Persatuan Penterjemah Malaysia). Leibniz merupakan seorang sarjana matematik dan falsafah Jerman yang cuba mencari mengapa bangsa Jerman masih lagi mundur walaupun ekonominya berkembang dan negara Jerman kaya dengan pelbagai sumber. Permasalahan tersebut dikaji dan Leibniz menyedari bahawa bahasa Perancis dan Latin yang digunakan menjadi tembok pemisah antara dua golongan rakyat Jerman. Golongan atasan dan intelektual menggunakan bahasa Perancis dan Latin, dan ilmu pengetahuan dalam segala bidang ditulis dan disebarkan melalui bahasa Perancis dan Latin saja. Rakyat biasa yang hanya memahami bahasa Jerman tidak memahaminya. Antara ilmu dan rakyat wujud tembok bahasa. Leibniz juga menyedari bahawa, apabila bahasa sendiri diketepikan dan bahasa asing didewakan, rakyat akan kehilangan kepercayaan kepada diri sendiri dan pemikirannya pun terjejas. Dan bangsa yang tidak percaya kepada diri sendiri tidak akan maju. Leibniz mengatakan bangsa Jerman hilang kepercayaan kepada bahasa Jerman. Mereka sibuk mengatakan hanya bahasa Perancis itulah yang mengandungi ilmu, bahasa antarabangsa, bahasa yang boleh membawa kemajuan. Akibatnya mereka mengabaikan bahasanya sendiri. Dalam pada itupun, Leibniz melihat bahawa orang Perancis sendiri tidak menerima mereka sebagai nukleus kepada masyarakat Perancis itu. Perjuangannya disokong oleh orang-orang Jerman yang percaya kepada perjuangannya. Pada sekitar 1750-an terbitlah sebuah tatabahasa Jerman ditulis oleh Johan Christoph Gottsched, dengan judul Dasar-Dasar Tatabahasa Bahasa Jerman. Sambutan rakyat dan golongan intelektual terhadap buku tatabahasa ini luar biasa. Gottsched mengatakan bahawa sambutan hangat rakyat Jerman terhadap tatabahasa itu menunjukkan patriotisme rakyat Jerman terhadap bahasanya. Tatabahasa Jerman ini membuktikan kepada semua bahawa bahasa Jerman adalah bahasa yang teratur yang sama mampu dengan bahasa-bahasa mana pun di Eropah.
      Bermula dari tarikh itu bahasa Jerman terus membangun dan digunakan dalam bidang-bidang yang diusulkan oleh Leibniz. Itulah saat yang merupakan permulaan kebangkitan Jerman sebagai salah satu negara maju di dunia. Leibniz meninggal pada tahun 1716 dan tidak menyaksikan hasil perjuangannya. Tetapi wawasannya telah memupuk jalan yang meletakkan bahasa Jerman sebagai bahasa utama yang memainkan peranannya sebagai bahasa pendidikan, pentadbiran dan perhubungan dalam semua bidang termasuk perniagaan, di kalangan rakyat Jerman. (ABDULLAH HASSAN, 2009 )
          Kita lihat negara-negara timur seperti Jepun dan korea. Bahasa kebangsaan mereka masing-masing adalah bahasa Jepun dan Korea. Kedua-dua negara tersebut sangat maju walaupun pernah dilanda kemelutan ekonomi dan politik yang teruk. (Abdullah Sani, 2007), Jepun tidak pernah berganjak daripada mengunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam semua mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat menengah dan bukan di sekolah rendah. Peluang untuk mempelajari bahasa asing lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugis , Rusia, Mandarin dan lain-lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan, rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun, bahasa Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya. Kita lihat perbezaan negara yang maju(mengunakan bahasa ibunda sebagai bahasa utama) dan tidak maju(tidak mengunakan bahasa ibunda sebagai bahasa utama) :

      Maka, dapat disimpulkan disini, kebanyakan negara yang tidak mengunakan bahasa Ibunda sebagai bahasa utama menghadapi masalah dalam memajukan negara mereka. India misalnya, mengunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama selama 300 tahun dan Filipina selama 60 tahun dalam pentadbiran dan pendidikannya, tidak membantu dalam memajukan negara mereka.(Abdullah Sani,2007) Berbanding Malaysia yang telah merdeka selama 53 tahun semakin maju dengan pengunaan bahasa Melayu.
4.3.3         Bahasa Melayu VS Bahasa Inggeris dalam pendidikan
     Isu pengunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan juga hangat diperkatakan dan banyak mengundang kontroversi. Tetapi , yang menjadi mangsa ialah para pelajar yang keliru dengan sistem pendidikan di Malaysia. Bila isu ini mula dibangkitkan? Isu mula timbul apabila pada tahun 1993, Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat pengumuman bahawa semua kuliah sains dan tekonologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris. Tetapi pada awal  tahun 1970-an ketika menjadi Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia, keputusan Tun Dr. Mahatir tersebutt bertentangan dengan pendiriannya pada peringkat awal iaitu beliau dengan tegasnya menyatakan bahawa bahasa Melayu mestilah dijadikan bahasa penghantar utama untuk semua kursus di universiti.
        Apabila pengumuman tersebut telah dilontarkan oleh Tun Dr. Mahatir , kumpulan-kumpulan cendekiawan mengadakan pertemuan demi pertemuan dan gerakan untuk menasihati kerajaan agar tidak melaksanakan keputusan Perdana Menteri pada masa tersebut. Bak kata pepetah,”menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan” , tidak sampai 10 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2002, Perdana Menteri yang sama iaitu Tun Dr. Mahatir telah membuat pengumuman bahawa mata pelajaran sains dan matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003. Alang-alang mahasiswa dan mahasiswi yang berhadapan dengan bahasa penghantar bahasa inggeris, biarlah dimulakan dengan rebung yang masih muda agar senang dilenturkan.
     Pada tahun 2003, setealah PPSMI atau nama penuhnya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan salah satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan Banyak permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan Bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik. Pelbagai bantahan dan bentuk respon oleh masyarakat Malaysia terhadap isu tersebut. Pemuda UMNO Barisan Nasional melahirkan kebimbangan dari segi pelaksanaan dasar tersebut terutamanya membabitkan kecukupan tenaga pengajar dan jadual pelaksanaannya. Parti-parti politik tempatan turut meragui pelaksanaan dasar baru tersebut dan wujud pula sesetengah yang mengambil kesempatan untuk mengunakan isu tersebut sebagai isu perkauman. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan  Kebangsaan (KPPK) menyambut dengan baik pengunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik bagi mengelakkan sindrom tidak tahu berbahasa inggeris menjadi semakin buruk dalam kalangan pelajar luar bandar khasnya.     (Tajul Ariffin Noordin, Roslee Ahmad, Rahimawati Abdul Rahim, 2007).
     Isu Pelajar luar Bandar yang besar kemungkinan tidak dapat menyediakan diri dengan perubahan dijawab dengan bernas oleh Tan Sri Musa bin Mohamad. Antaranya ialah :
Salah satu isu kritikal dalam pelaksanaan dasar bahasa Inggeris ini ialah kedudukan para pelajar Melayu di luar bandar. Banyak pihak mendakwa kononnya pelajar-pelajar Melayu di luar bandarlah yang akan menjadi mangsa dasar bahasa Inggeris. Mereka akan ketinggalan untuk mengikuti pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Itulah hujah mereka. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan senario seumpama itu tidak berlaku?
MUSA: Yang pertama kita kena faham bahawa pelajar-pelajar tahun satu yang masuk sekolah pada tahun 2003 mempunyai masa selama enam tahun untuk memantapkan bahasa Inggeris mereka. Enam tahun itu adalah satu jangka masa yang panjang. Saya yakin selepas enam tahun, mereka akan fasih dalam bahasa Inggeris.
     Peperiksaan UPSR dalam bahasa Inggeris sepenuhnya hanya akan diwajibkan selepas enam tahun. Dalam tempoh enam tahun itu, kita akan gunakan segala cara untuk mengatasi kelemahan para pelajar di luar bandar iaitu dari segi prasarana, guru dan alam sekeliling. Orang selalu berkata mengapa kita tidak betulkan dahulu kelemahan-kelemahan itu sebelum laksanakan dasar bahasa Inggeris. Kalau kita buat macam itu, jika kita beri tempoh enam tahun dari sekarang baru kita hendak laksanakan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, apa yang akan berlaku ialah tidak akan ada apa-apa yang berlaku. Inilah perangai manusia. Mereka selalunya tunggu hingga waktu terakhir baru hendak membuat langkah ke depan.
      Cara kerajaan menggerak kemajuan ialah dengan memaksa kemajuan itu berlaku dan bukannya memupuk benda itu sampai matang, barulah kita hendak lakukan sesuatu. Kalau kita buat macam itu, iaitu tunggu wujud dulu suasana yang sesuai, ketika itu orang lain telah pun jauh ke depan. Kita pula masih lagi leka membaiki itu, membaiki ini. Saya tidak khuatir jikalau pada tahun 2003 nanti akan ada banyak masalah. Kita harus berani menghadapi masalah. Kalau dilihat di luar bandar, masalah itu lebih besar. Kita kena terima dan kita kena hadapi masalah itu dengan berani. Jangan kita lari daripada masalah.

(Dipetik dan diubahsuai daripada petikan “Jangan kita lari daripada masalah – Musa”, 2002)

      Namun begitu, “rambut sama hitam tapi hati lain-lain”, segelintir warga pendidik mempersoalkan usaha memperkenalkan dasar baru tersebut. Guru yang berfikiran terbuka menerima dasar tersebut sebagai satu pendekatan yang baik dan cabaran untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. (don, 2007), Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa melayu apabila bekas perdana menteri kita iaitu Tun Dr. Mahatir menyarankan pengunaan bahasa inggeris bagi subjek sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi di Malaysia . Ia dilihat sebgai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah lemah penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar.
     Kita memang tidak boleh menyangkal kebaikan yang kita peroleh daripada pelaksanaan dasar tersebut. Bahasa Inggeris telah pun diiktirafkan sebagai bahasa sejagat dan Malaysia memerlukan tenaga-tenaga pekerja tempatan yang mahir berbahasa inggeris. Pengunaan bahasa inggeris bukanlah meruntuhkan institusi bahasa melayu sebaliknya mengangkat mertabat bahasa melayu di mata dunia. Maka, semua pihak haruslah berganding bahu dalam pelaksanaan tersebut agar tiada pihak yang tersinggung serta pengunaan bahasa inggeris tersebut tidaklah seperti menghakis bahasa melayu daripada kamus kehidupan masyarakat Malaysia. Sebaliknya, memperkukuhkan bahasa melayu serta bidang pendidikan Malaysia.
     Namun begitu, keputusan pemimpin negara perlu dihormati kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk rakyat. Pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam. Seperti yang diduga Tun Dr. Mahatir memberi kenyatan bahawa  Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) wajar diteruskan untuk memastikan pelajar khususnya bangsa Melayu tidak ketinggalan. Menurut beliau lagi ,  PPSMI bertujuan untuk melengkapkan pelajar di sekolah untuk menguasai ilmu Sains dan Matematik sekaligus menguasai bahasa Inggeris yang diguna pakai di peringkat antarabangsa
     Menurut SHURA atau Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) menggesa kerajaan memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia akan menjejaskan kedaulatan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.Setiausaha Agung Shura Mohd Azmi Abd Hamid berkata sejak PPSMI dilaksanakan pada tahun 2002, ia telah menjejaskan status dan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Mohd Azmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar Memorandum Bantahan terhadap PPSMI kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah di sini hari ini.(BERNAMA, 10 JUN 2009).
       Marilah kita fikir sejenak, dapatkah kita menentukan bahasa yang mana lebih penting atau akan menang sekiranya kedua-dua bahasa tersebut dapat bertanding antara satu sama lain? Sebenarnya, menang atau kalah, kita tidak perlu tentukan. Pekara yang paling penting ialah kedua-duanya membawa kebaikan bukannya menimbilkan permasalahan yang rumit.
4.3.4         Bahasa rojak mengancam Bahasa Melayu
Kerajaan perlu bertegas dalam menangani isu bahasa rojak jika mahu kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikekalkan. Tokoh akademik dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, jika tidak dikawal semangat slogan `Bahasa Jiwa Bangsa? akan luntur khususnya di kalangan generasi akan datang. Mereka bimbang, memandangkan penggunaan bahasa rojak digunakan secara meluas termasuk di media elektronik. Sehubungan itu, mereka mencadangkan badan pemantau bahasa ditubuhkan atau memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertindak mengikut undang-undang jika terdapat mana-mana pihak menggunakan bahasa rojak secara formal. Pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putera Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Musa Abu Hassan menegaskan semua pihak mesti bekerjasama dalam usaha menghapuskan penggunaan bahasa rojak terutamanya di media dan majlis rasmi kerajaan.Bahasa Inggeris berjaya dimartabatkan oleh British tanpa ada campuran atau dirojakkan, jadi kita mesti menunjukkan bahasa Melayu yang sebenar dalam urusan kita.”
(Dipetik dan diubahsuai daripada “Kerajaan Perlu tegas tangani isu Bahasa rojak” , Berita harian, 29 April 2004)
    Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa , “bahasa jiwa bangsa” yang membawa maksudnya, daripada bahasa orang lain dapat mengenal siapa diri kita dan bagaimana kita membawa diri.Bahasa merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai satu sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Bagaimankah tanggapan atau pendapat kita setelah melihat serta memahami isu bahasa rojak yang semakin berleluasa terutamanya dalam kalangan generasi muda? Pendefinisian, ciri-ciri serta contoh bahasa rojak adalah seperti  berikut :
1)      Definisi : Bahasa rojak boleh didefinisikan sebagai bahasa campuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Biasanya penggunaan bahasa rojak sama ada menggunakan bahasa Inggeris diantara bahasa Melayu dalam ayat atau separuh bahasa Melayu dan separuh bahasa Inggeris.
2)      Contoh :
                                           I. “ha, mana kipas tu tok?, saya nak repair(baiki) ni,”
                                        II. “sebenarnya i(saya) nak ajak you(kamu) pergi round-round(jalan-jalan) satu Kuala Lumpur malam ni,”
                                     III. “ hei, lu(kamu) ingat i(saya) ni stupid(bodoh) ke?”
 Perbezaan bahasa rojak dan bahasa melayu sangat ketara pengunaannya. Dalam mengunakan bahasa rojak, tatabahasa tidak penting asalkan maksud penyampai dapat difahami. Isu tersebut amat serius dan akan berlarutan sekiranya tidak diambil perhatian. Pelbagai permasalahan yang timul apabila bahasa rojak mula membanjiri kehidupan harian masyarakat Malaysia. Pekara yang membimbangkan apabila bahasa rojak digunakan secara meluas di media massa sehingga mengancam serta menjejaskan usaha-usaha untuk memertabatkan bahasa kebangsaan. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu bahawa bahasa Melayu adalah dibawah perlembagaan negara. Bahasa rojak yang menjadi punca krisis kecelaruan penggunaan bahasa Melayu kini umpama barah yang hampir merosakkan keseluruhan sistem bahasa Melayu itu sendiri.  Bukan sahaja dari percakapan mengalami perojakan , lagu tempatan juga mengalami keadaan yang sama seperti lagu “seksis” yang dinyanyikan oleh Anita Sarawak dan lagu “ tipah tertipu” yang dinyanyikan oleh kumpulan Ruffedge. Lagu-lagu ini diharamkan untuk disiarkan di radio mahupun di televisyen kerana lagu-lagu tersebut mencemarkan mermatabat bahasa kebangsaan.
       Menurut Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam sebuah kenyataan akhbar , beliau menyatakan bahawa bahasa kebangsaan kini didapati luntur terutamanya dalam pertuturan kerana ia dicampur aduk dengan unsur-unsur bahasa rojak.``Kini, jarang kita dapati orang yang boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan yang utuh.``Kebanyakan kita di Malaysia berbahasa Melayu sekerat belut, sekerat ular iaitu sekerat bahasa Melayu, sekerat bahasa Inggeris,'' katanya.
      Bahasa rojak bukan sahaja meracuni bahasa Melayu dalam pertuturan seharian, di dalam Dewan Parlimen juga berlaku perdebatan dalam bahasa rojak. “Harapkan pagar, pagar makan padi’, kita mengharapkan pemimpin-pemimpin memberi teladanyang baik, lain pula kejadiannya. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib Selasa membuat teguran terhadap ahli Parlimen yang suka mencampur-adukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ketika berucap di Dewan Rakyat. Menurut beliau, “bukan sahaja ini tidak sedap didengar, tetapi lebih serius lagi ialah ia mencemarkan bahasa Melayu”. Ramli berkata kecenderungan mencampur-adukkan bahasa timbul antaranya didorong oleh faktor berpengetahuan lebih daripada satu bahasa atau merasakan perkataan Bahasa Inggeris mampu memberikan penerangan yang lebih baik lagi kepada daya fikirannya daripada menggunakan Bahasa Melayu. (http://www.malaysiakini.com/news, 18 April 2006)
      Maka, melihat keadaan bahasa Melayu yang semakin parah, pelbagai langkah dan tindakan oleh kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan untuk memastiikan martabat bahasa kebangsaan kita tidak luput ditelan bahasa rojak. Sehubungan dengan isu tersebut , pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 diharap dapat memberi lebih kuasa kepada DBP untuk menangani penggunaan 'bahasa rojak' di kalangan masyarakat negara ini. Timbalan Menteri Pelajarn , Dr.Mohd. Puad Zarkashi menyatakan bahawa kuasa yang diberi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka bukanlah bertujuan untuk menghukum tetapi memberi pendidikan. Selain itu banyak seminar diadakan dengan tujuan untuk memperkasakan bahasa melayu. Raja Muda Perak Darul Ridzuan iatu Duli yang Teramat Mulia, Raja Dr.NAzrin Shah memberi titah baginda “
 “Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan diberi kemuliaan sebagai bahasa kebangsaan yang merupakan seba­hagian daripada semangat per­juangan kemerdekaan ketika nega­ra bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50.”
     Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah memberi titah baginda semasa mencemar duli merasmikan Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan penggunaan Bahasa Melayu, pada 19 Julai lalu di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Seminar tersebut bertujuan untuk mengenal pasti bentuk dan penggunaan bahasa rojak dalam mencari kaedah mem­bimbing penggunaan bahasa yang baik dalam berbagai-bagai situasi dan konteks.Seminar tersebut berlangsung selama dua hari dan dihadiri seramai 248 orang peserta yang terdiri daripada guru, pensyarah, pengamakl dan penyelidik berbagai-bagai bahasa moden di universiti tempatan dan luar negara. Sepanjang seminar tersebut dijalankan , sebanyak enam belas kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar bahasa , pengamal bidang , pensyarah dan tokoh agama mengikut lima skop yang ditetapkan meliputi bahasa rojak dari segi system dan struktur , etiologi (kajian tentang punca) bahasa rojak , sikap masyarakat terhadap bahasa rojak , situasi dan konteks bahasa rojak dan inovasi teknologi komunikasi. (Azahari Edin, Seminar Bahasa Rojak : Kecelaruan pengunaan bahasa Melayu, 15 ogos 2007, berita harian)
     Asmah Haji Omar (1988), seorang tokoh linguistik Melayu telah memberi pengertian tentang bahasa dalam erti kata yang luas. Menurut beliau bahasa merupakan firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Dalam konteks ini, bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitu cara hidup dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut. Menurut ,Pendita Za'ba, dalam bahasa Melayu terdapat hanya tiga perkataan yang tidak berasal daripada bahasa lain, yakni benar-benar perkataan Melayu. Tiga perkataan itu ialah batu, babi dan kayu. Perkataan-perkatan yang lain dipinjam daripada bahasa yang lain. Namun begitu, janganlah kita meinjam daripada bahasa rojak keranan bahasa rojak bukan bahasa standard. Kesimpulannya, bahasa rojak harus dibendung agar ianya tidak mengamcam bahasa Melayu kerana “jika pincang bahasa ibunda kita, maka pincanglah bangsa Malaysia.
4.3.5         Bahasa Melayu merupakan agen penyatuan rakyat Malaysia
  “Kerajaan perlu melakukan beberapa perubahan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara ini. Cendekiawan negara, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keunikan bahasa Melayu boleh menjadi alat komunikasi bagi memantapkan lagi perpaduan kaum yang telah lama wujud. Menurut beliau, pada masa ini usaha menggunakan bahasa Melayu untuk mewujudkan perpaduan kaum masih belum berjaya sepenuhnya. "Kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta masih belum menggunakan sepenuhnya dan menguasai bahasa Melayu dengan baik," katanya. Ungku Aziz menegaskan, sistem pembelajaran amat penting untuk mewujudkan perpaduan negara agar lebih mantap dan ampuh. Menurutnya, Laporan Abdul Razak 1956 juga menekankan kepada matlamat pendidikan adalah untuk menyatukan dan menekankan kepada perpaduan. "Kalau kita ada sistem pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang mudah tidak mustahil kita dapat lahirkan pelajar berwawasan bagi mewujudkan perpaduan kaum," katanya. Sementara itu Alimudin berkata, beliau tertarik dengan cadangan yang diberikan oleh Ungku Aziz yang mahukan beberapa perubahan perlu dilakukan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran agar bahasa Melayu menjadi agen mewujudkan perpaduan kaum. "Cadangan ini amat menarik dan pihak kami akan membuat pertimbangan wajar," katanya. Beliau tidak menafikan bahawa bahasa Melayu dapat menjadi agen untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara ini. Menurutnya, rakyat seharusnya dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik kerana ia boleh menyatukan masyarakat melalui komunikasi.
(Dipetik daripada “Bahasa mampu memantapkan perpaduan kaum”, Utusan Malaysia Online , 29 Julai 2008)
     Hampir 53 tahun kita merdeka, keamanan yang sudah dicapai haruslah dikekalkan kerana tidak terbayar untuk kita mendapatkannya semula. Bahasa Melayu sudah menjadi sejarah dan sebati dengan diri kita sebagai rakyat Malaysia. Bahasa Melayu tidak semestinya hak milik orang melayu tetapi milik kita bersama. Dalam perlembagaan sudah termaktub bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan rasmi negara. Pekara tersebut tidak wajar dipersoalkan. Sebelum penjajahan barat ke atas bumi asia, bahasa Melayu sudah pun menjadi “lingua Franca” dimana semua orang yang datang ke bumi asia akan berkomunikasi mengunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan dan senjata paling ampuh dalam merealisaikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
      Laporan kabinet 1985 menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah bertujuan untuk menyatukan kaum di negara Malaysia serta menjadikannya sebagai bahasa untuk memperoleh ilmu.Kewajaran mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan untuk berkomunikasi antara para pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya dapat diperkukuhkan lagi melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa perpaduan di Malaysia melalui aktiviti sosial seperti sukan, olahraga, kesenian , kerja-kerja kebajikan, gotong royong dan sebagainya. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan perhubungan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.( Rohaidah Mashudi & J. Sham Wahid, 2010)
        Sesetengah pihak mungkin akan menimbulkan persoalan mengapa perlu bahasa dijadikan medium untuk masyarakat Malaysia mengekalkan keharmonian. “Tepuk dada tanya selera”, sejak dahulu lagi kita menjadikan bahasa Melayu sebagai “bahasa perantaraan” atau bahasa utama untuk kita berkomunikasi. Maka, untuk mengubah persepsi sesetengah pihak yang masih lagi tidak memahami fungsi bahasa Melayu sebagai agen penyatuan rakyat Malaysia, bulan bahasa setiap diadakan.Menurut tajuk rencana “Memberi signifikan Bulan Bahasa” yang bertarikh  5 Oktober 2009 daripada  Utusan Malaysia Online, ia merupakan acara tahunan bagi menyuntik kesedaran tentang kepentingan menggunakan bahasa Melayu di tempat rasmi dengan kualiti tinggi. Kehadiran Muhyiddin pada satu program bahasa harus dibaca sebagai isyarat keseriusan kerajaan terhadap kedudukan bahasa ini Ia merupakan acara tahunan bagi menyuntik kesedaran tentang kepentingan menggunakan bahasa Melayu di tempat rasmi dengan kualiti tinggi.
4.3.6         Status Bahasa Melayu di mata masyarakat Malaysia selepas 53 tahun merdeka

     Bahasa Melayu di Malaysia memiliki status sebagai bahasa kebangsaan dimana ianya telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152 ) menyatakan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Menurut Pekara 152 , Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah digunakan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh parlimen dengan syarat iaitu tidak seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan atau daripada mengajarkan atau belajar mana-mana bahasa asing. Syarat lain adalah tiada apa-apa yang boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan serta pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam persekutuan.
      Maka , jelas menunjukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan telah mengakui kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, namun penggunaannya dalam acara-acara rasmi belum ditekankan. Penyata Razak telah diterbitkan pada tahun1956 bagi mengusulkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam proses belajar dan mengajar di lembaga pendidikan dan akhirnya ia dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961 (kini Akta Pendidikan 1996). Antara kedudukan dan status bahasa kebangsaan ialah :

1.                   Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
2.                   Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
3.                   Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961)
     Walaupun perlembagaan yang memperakui status Bahasa Melayu, bukan semua masyrakat Malaysia memperakuinya. Sudah perpuluh tahun merdeka, kita hanya mempelajari luaran bahasa melayu dan bukannya dalaman. Jika kita betul-betul menguasai bahasa Melayu , kita mampu berfikir secara kristis, cekap dan jelas dalam bahasa Melayu. Dalam minda masyarakat sekarng jika pandai berbahasa Melayu, itu pekara biasa dan jika tidak berpandai berbahasa Inggeris, maka bodohlah diri kita ini dan perlu malu kepada diri sendiri. Mengapa kita perlu menundukkan kepala sekiranya bahasa Inggeris kita di tahap teruk? Di negara lain seperti Russia, Jepun dan Korea, diplomat-diplomat negara mereka ada yang tidak begitu fasih berbahasa Inggeris sehingga terpaksa membawa seserang untuk menterjemahkan bahasa mereka tetapi mereka masih berupaya “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah “ dengan pemimpin-pemimpin yang lain. Renungkanlah jika anda pandai dalam bahasa Inggeris tapi jahil dalam bahasa Melayu, anda yang patut malu dan tidak patut digelar rakyat Malaysia kerana untuk menjadi seorang rakyat Malaysia yang unggul, bahasa Melayu perlu dikuasai. Jika tidak , anda menjadi seseorang yang digambarkan dalam peribahasa “hidup segan tidak mahu di negara sendiri”
       Namun begitu, tahap penggunaan Bahasa Melayu semakin baik khususnya dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum. Hal ini kerana kejayaan ini adalah kesan daripada pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang mewajibkan penyampaian diadakan dalam bahasa kebangsaan biarpun di sekolah jenis kebangsaan. Dalam pada itu, usaha demi usaa yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu telah menggalakkan orang ramai memilih bahasa itu sebagai bahasa utama mereka. Pembatalan PPSMI adalah satu contoh bagaimana tekanan daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu menyebabkan kerajaan membatalkan pelaksanaan program ini di peringkat nasional.
     Tamsilnya, untuk memastikan kemerdekaan dan bahasa Melayu tetap terpelihara, kita harus berganding bahu walaupun berlainan kaum dan agama supaya sejarah yang pahit tidak akan berulang kembali. Hal ini demikian kerana bahasa adalah faktor yang sangat penting. Ianya mampu menyatukan penduduk sesebuah negara termasuk Malaysia. Satu bahasa merupakan kaedah paling mudah bagi memajukan dan memodenkan pemikiran rakyat yang berbilang kaum kerana dengan satu bahasa, pelbagai kumpulan etnik yang memiliki beraneka budaya, agama dan pegangan hidup dapat disatukan dalam satu wadah. Satu bahasa juga menjadikan identiti nasional dan kesetiaan kepada negara lebih kuat dan kukuh.


5.0   Penutup
5.1               Kesimpulan
Penilaian yang dapat dirangkumkan dalam kajian penulisan ini mendapati bahawa dari aspek pembinaan sehingga kepada perkembangan, Bahasa Melayu memerlukan pinjaman bahasa asing dalam mengukuhkan fungsinya yang merangkumi banyak bidang ilmu. Tidak dapat dinafikan Bahasa Melayu  telah mengalamai perkembanag yang terancang dari tahun 1950 sehinggalah sekarang yang banyak digerakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pendidikan, pengantar, pentadbiran serta mencakupi banyak bidang ilmu. Disamping itu juga, kajian penulisan ini mendapati Bahasa Melayu tidak lari daripada berhadapan dengan isu-isu terutamanya selepas 1990-an, bermula kepada konsep asas, iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, peranan dalam pembangunan negara, persaingan dengan Bahasa Inggeris dalam pendidikan dan bnayak lagi yang disifatkan mengugat kedudukan Bahasa Melayu berikutan penelitian status dimata masyarakat selepas 53 tahun merdeka.

5.2               Cadangan
Sejauhmana wujudnya nilai Bahasa Melayu adalah bergantung kepada pemikiran masyarakat itu sendiri yang meletakkan Bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini.







6.0 Bibliografi
Abdullah Hassan, 2005, Linguistik Am:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan, 1987,  Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia  Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain, 2006, Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.bhd.
Abdullah Hassan, 1987. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2000, Teori dan Teknik Terjemahan, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Haji  Omar (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Awang Sariyan, 2002, Ceritera tentang Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ibrahim Ahmad, 1994, Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
James T.Collins, 2005, Bahasa Melayu,Bahasa Dunia:Sejarah Singkat, Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.
Kamal Shukri Abdullah Sani, 2007, Bahasa Melayu: Apa Sudah Jadi?, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Rasdi bin Saamah. Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. Kamus Dewan dan Kamus Besar: PerbandinganAspek Kandungan Medan Maklumat.

Nik Safiah Karim, 2003, Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita, Selangor Darul Ehsan: ‘K’ Publishing Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa dan Abdul Hamid Mahmood, 2004, Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rogayah Binti Osman. http//jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20-%20Perancangan%20 BAHAN%20EJAAN%20DAN SEBUTAN.pdf. Perancangan Bahan Ejaan Dan Sebutan, Peristilahan Dan Perkamusan Dalam Bahasa Melayu Di Malaysia.
Tajul Ariffin Noordin, Roslee Ahmad, & Rahimawati Abdul Rahim, 2007, Membina Pelajar  Cemerlang, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Diperoleh pada 7 Ogos 2010, www.google    books. Com.
Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, 2009, Perkembangan Pembentukan Istilah Bahasa Melayu di Malaysia, Indonesia: Kimli Malang..
Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat, 2009, Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu dari Teori ke Praktik,Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.bhd.
Yahya Othman, 2005, Trend dalam Penagajaran Bahasa Melayu, Pahang Darul Makmur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Yahya Don, 2007, Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Selangor: PTS Publication. Diperoleh pada 7 Ogos 2010, www.google books. Com.
Zulkifley, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman, 2007, Linguistik Melayu Edisi Kedua, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Akhbar Tempatan daripada Laman Sesawang:
Azahari Edin, (15 ogos 2007), Seminar Bahasa Rojak : Kecelaruan pengunaan bahasa Melayu, diperoleh pada 5 Ogos 2010, http://www.bharian.com.my/bharian/article

“Bahasa mampu memantapkan perpaduan kaum”. (29 Julai 2008). Diperoleh pada 4 Ogos 2010.  http://www.utusan.com.my/utusan


“Jangan kita lari daripada masalah – Musa”, (2002). Diperoleh pada 6 Ogos 2010. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia


Keputusan tukar B. Melayu kepada B. Malaysia elak polimek (4 Jun 2007). Diperoleh pada 3 Ogos 2010, http://www.bharian.com.my/bharian/article

Kerajaan Perlu tegas tangani isu Bahasa rojak .( 29 April 2004). diperoleh pada 4 Ogos 2010. http://dbp.gov.my/lamandbp

Memberi signifikan Bulan Bahasa. (5 Oktober 2009) .diperoleh pada 3 Ogos 2010. http://www.utusan.com.my


Ramli tegur penggunaan bahasa rojak di Dewan Rakyat . (18 April 2006) . Diperoleh pada 7 Ogos 2010. http://www.malaysiakini.com/news, ,

Rejab Ismail , (22 November 2007), Guna semula bahasa Melayu ,  diperoleh pada 1 Ogos 2010, http://www.utusan.com.my


Shura Gesa Kerajaan Mansuhkan PPSMI . (10 JUN 2009). Diperoleh pada 6 Ogos 2010. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm


Artikel dari laman sesawang:

Abdullah Sani. (2009). Bahasa dan Pembinaan Tamadun Bangsa. Diperoleh pada 8 Ogos 2010.  www.kongresbahasa.org

CIA World Factbook (2007), www.wikipedia.com.my



Artikel majalah:

Rohaidah Mashudi, J. Sham Wahid . (Julai 2010). Fungsi bahasa Melayu dalam sistem pendidikan, Dewan Masyarakat, 26-2

5 comments:

  1. Segala puji bagi Allah, yang Anda cari pinjaman? silahkan saya sarankan semua orang di sini sangat hati-hati, karena ada begitu banyak lender pinjaman palsu di sini. Saya telah menjadi korban dari sebuah pemberi pinjaman 8-kredit palsu, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Aku hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari utang saya sendiri. saya baru saja keluar dari penjara dan seorang teman saya memperkenalkan saya ke kreditur pinjaman yang saya mencoba karena saya tidak punya pilihan selain untuk mencoba pinjaman asli dan pemberi pinjaman. Saya mendapat pinjaman saya dari CHLOEMORRISLOANFIRM tanpa stres, jadi saya memutuskan untuk membuat kesaksian ini. Saya meminta saran Anda jika Anda membutuhkan pinjaman Anda lebih baik menghubungi CHLOEMORRISLOANFIRM. menghubungi mereka melalui email:. chloemorrisloanfirm@gmail.com,.
    Anda masih dapat menghubungi saya melalui email saya untuk informasi lebih lanjut tentang harsiniyono@gmail.com. Tuhan membantu Anda dan sangat berhati-hati

    ReplyDelete
  2. Adakah anda memerlukan pinjaman yang cepat dan mudah? hubungi syarikat saya hari ini untuk pinjaman tawaran jaminan pada kadar faedah 3%. Syarikat saya menawarkan semua jenis perkhidmatan kewangan. Kami menawarkan pinjaman peribadi dan perniagaan kepada individu yang berminat atau syarikat pada kadar faedah 3%.

    Untuk memohon, hubungi kami melalui e-mel untuk maklumat lanjut. E-mel: p.walter02@yandex.com

    Terima kasih,
    Paul Walter.

    ReplyDelete
  3. Saya Devina dari malaysia di bandar malacca, saya menumpukan masa saya di sini kerana janji yang saya buat kepada Puan Elizabeth yang menjadi pemberi pinjaman dalam talian firma pinjaman Elizabeth dan saya berdoa kepada ALLAH agar dia dapat melihat jawatan saya pada hari ini .

     Beberapa bulan yang lalu saya melihat komen yang disiarkan oleh seorang wanita bernama Arnah dan bagaimana dia telah ditipu meminta pinjaman dalam talian dari Dr James Mowat, menurutnya sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Puan Elizabeth dan Puan Elizabeth meminjamkan Rm35,000, 0Rupiah tanpa tekanan dan kelewatan, sila hubungi Dr James Mowat melalui e-mel: jamesmowatloanfirm@gmail.com untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

    Saya membuat keputusan untuk menghubungi Arnah untuk mengesahkan sama ada ia benar dan untuk membimbing saya bagaimana untuk mendapatkan pinjaman daripada Puan Elizabeth, dia memberitahu saya untuk menghubungi Puan Elizabeth saya menegaskan bahawa dia harus memberitahu saya proses dan kriteria yang dia katakan itu adalah sangat mudah bagaimana untuk memohon pinjaman dari Puan Elizabeth yang saya perlu lakukan adalah menghubungi beliau, mengisi borang permohonan menghantarnya semula, menghantar salinan kad pengenalan saya yang diimbas, kemudian mendaftar dengan syarikat yang selepas itu saya akan mendapatkan pinjaman saya . maka saya bertanya kepadanya bahawa bagaimana anda mendapat pinjaman anda? dia menjawab mengatakan bahawa itu semua dia lakukan, itu sangat mengejutkan.

     Saya menghubungi Puan Elizabeth dan saya mengikuti arahan dengan berhati-hati kerana saya memenuhi keperluan mereka dan pinjaman saya telah diluluskan dengan jayanya tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akaun saya saya diminta untuk berjanji untuk berkongsi berita baik tentang Puan Elizabeth dan itu mengapa anda melihat jawatan ini hari ini. kepada kejutan saya yang paling besar saya menerima berjaga-jaga sebanyak Rm25,000 Rupiah.So saya nasihat setiap orang yang mencari sumber yang boleh dipercayai untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Elizabeth melalui Email: elizabethchristopherloan@gmail.com untuk pinjaman selamat anda juga boleh menghubungi saya E-mel saya: devinairf128@gmail.com atau anda juga boleh menghubungi Arnah di arnahnana01@gmail.com. Saya percaya satu perubahan yang baik patut mendapat perhatian yang lain.

    ReplyDelete
  4. Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY (ISKANDAR LENDERS) via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    e_mail:::[aditya.aulia139@gmail.com]
    [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp:::[+44] 7480 729811[Chats Only]
    Telephone Number☎[+44] 7480 729811[Calls Only]
    BBM INVITE:::[D8980E0B]

    ReplyDelete
  5. Kabar baik!!!

    Nama saya teddy dan saya dari Jawa Tengah Indonesia dan alamat saya KP. KADU RT 10 RW 04 KEL SUKAMULYA KEC CIKUPA KAB TANGERANG BANTEN, Saya baru saja menerima pinjaman Rp 3 Miliar (Small Business Admintration (SBA) dari Perusahaan Pinjaman Dangote setelah membaca artikel dari Lady Jane Alice (ladyjanealice@gmail.com) dan Mahammad Ismali (mahammadismali234@gmail.com) tentang cara mendapatkan
    pinjaman dari Perusahaan Pinjaman Dangote dengan tingkat bunga 2% tanpa lisensi atau biaya gurantor, saya baru saja melamar melalui email dan ikhlas selama prosesnya, awalnya saya takut mengira itu seperti penipuan perusahaan peminjaman sebelumnya, tetapi yang mengejutkan saya ini nyata bahwa saya juga berjanji akan memberi tahu lebih banyak orang, percayalah itu nyata 100%, pelamar lain dari negara lain juga dapat bersaksi.

    Email Perusahaan Pinjaman Dangote Melalui email: Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    Email saya: teddydouble334@yahoo.com

    ReplyDelete